Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Wajib Anda Lawati


tempat menarik di negeri 9

 

Negeri yang terkenal dengan adat perpatih dan adat temenggung tak lain tak bukan adalah Negeri Sembilan.  Negeri yang cukup terkenal dengan loratnya yang menghiburkan dan telah berjaya menambat hati masyarakat Malaysia ini dikatakan mempunyai keunikan dan kehebatannya yang tersendiri dari segi adat dan kebudayaan, aneka makanan yang menjadi pilihan serta tempat menarik yang wajib anda lawati usai berkunjung ke sini.

Kini, Negeri Sembilan mempunyai lebih dari 35 tempat menarik yang menjadi buah mulut para pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara. Memang seronok bersiar-siar di negeri orang, banyak tempat persinggahan, syurga makanan, taman tema, taman haiwan dan bunga serta macam-macam lagi, namun berbeza dengan Negeri Sembilan Darul Khusus ini.   Kebanyakan tempat menarik di Negeri Sembilan merupakan tempat bersejarah dan penuh dengan adat istiadat yang boleh anda nampak dan pelajari tetapi ia amat menyeronokkan.

.

Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Wajib Anda Lawati

Pelbagai tempat menarik di Negeri Sembilan wajib anda lawati dan anda tidak harus melepaskan peluang bercuti di sini.  Penduduk Negeri Sembilan juga ramah-ramah belaka serta baik budi pekerti. Untungkan dapat cari isteri dekat Negeri Sembilan ni! Tambahan pula masakan Negeri Sembilan yang sedap dan pedas dengan cili api pastinya membuatkan anda tidak akan lupa pengalaman sepanjang berada di sini.  Nak tahu tempat menarik di Negeri Sembilan yang wajib anda lawati?  Jom lihat 10 tempat menarik di Negeri Sembilan.

.

Teratak Za’ba

#1  Teratak Za’ba

Teratak Za’ba merupakan tempat menarik di Negeri Sembilan wajib anda lawati.  Tempat bersejarah ini dibina sempena memperingati perjuangan melayu yang terkenal dengan gelaran bapa persuratan bahasa Melayu.  Tempat menarik di Negeri Sembilan ini membolehkan anda melihat lebih dari 2000 pucuk surat yang ditulis tangan sendiri oleh Za’ba kepada rakan-rakannya serta 4000 buah buku koleksi tulisan Za’ba yang pernah didermakan ke Universiti Melaya satu hari dahulu.

.

pantai teluk kemang

#2  Pantai Teluk Kemang

Tempat menarik di Negeri Sembilan wajib anda lawati adalah Pantai Teluk Kemang.  Pantai yang bersih, indah dan berangin ini penuh dengan pengunjung pada petang hari kerana masing-masing sibuk dengna aktiviti menarik yang disediakan disini seperti banana bot, menaiki bot laju dan juga jet ski.  Anda juga dapat menikmati makanan ringan dan juga berat di restoran dan gerai makan berdekatan serta boleh membeli belah pelbagai barang sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

.

PD Ostrich Show Farm

#3 PD Ostrich Show Farm

Ostrich Show Farm yang terletak di Port Dickson memberi pengalaman yang sangat menyeronokkan kepada anda semua. Bukan senang untuk melihat burung unta atau ostrich yang merupakan burung terbesar di dunia.  Telur burung ostrich sangat besar, kuat dan dapat menampung berat sehingga 120kg. Disini anda boleh bersiar-siar melihat kehidupan burung unta serta haiwan-haiwan lain juga kerana tempat ini seakan-akan mini zoo. Parking juga boleh anda dapatkan secara percuma sahaja.

.

Pusat Borong Nilai

#4 Pusat Borong Nilai

Pusat Borong Nilai 3 adalah gedung barangan borong dan murah yang boleh anda dapatkan pelbagai barang-barang seperti pakaian, cendrahati, aksesori perkahwinan, barangan tekstil, perhiasan rumah, lampu, barang kereta dan sebagainya.  Pasti rambang mata melihat semua barang yang dijual di sini. Pusat Borong Nilai juga dikatakan sebagai pusat borong terbesar di Malaysia dan telah diumumkan dalam Malaysia Book Of Record.

.

sungai timun fireflies

#5 Sungai Timun Fireflies

Sungai Timun yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan merupakan sungai yang wajib anda lihat pada malam hari.  Pada malam hari, banyak kelip-kelip akan berkeliaran, udara segar dan nyaman serta anda boleh melihat keindahan malam flora dan fauna. Aktiviti menaiki bot di sini sangat popular dalam kalangan pelancong. Pelancong akan dibawa menyusuri Sungai Timun Fireflies 40 minit sehingga 12 jam bergantung kepada pakej anda inginkan.

.

Rembau Crystal

#6 Rembau Crystal

Tempat menarik di Negeri Sembilan wajib anda lawati adalah Rembau Crystal.  Rembau Crystal memaparkan pelbagai barangan kraftangan yang berupa kristal serta kraftangan yang lain yang sangat unik.  Terdapat galeri kristal dan bengkel pembuatan kristal di kawasan Rembau Crystal yang dibuka pada 9 pagi sehingga 5 petang ini.  Tempat menarik di Negeri Sembilan ini sering dikunjungi oleh pelancong dari luar dan dalam negeri.

.

Muzium Tentera Darat Port Dickson 2

#7 Muzium Tentera Darat Port Dickson

Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah muzium tentera terbesar di Malaysia setaraf dengan muzium tentera di luar negara. Ia merangkumi pelbagai bahan pengisian muzium serta infrastruktur yang lengkap bagi menarik minat ramai pengunjung untuk lawati tempat ini.  Antara bahan sejarah yang dipamerkan adalah kereta kebal, kapal terbang perang, kereta tentera lama, pistol, pedang dan lain-lain bahan artifak. Tempat menarik di Negeri Sembilan yang bersejarah ini sememangnya wajib untuk anda lawati.

.

Muzium Diraja Seri Menanti

#8 Muzium Diraja Seri Menanti

Muzium Diraja Seri Menanti terletak di Bandar Seri Menanti dan menjadi tempat bersejarah untuk generasi anda dan generasi yang akan datang. Anda boleh melihat kekukuhan dan kekuatan bangunan muzium ini yang diperbuat daripada pasak malah tidak menggunakan paku langsung untuk mengukuhkan bangunan ini.  Anda boleh melihat pelbagai barang bersejarah yang menarik yang dipamerkan di muzium ini sekaligus dapat menambah pengetahuan anda.

.

#9 Istana Ampang Tinggi

Tempat menarik di Negeri Sembilan wajib anda lawati salah satunya adalah Istana Ampang Tinggi.  Istana Ampang Tinggi ini mirip dengan bangunan rumah tradisional Negeri Sembilan dan hanya menggunakan cengal sahaja tanpa sebarang paku. Pembinaan Istana Ampang ini juga mempunyai ukiran dan bentuk yang membawa maksud serta keunikan yang tersendiri. Ia dibina oleh Yamtuan Iman pada 1861 untuk dihadiahkan kepada Tengku Chindai.  Sekarang, ia mempamerkan barangan bersejarah dan menjadi muzium yang diiktiraf sebagai bangunan warisan.

.

Kompleks Muzium Negeri

#10 Kompleks Muzium Negeri

Kompleks Muzium Negeri di Negeri Sembilan ini terletak berhampiran dengan Istana Ampang Tinggi.  Kompleks Muzium Negeri berbentuk seperti rumah tradisional Minangkabau yang cantik dan unik serta menarik ramai pengunjung untuk bergambar disini.  Pelbagai maklumat bersejarah serta bahan artifak boleh anda lihat disini. Ia amat sesuai untuk anda lawati bersama keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan sesiapa sahaja.

Sudahkah anda mempunyai cadangan atau senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang wajib anda lawati? Jika ya, anda hanya perlu tunggu masa sahaja untuk berangkat bagi menikmati percutian anda ke tempat menarik di Negeri Sembilan.  Menaiki kereta sewa di Negeri Sembilan adalah cadangan terbaik kerana terdapat kereta sewa yang sangat murah dan menjimatkan anda di sini!

.

Klezcar | Kereta Sewa Murah Negeri Sembilan

Anda disyorkan untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa Klezcar yang terdapat di seluruh daerah Negeri Sembilan.  Kereta sewa Klezcar adalah perkhidmatan kereta sewa terbaik yang mempunyai lebih dari 70 buah cawangan di seluruh Malaysia.  Sekiranya anda bercadang untuk bercuti di Negeri Sembilan, kereta sewa Klezcar sedia untuk menjemput anda atau menawarkan kereta untuk anda bercuti.

.

Khidmat Kereta Sewa Klezcar Dan Pemandu

Kereta sewa Klezcar menyediakan pemandu untuk anda sekiranya anda ingin sewa kereta beserta pemandunya sekali bagi memudahkan perjalanan anda untuk bercuti, menyelesaikan urusan kerja dan sebagainya tetapi sekiranya anda suka memandu sendiri dan inginkan ruang privasi, anda boleh sewa kereta sahaja tanpa pemandunya untuk bersiar-siar di Negeri Sembilan.

.

Jenis Kereta Sewa Klezcar

Pelbagai jenis kereta sewa Klezcar yang ditawarkan kepada anda seperti kereta sewa Proton Iriz, Perodua Myvi, Perodua Axia, Honda City, Toyota Vios dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan kereta sewa jenis MPV, Sedan, Kompak dan Minivan juga di Kereta sewa Klezcar. Lebih 1000 jenis kereta telah ditawarkan bagi perkhidmatan kereta sewa Klezcar yang dibuka di seluruh Malaysia. Anda boleh datang sendiri walk in ke sini untuk memilih kereta dan menempah ataupun boleh terus menempah melalui sistem secara online.

.

Sistem Online Tempahan Kereta Sewa Klezcar

Tempahan kereta sewa Klezcar boleh dibuat dengan mudah tanpa anda perlu ke kedai kereta untuk menempahnya. Anda boleh melakukan tempahan kereta sewa hanya dari rumah iaitu dengan melayari laman web www.klezcar.com dan mengisi maklumat yang diperlukan seperti tarikh dan masa untuk anda ingin sewa kereta, tempat pengambilan dan penghantaran kereta kepada anda, jenis kereta serta maklumat peribadi anda seperti alamat, email dan sebagainya.  Setelah selesai membuat pembayaran tempahan, anda akan menerima resit tempahan kereta sewa anda di emel.  Mudah kan tempah kereta sewa Klezcar?

.

Kelengkapan Kereta Sewa Klezcar

Tahukah anda kereta sewa Klezcar lengkap dengan aspek pemanduan yang sempurna, ciri-ciri keselamatan serta keselesaan kepada anda dan penumpang.  Sekiranya berlaku masalah, anda tidak perlu risau kerana Klezcar turut berpengalaman dan mahir dalam mengendalikan kereta yang bermasalah.

 .

Sistem 24 Jam Operasi

Sekiranya berlaku kecemasan selama 24 jam tidak kira siang atau malam, sebagai contoh kereta anda rosak atau mengalami masalah teknikal, pihak Klezcar akan membantu anda menyelesaikan masalah kereta anda pada masa tersebut. Anda tidak perlu memanggil mekanik lain lagi untuk membaiki kereta sewa tersebut.

 .

Keselesaan Yang Berpanjangan

Tempat duduk kereta sewa anda empuk dan bersih, malah setiap kereta sewa yang ditawarkan masih berkeadaan seperti kereta baru.  Kereta sewa Klezcar menjamin keselesaan anda setiap kali anda menempuh perjalanan percutian anda.  Anda juga dapat menikmati penghawa dingin yang sejuk, kereta yang wangi dan selesa.

 .

Diskaun Untuk Sewa Kereta Tempoh Yang Lama

Anda boleh menyewa kereta secara harian, bulanan ataupun tahunan dengan kadar yang berbeza. Semakin lama anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa Klezcar, anda akan mendapat potongan harga yang lebih tinggi. Jimat kan? Tidak hairanlah ramai pengunjung ke Negeri Sembilan yang menggunakan kereta sewa Klezcar setiap kali ingin bersiar-siar ke tempat menarik di sini.

.

Jom Sewa Kereta Sewa Klezcar Sekarang!

Alang-alang ingin ke Negeri Sembilan, apa kata kali ini anda membuat kelainan, tidak perlu menaiki kenderaan lain lagi.  Kereta sewa Klezcar yang lebih jimat dan berbaloi sesuai untuk anda dan keluarga bercuti di Negeri Sembilan ini. Nak pemandu pun boleh anda dapatkan bersama Kereta Sewa Klezcar!

.

Tempahan Segera klik sini, berikan nombor telefon dan lokasi anda, boleh juga membuat tempahan online di  https://www.klezcar.com .

.

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com/

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *