Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Terkenal


Rata-rata pengunjung dari luar negara akan bercuti di Kuala Lumpur. Mungkin sebab Kuala Lumpur adalah ibu negara di Malaysia yang penuh dengan mercu tanda pembangunan dan juga mempunyai beberapa tempat menarik yang terkenal.  Ia bukanlah andaian tetapi kenyataan, terdapat banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang terkenal dalam kalangan pengunjung luar meskipun dalam negeri.

Kuala Lumpur juga dikatakan bandar yang hidup pada malam hari, lampu-lampu bangunan dan menara yang berdiri megah tinggi memeriahkan suasana dan memberi panorama yang indah buat anda walaupun di susuli dengan kesibukan dan kebingitan bunyi kenderaan di ibu kota. Namun, tempat menarik di Kuala Lumpur yang terkenal amat menyeronokkan dan anda tidak boleh terlepas dari ke destinasi tersebut!

Mari kita lihat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur yang terkenal dengan mengunakan kereta sewa KLEZCAR- Kuala Lumpur. Terdapat banyak cawangan kereta sewa Klezcar berhampiran seperti Kereta Sewa Puchong, Kereta Sewa Petaling Jaya, Kereta Sewa Putrajaya, Kereta Sewa Kinrara, Kereta Sewa Hentian Kajang, Kereta Sewa TBS dan banyak lagi.

 Menara-KL

  1. Menara KL

Menara Kuala Lumpur adalah destinasi pertama anda perlu datang bersama keluarga, pasangan atau kawan-kawan anda. Anda boleh melihat suasana pemandangan di Kuala Lumpur pada waktu pagi, tengahari, petang dan juga malam dari atas KL Tower sahaja. Sangat menghiburkan!

 twin towel

  1. Bangunan Berkembar KLCC

Bangunan berkembar KLCC yang tertinggi di dunia ini adalah tempat menarik di Kuala Lumpur yang terkenal dengan tempat shopping barangan mewah, tempat melihat pemandangan dan keindahan malam dengan adanya lampu-lampu dan alunan muzik di pancuran air serta membolehkan anda bersiar-siar di sekeliling KLCC.  Anda pasti tidak akan bosan melepak di KLCC dan bergambar disini.

 jambatan putrajaya

  1. Jambatan Putrajaya

Jambatan Putrajaya yang merupakan mercu tanda dan kemegahan Malaysia ini sangat indah dilihat pada waktu malam. Anda juga boleh melihat bangunan menara pentadbiran kerajaan beserta dengan tasik Putrajaya dan Masjid Putrajaya. Pada pagi hari, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di Tasik Putrajaya. Menaiki cruise adalah sesuatu yang sangat romantik untuk anda dan pasangan.

Terdapat cawangan kereta sewa KLEZCAR – Putrajaya di kawasan ini iaitu beralamat Lot K16, Putrajaya Sentral, Lebuh Perdana Barat, Presint 7, 62100 takut-takut terasa ingin menyewa kereta sewa ketika berada di kawasan ini.

bukit ampang

  1. Bukit Ampang

 

Bukit Ampang menjadi satu port untuk anak-anak muda dan mereka yang berpasang-pasangan untuk melepak.  Melepak sambil menikmati pemandangan indah di atas bukit yang tinggi lagi dingin sambil menikmati hidangan jualan gerai-gerai kecil di sini amat menyeronokkan.  Atas Bukit Ampang ini, anda boleh melihat seluruh bandar Kuala Lumpur dengan jelas. Lampu-lampu malam bewarna-warni boleh anda lihat dari atas Bukit Ampang.

 Bangunan Sultan Abdul Samad

  1. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan bersejarah yang bertapak berhadapan Dataran Merdeka.  Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai bentuk yang unik iaitu reka bentuk Moor dan menara jam yang turut menyaksikan detik bersejarah pada suatu masa di tempat itu. Anda boleh bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dengan menampakkan latar belakang yang kreatif dan cantik.

 taman burung

  1. Taman Burung Kuala Lumpur

Anda boleh melihat lebih dari 3000 jenis spesis burung di Taman Burung yang terletak di Taman Botanical Kuala Lumpur ini.  Burung-burung disini dibiarkan berterbangan secara bebas malah anda juga boleh melawat ke bilik penetasan telur dan semaian.  Memang seronok bersiar-siar disini tambahan pula bawa anak dan keluarga, pasti lebih meriah.

Tempat Menarik di Kuala Lumpur yang terkenal dengan pemandangan yang indah dan sesuai dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh negara ini sememangnya menjadi tempat santai dan bersiar-siar bagi anda yang suka meronda di kawasan Kuala Lumpur sama ada pada waktu pagi atau malam. Berkunjung di Kuala Lumpur juga mudah untuk anda dapatkan kenderaan kereta sewa Kuala Lumpur yang murah dan mudah.

.

Kereta Sewa Klezcar Kuala Lumpur- Petaling Jaya, Putrajaya, Puchong, Kinrara, TBS dan Hentian Kajang| Kereta Sewa Murah Jimat Untuk Percutian Anda

.

Memilih Kereta Sewa Klezcar Kuala Lumpur untuk perjalanan ke lokasi percutian dan tempat menarik di Kuala Lumpur memberi kelebihan kepada anda untuk lebih santai, jimat, selesa ketika memandu dan dapat mengurangkan kos tambang dan minyak kereta.  Klezcar adalah syarikat kereta sewa murah di Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh Malaysia.  Klezcar Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis kereta sewa yang terdiri daripada kereta sewa kecil sehinggalah besar yang memuatkan lebih dari 7 penumpang.

.

Tempahan Segera klik sini, berikan nombor telefon dan lokasi anda, boleh juga membuat tempahan online di  https://www.klezcar.com/ .

.

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com/

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *