SiteLock

JADI RAKAN KONGSI KLEZCAR



UNTUK SEMUA OPERATOR KERETA SEWA, SERTAI RANGKAIAN KAMI DAN TINGKATKAN PERNIAGAAN ANDA


Mengenai Klezcar

Kami kini 7 tahun di pasaran dan menjadi peneraju dalam pasaran sewa kereta. Sertai kami SEKARANG untuk mendapatkan lebih banyak faedah :-

Lebih banyak jualan dijana dari platform
Meningkatkan penggunaan kereta
Menggunakan teknologi, kami akan meningkatkan perniagaan anda dan menjimatkan kos operasi anda

Khidmat Bantuan yang akan diterima

Peserta akan dibantu melalui telegram, facebook, emel dan perjumpaan berkala

Khidmat bantuan 'breakdown'

Khidmat kereta gantian

Kelebihan menyertai program Partnership

Menambahkan jumlah jualan syarikat kereta sewa anda
Menjimatkan kos pemasaran
Pengurusan kereta sewa bersistematik dan automatik
Pengurusan operasi tersusun
Penapisan pelanggan 'blacklist'
Khidmat bantuan kereta sewa dan latihan

Kelebihan Memilih Klezcar

Jenama yang dipercayai dan terkenal

Merupakan penyedia kereta sewa terbesar dalam retail market di Malaysia

Mempunyai rangkaian cawangan yang terbesar di seluruh Malaysia

200,000 database pelanggan seluruh Malaysia

Sistem Pengurusan Kereta Sewa yang di bina khusus dan lengkap dengan database pelanggan yang telah disenarai hitam (blacklist).

Soalan Lazim

RAKAN KONGSI KLEZCAR 2.0

Klezcar merupakan sebuah syarikat kereta sewa yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Di awal penubuhan Klezcar pada tahun 2012, Klezcar telah memperkenalkan program Licensing dimana individu/syarikat luar boleh sertai Klezcar dan menggunakan jenama Klezcar untuk mempromosikan perniagaan kereta sewa mereka kepada orang ramai. Permintaan dari individu/syarikat luar untuk menyertai Klezcar sangat menggalakkan, namun diatas sedikit kekangan, Klezcar mengambil keputusan untuk menutup program licensing ini pada tahun 2015. Klezcar mengambil keputusan ini adalah kerana untuk menaik taraf Sistem Pengurusan Kereta Sewa dan teknologi yang berkaitan demi memberikan impak yang lebih besar kepada semua. Kini, Klezcar sudah bersedia dan kembali membuka peluang kepada pengusaha kereta di luar sana untuk menyertai Klezcar melalui program Klezcar Partnership 2.0.
Secara ringkasnya, program ini adalah khas kepada pengusaha kereta sewa. Setiap Partner yang menyertai program ini akan di berikan :
Kebenaran untuk menggunakan jenama Klezcar yang bernilai RM500K.
Sistem Pengurusan Kereta Sewa Klezcar (sistem ini di bina oleh Klezcar sendiri, ianya amat komprehensif dan memudahkan pengurusan perniagaan kereta sewa) yang bernilai RM500K.
Peranti Lock Unlock bersama dengan GPS Tracker yang bernilai RM1900.

Sertai Kami Sekarang

Pertanyaan

Company Info

About Us
Career
Blog

Contact us on :

1300 88 4040       Click To Whatsapp Us
Follow us on :