Tips Menjadikan Majlis Perkahwinan Anda Meriah


Majlis perkahwinan memerlukan anda membuat persediaan awal dari semua sudut iaitu katering, baju pengantin, kad kahwin, doorgift dan sebagainya untuk memudahkan proses majlis anda yang bakal kunjung tiba.

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan dan dapatkan bagi membantu memeriahkan majlis perkahwinan anda.

 

Perkara asas dalam persediaan majlis perkahwinan adalah seperti makanan minuman, pelamin, busana pakaian pengantin, lokasi majlis, barang keperluan untuk tetamu seperti meja, kerusi dan lain-lain lagi.

Semua persiapan keperluan untuk majlis perkahwinan anda pasti tidak akan anda lupakan kerana ia adalah perkara wajib bagi sesebuah majlis.

Namun, untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda tambah guna untuk memastikan majlis anda menyeronokkan dan menghiburkan para tetamu.

 

Persembahan Di Majlis Perkahwinan

 

Anda boleh mengaturkan persembahan untuk majlis perkahwinan anda di mana majlis anda akan mempunyai acara persembahan seperti silat, persembahan nyanyian, karaoke, tarian tradisional dan sebagainya.

Persembahan menjadikan majlis perkahwinan anda bertambah unik, menyeronokkan dan menghiburkan semua orang.

Ramai yang tidak mengambil acara persembahan sebagai selingan di dalam majlis perkahwinan mereka, tetapi hanya diletakkan lagu sahaja sejak pengantin masuk majlis sehinggalah di akhir majlis.

Apa kata kali ini anda bawakan kompang, silat ataupun tarian ke majlis anda pula!

 

Sudut Hadiah Dan Buku Guestbook Pengantin

 

Dewan majlis perkahwinan anda akan lebih meriah dengan adanya sudut hadiah dan buku guestbook pengantin.

Seperti yang anda tahu, ramai kawan-kawan akan datang membawa hadiah untuk anda dan anda boleh mewujudkan satu suduh untuk meletakkan hadiah dan menulis ucapan untuk pengantin.

Selalunya, sudut hadiah dan guestbook pengantin ini akan diadakan di bahagian belakang dewan iaitu berdekatan dengan pintu masuk supaya para tetamu dapat singgah pada awalnya untuk letak hadiah dan menulis ucapan untuk pengantin.

Pasti majlis perkahwinan anda akan jadi semakin meriah.

 

Pakaian Bridesmaid Atau Ahli Keluarga Mengikut Tema 

 

 

Tips menjadikan majlis perkahwinan anda meriah adalah dengan memastikan bridesmaid ataupun ahli keluarga besar anda memakai pakaian mengikut tema dan sama warna.

Majlis anda akan lebih meriah kerana mereka semua lebih bersatu dan sedondon serta tampil dalam gambar kenangan majlis perkahwinan anda sebagai sebuah keluarga bahagia.

Sebagai contoh, anda sebagai pengantin memakai pakaian berwarna biru, manakala ahli keluarga dan saudara mara boleh memakai tema pink asalnya ia nampak sedapan dan sesuai jika digandingkan bersama warna biru.

 

Kanak-Kanak Flower Girls

 

Majlis anda akan lebih meriah juga dengan adanya kanak-kanak flower girls yang turut menanti dan mengiringi ketibaan anda untuk masuk ke dalam dewan majlis perkahwinan anda.

Kanak-kanak flower girls ini boleh jadi anak-anak saudara mara anda, ahli keluarga atau kawan-kawan anda yang sporting dan boleh mengiringi pengantin.

Nampak meriah sangat dengan adanya kanak-kanak flower girls berjalan di hadapan pengantin ketika pengantin bergerak menuju ke pelamin.

Apa kata kali ini anda meriahkan majlis anda bersama-sama iringan dari kanak-kanak flower girls?

 

Sesi Soal Jawab Bersama Pengantin

 

Tips menjadikan majlis perkahwinan anda meriah dan boleh dijadikan sebagai persiapan tambahan untuk majlis anda adalah dari segi hiburan bersama pengantin.

Pengacara majlis atau Dj yang bertugas pada hari majlis anda boleh melakukan aktiviti menarik dengan mengadakan sesi soal jawab bersama pengantin.

Misalnya, mereka boleh bertanya soalan kepada pengantin mengenai detik pertemuan pertama pengantin bersama pasangannya, menyuruh mereka berkongsi kisah percintaan atau pertemuan mereka dan lain-lain lagi perkara yang memeriahkan majlis anda.

 

Photo Booth di Majlis Perkahwinan

 

Photo booth penting untuk dijadikan sebagai sudut bergambar bagi anda dan saudara mara serta kawan-kawan anda yang ingin bergambar selain di pelamin.

Photo booth boleh dihias dengan cantik, unik dan kreatif mengikut tema atau minat anda. Jika anda sukakan muzik, anda boleh letakkan gitar sebagai hiasan, bunga-bunga atau apa sahaja hiasan yang anda mahukan.

Ramai pasangan pengantin memilih menyediakan photobooth bagi memastikan majlis mereka berjalan lancar dan sangat meriah.

 

Kereta Mewah Pengantin 

 

Kereta mewah pengantin sangat terkenal bagi pasangan pengantin yang lebih suka bergambar secara outdoor dan juga untuk menjadikan saat-saat indah ketibaan pengantin lebih meriah juga menyeronokkan para tetamu yang hadir.

Kenderaan pengantin boleh digunakan semasa kedatangan pengantin ke dewan majlis perkahwinan untuk diraikan.

Cuba anda bayangkan, ketika kenderaan pengantin mula masuk ke kawasan dewan, pastinya ramai tetamu yang menantikan anda diluar, mengambil gambar dan sebagainya.

Tips menjadikan majlis perkahwinan anda meriah adalah dengan menggunakan kereta mewah pengantin.

 

Kereta Mewah Pengantin | Persiapan Tambahan Majlis Perkahwinan

 

Kereta mewah pengantin boleh anda gunakan untuk memeriahkan suasana majlis anda dari segi penggambaran dan menjadikan kereta mewah pengantin sebagai latar belakang yang indah, eksklusif dan mewah.

Kereta mewah pengantin yang boleh anda dapatkan terdiri daripada kereta jenis Sedan dan juga kereta mewah MPV.

Terdapat pelbagai jenis kereta mewah pengantin yang boleh anda pilih dan bersesuaian untuk majlis perkahwinan.

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya tiada kereta secantik MPV dan sedan? Pasti rasa bosan menaiki kereta biasa-biasa dan tidak semewah kereta lain.

 

Untuk sekali seumur hidup, inilah masanya bagi anda menggunakan kereta sewa pengantin jenis kereta mewah MPV atau lain-lain lagi.

Anda boleh mendapatkan kereta sewa pengantin yang murah dan berbaloi dengan mudah di seluruh Malaysia.

Kereta sewa pengantin yang menjadi pilihan ramai pasangan pengantin adalah kereta sewa Klezcar.

 

Kereta Sewa Klezcar | Kereta Sewa Pengantin

 

Kereta sewa Klezcar adalah sebuah perkhidmatan kereta sewa pengantin yang menawarkan kenderaan kereta mewah pengantin untuk kegunaan pasangan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan mereka.

Untuk pengetahuan anda, kereta sewa pengantin dari syarikat kereta sewa Klezcar ini mempunyai 70 cawangan dan telah menyediakan banyak kereta sewa pengantin di seluruh Malaysia.

Anda boleh mendapatkan kereta mewah pengantin untuk majlis perkahwinan anda seharian ataupun boleh menyewa dalam tempoh masa yang lama iaitu secara harian, mingguan ataupun bulanan.

 

Perkhidmatan Kereta Mewah Pengantin Klezcar

 

Kereta mewah pengantin dari Klezcar ini menawarkan perkhidmatan kereta sewa sendiri yang boleh anda pandu sendiri atau meminta saudara mara pandu buat anda yang akan menjadi pasangan pengantin pada hari majlis anda.

Selain itu, kereta mewah pengantin ini juga menawarkan perkhidmatan kereta mewah pengantin beserta pemandu kereta mewah untuk menghantar pengantin dan mengambil pengantin ke lokasi yang diingini.

Pendek kata, pemandu atau driver juga disediakan untuk anda.  Sama ada anda ingin sewa kereta sewa pengantin sahaja atau sekali dengan pemandunya,

Klezcar akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

 

Jenis-Jenis Kereta Mewah Pengantin Yang Boleh Anda Dapatkan

 

Pasti anda teruja untuk memilih jenis kereta sewa pengantin mewah yang murah dan berpatutan untuk anda memeriahkan majlis perkahwinan anda bukan?

Kereta sewa Klezcar mempunyai pelbagai jenis kereta mewah pengantin yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Mari kita lihat jenis-jenis kereta mewah pengantin yang boleh anda dapatkan.

 

  • Toyota Vellfire

  • Mercedes

  • Hyundai Starex

  • Toyota Estima

  • Toyota Camry

  • Honda Accord

  • Toyota Vios

  • Honda CRV

 

Kereta mewah MPV dan sedan khas untuk kereta sewa pengantin dari Klezcar ini mempunyai ruang yang selesa dan model yang amat cantik untuk dijadikan kenderaan pengantin.

Kenderaan pengantin ini muat dinaiki beramai-ramai bersama penumpang yang lain malah anda boleh menyewanya terus untuk pergi bercuti bersama pasangan anda.

Pasti romantik kerana dapat menaiki kereta mewah pengantin yang menjadi kegilaan ramai pengantin.

 

Kelebihan Menempah Kereta Sewa Pengantin

 

Kereta Sewa Pengantin Berkualiti Dan Canggih

 

Bukan selalu anda menaiki kereta sewa yang canggih, besar dan berjenama ini, jadi kali ini tidak salah untuk anda membawa pasangan anda menaiki kereta mewah pengantin untuk meraikan perkahwinan anda berdua.

Anda juga boleh membawa pasangan anda bercuti atau honeymoon dengan menaiki kereta sewa pengantin ini.

 

Kereta Sewa Pengantin Murah Dan Berbaloi

 

Anda tidak perlu risau akan harga kenderaan pengantin yang mewah ini kerana anda boleh dapatkan harga yang lebih berbaloi berbanding menyewa di kedai kereta sewa yang lain.

Itulah kelebihan Kereta Sewa Klezcar yang sudah bertapak lebih dari 10 tahun di seluruh Malaysia.

 

Kereta Sewa Pengantin Diselenggara Dan Servis Repair 24 Jam

Kereta sewa pengantin sentiasa memastikan tiada kerosakan berlaku dan ia telah diselenggara awal sebelum anda menggunakannya.

Semua kereta sewa pengantin berada dalam keadaan yang baik untuk perjalanan jauh mahupun dekat.

Kereta sewa Klezcar juga menyediakan servis repair 24 jam bagi anda yang mengalami kerosakan dimana sahaja anda berada.

Lebih mudah kerana anda tidak perlu mencari mekanik atau kedai repair kereta lagi.

 

Tempahan Online Yang Mudah Dan Cepat

Kereta sewa Klezcar membuka peluang untuk anda menempah secara online untuk mendapatkan kenderaan pengantin di mana sahaja yang berdekatan dengan lokasi anda.

Menempah secara online memerlukan anda memilih tarikh dan masa untuk anda mengambil dan menghantar kereta sewa yang anda inginkan.

Setelah itu, anda boleh memilih jenis kenderaan pengantin idaman anda. Akhirnya anda boleh membuat bayaran untuk tempahan serta akan menerima emel tempahan.

Pada tarikh yang anda inginkan kereta, anda boleh terus datang ke lokasi yang telah ditetapkan untuk mengambilnya.

 

Diskaun Dan Potongan Harga Untuk Tempahan Yang Lama

 

Klezcar memberikan anda diskaun dan potongan harga yang tinggi untuk anda yang membuat tempahan kereta dalam jangka masa yang lama.

Anda yang menyewa selama beberapa hari, seminggu atau bulanan boleh menerima potongan harga yang sangat tinggi.

Semakin lama anda sewa kereta, semakin banyak diskaun kereta sewa yang anda akan dapat. Jimat kan!

 

Jom Dapatkan Kereta Mewah Pengantin Klezcar

 

Rugi kalau lepaskan kenangan indah bergambar bersama kereta mewah pengantin di hari majlis perkahwinan anda.

Bukan anda sahaja, tetapi keluarga anda juga akan berasa gembira dengan kemeriahan kenderaan pengantin yang sangat unik dan selesa ini.

Jom dapatkan kereta sewa pengantin yang mudah dan berpatutan untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda!

 

Tempah online  juga membuat tempahan online di website klik sini

Email    :   enquiry@klezcar.com

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *