Tentang Kereta Mazda 3


Sejarah

Nama Mazda 3 ataupun Mazda Axela(iaitu gabungan kelajuan dan terbaik) merupakan keluaran dari syarikat Mazda Japan.Diperkenalkan pada 2003 dan dipasarkan secara global pada tahun 2004.Kereta ini dikeluarkan oleh syarikat Mazda bagi mengantikan kereta jenis Familia/323/Protégé.

Penggunaan nama yang berlainan dingunakan mengikut negara ia dipasarkan ,seperti Mazdaspeed3 di America Utara,Mazdaspeed Axela di Japan dan Mazda3 MPS di Eropah.

Melalui pengenalan teknologi SkyActiv,termasuk 6-enam kelajuan,dan suntikan secara langsung enjin memberi perubahan besar dalam pasaran kereta dalam segment C yang biasanya dikuasai jenama Honda.Ini terbukti dengan Mazda 3 merupakan kereta terpantas terjual(“fastest-selling”) di tahun 2014 melalui jualan keseluruhan sebanyak 4 juta unit.

Reka Bentuk

MZD Connect,menampilkan suis putar serta butang kawalan ringkas(digelar Commander Control)diletakkan pada bahagian tengah kabin,yang sangat mudah untuk dingunakan.Penggunaan brek elektronik yang menggantikan brek konvensional yang biasanya ada di kereta biasa memberikan kawasan itu lebih ruang untuk meletakkan air minuman dan barang-barang kecil.Ciri-ciri lain yang ada pada kereta ini seperti tempat duduk balutan kulit,pendingin hawa automatik zon tunggal,pedal penukar gear di stereng,pengelap cermin automatik,cruise control dan juga penghidup enjin bersama sistem kunci pintar.

Dapat memuatkan seramai 5 penumpang dalam satu-satu masa yang mana sesuai bagi satu keluarga kecil melakukan aktiviti luar/riadah dan kepada generasi muda yang mahukan kereta dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini yang perlu ada bagi sesebuah kereta ideal mereka.Ruang kargo yang berkapasiti 408 liter dapat dimasukkan dengan mudah dengan 2-3 beg besar bagi sesuatu perjalanan jauh.

Kuasa Enjin

Model Mazda 3 termasuk sebagai kenderaan jimat tenaga(EEV) melalui teknologi Skyactive yang memberi saingan sengit kepada persaingnya dalam kelas C .Malah Syarikat Mazda juga memberitahu yang model ini mampu memberikan kuasa yang mengujakan ketika pemanduan dilakukan dan pada waktu yang sama juga dapat memberikan penjimatan bahan api.

Gear automatik SkyActiv-Drive dengan enam kelajuan memberikan kereta kuasa apabila ia diperlukan dengan lebih cekap.Jika ia ditukar menggunakan mod menual,penukaran kuasa dapat dirasai pemandu dengan lebih cepat lagi.

Keselamatan

Dipasang dengan teknologi ABS,EBD,BA,DSC dan TCS keatas semua kereta Mazda 3 memberikan keselamatan yang boleh diharapkan apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga.Dilengkapi juga dengan enam beg udara dan sambungan ISOFIX.

Mazda 3 juga dilengkapi i-Activsense yang membantu pemandu melihat kawasan titik buta sekitar kereta.Ini dapat dilakukan dengan pemasangan alat RVM(Rear Vehicle Monitor) yang menjadi mata kedua bagi kawasan terlindung dari pandangan mata dan amaran lampu LED akan diberikan supaya pemandu akan lebih berjaga-jaga ketika dalam keadaan tersebut.

 Syarikat Kereta Sewa

KLEZCAR yang mana memberikan sewaan berpatutan menawarkan sewaan kereta Mazda 3 di beberapa cawangan KLEZCAR seluruh Malaysia.Harga berpatutan dan servis kereta sentiasa dijaga memberikan penyewa kereta Mazda 3 kepuasan serta keselesaan ketika memandu.

Lokasi Sewaan Kereta

Kereta Mazda 3 dapat ditempah di beberapa cawangan KLEZCAR dalam Malaysia yang mana boleh dilihat dengan menekan link ini(Klik Sini).

Harga Sewaan

Sewaan Mazda 3 sehari  adalah RM 250.00 dan harga ini dapat ditawarkan dengan harga diskaun jika memiliki Eazy Card atau menyewa melebihi dari dua hari.

 mazda-3-full-skirting-bodykit-onetouchrajakayu-1605-31-onetouchrajakayu@3

 

photo_2018-04-17_16-00-09

Membuat Tempahan Kereta

Bagi sebarang tempahan kereta dapat dilakukan dengan 3 cara.Cara pertama melalui tempahan online website KLEZCAR dengan mengisi ruang yang disediakan.Keduanya melalui talian panggilan sama ada talian hotline atau talian cawangan KLEZCAR.Cara terakhir adalah melalui tempahan terus ke mana-mana cawangan terdekat dengan anda.Untuk tempahan terus ke cawangan KLEZCAR,kami tidak galakkan ia dilakukan kerana akan menyukarkan kami melakukan persediaan kereta terlebih dahulu ataupun jenis kereta yang dihendaki anda telah ditempah semuanya oleh pelanggan lain.

Jika inginkan maklum balas yang cepat dari kami,tekan gambar di bawah ini serta berikan sekali nombor telefon dan lokasi anda mahu sewa …

messenger

 

EAZY CARD & FEEDBACK KLIK SINI

 

Artikel Lain Yang Menarik:

  1. Eazy Point

  2. Eazy Rabu

  3. Eazy 15%

  4. Eazy Birthday

  5. Super Sunday

  6. How To Check Point

Tempahan Segera klik sini, berikan telefon nombor dan lokasi anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *