Senang Sewa Kereta Secara Online


tempah kereta sewa online

Tempahan kereta sewa secara online atau melalui laman web sememangnya lebih mudah dan pantas serta boleh dibuat 24 jam dengan kemudahan di hujung jari anda!

Pada zaman teknologi serba canggih ini terdapat pelbagai medium digital untuk buat tempahan kereta sewa secara online.

Seiring dengan peredaran masa, KLezcar juga mempelbagaikan cara atau kaedah menempah kereta sewa.

Jika dulu, pelanggan perlu datang sendiri ke kedai kereta sewa untuk mendapatkan kereta yang diingini, mengisi borang dan surat penjanjian serta menunggu proses tempahan siap.

Proses menempah kereta sewa kemudian beralih ke arah medium WhatsApp dengan menyaksikan tempahan boleh dibuat secara mudah di telefon bimbit.

Bukan itu sahaja, tempahan kereta sewa juga boleh dibuat di laman web atau secara online dengan mudah dan berkesan.

Yang bestnya, tempahan kereta sewa online ini mesra pengguna kerana boleh dibuat di komputer, tablet dan telefon bimbit.

 

kereta sewa online

 

Nak tahu cara-cara tempah kereta online? Senang sahaja! Bagi pelanggan sedia ada, anda boleh skip langkah #1 dan terus ke langkah #3 untuk cara seterusnya.

Untuk pelanggan kali pertama yang ingin menempah kereta sewa online, ikuti satu persatu langkah di bawah.

 

#1  Daftar Akaun di Laman Web KLezcar

 

Pertama sekali, layari laman web KLezcar di komputer atau telefon bimbit. Di laman utama, klik butang ‘Log In’ di sudut atas sebelah kiri bar menu.

 

kereta sewa online

 

Anda akan dibawa ke laman seperti di bawah. Cipta akaun dengan memasukkan nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan kata laluan anda.

 

 

Sah dan aktifkan akaun KLezcar anda dengan menekan pautan atau link yang dihantar terus ke alamat e-mel yang didaftarkan tadi.

 

 

Tekan link ‘Click Here To Activate’ untuk mengaktifkan akaun KLezcar anda. Pelanggan akan dibawa semula ke laman web untuk daftar masuk.

 

 

Pelanggan baru berpeluang menikmati diskaun RM30 untuk sewaan pertama. Promo ini sah selama sebulan selepas anda menerima e-mel pengaktifan akaun.

Pelanggan hanya perlu tekan link yang dihantar ke e-mel, isi butiran ringkas iaitu alamat e-mel, nombor WhatsApp dan lokasi atau cawangan KLezcar dan tebus kupon diskaun RM30 yang diberikan. Klik untuk tebus baucar RM30 sekarang.

 

 

 

 

 

 

#2  Muat Naik Gambar Selfie, Lesen & IC

 

Bagi memastikan kelicinan proses tempahan kereta sewa online, pelanggan diminta memuat naik gambar kad pengenalan (depan & belakang) dan lesen (depan & belakang).

Pelanggan juga perlu memuat naik gambar selfie masing-masing bersama dengan dokumen pengenalan diri tadi. Senang kan!

Jadi, lepas sudah siap, pelanggan hanya perlu tunggu selama 24 jam untuk proses pengesahan dokumen

Kalau tak lulus, semak balik dokumen pengenalan diri. Pastikan gambar yang dimuat naik itu tidak kabur dan bukan gambar merepek atau yang bukan-bukan ya!

 

 

#3  Buat Tempahan Kereta Sewa Online

 

Apabila semua proses sudah selesai dibuat, anda boleh meneruskan dengan tempahan kereta sewa online.

Anda hanya perlu masukkan destinasi, tarikh dan masa pilihan untuk anda pick-up dan pulangkan kembali kereta sewa tersebut. Seterusnya, klik pada butang ‘Check Availability’ untuk lihat tawaran harga dan jenis kenderaan yang ada pada hari pilihan anda.

KLezcar menyediakan pelbagai model kereta sewa yang berkualiti, bersih dan cantik pada kadar murah serta berpatutan untuk anda tempah.

Antara model kereta sewa KLezcar yang menjadi pilihan ramai adalah Perodua Myvi, Axia, Alza, Proton Saga, Exora, Toyota Alphard, Vellfire dan Mitsubishi Triton.

 

Antara kelebihan tempahan kereta sewa online ini adalah ini dibuat secara real time.  Jadi, hanya kereta yang available sahaja akan dipaparkan kepada pelanggan.

Pelanggan kemudian hanya perlu memilih satu daripada senarai pilihan kereta yang disenaraikan.

 

 

Selepas memilih kenderaan yang anda mahukan, masukkan kod promo (jika ada) di bahagian ‘Redeem Your Discount’ dan klik ‘Redeem Now’.

Selain promo buat pelanggan baru, KLezcar juga ada promo-promo menarik lain kepada pelanggan sedia ada khususnya yang menjadi ahli Eazymember.

Promo best ini seperti EazyRabu yang menawarkan diskaun 40 peratus untuk semua jenis kereta pada hari Rabu.

Promo SuperSunday pula terbuka kepada ahli dan bukan ahli Eazymember dengan tawaran 30 peratus diskaun untuk semua jenis kereta.

Dengan memasukkan salah satu kod promo tersebut, pelanggan boleh melihat nilai potongan harga kereta sewa yang diperoleh daripada kod promo berkenaan.

 

#4  Buat Bayaran Kereta Sewa Online

 

Sahkan tempahan dan anda akan dibawa ke pelayar untuk proses pembayaran.

 

Lengkapkan maklumat pembayaran yang dikehendaki seterusnya klik ‘Confirm Booking’. Maklumat tempahan kereta sewa dihantar ke e-mel sebagai bukti pembayaran dan rujukan untuk tujuan pengambilan kereta kelak.

Kaedah pembayaran termasuklah menggunakan kad debit, kad kredit atau perbankan online (online transfer) ke akaun KLezcar.

 

 

 

Pembayaran juga boleh dibuat di 7-Eleven seperti kaedah dalam infografik di bawah.

 

 

#5  Datang ke Lokasi Pick-up Kereta Sewa

 

Memang mudah buat tempahan kereta sewa online dengan Klezcar. Anda tidak perlu menghabiskan masa terlalu lama berada di hadapan skrin bagi meneliti semua maklumat yang perlu diisi kerana maklumat yang diperlukan sangat mudah dan ringkas.

Rujuk e-mel pemberitahuan ketika mahu mengambil kereta sewa di lokasi pick-up.

Butiran kenderaan yang disewa termasuk nombor plat kereta dihantar ke e-mel berkenaan untuk memudahkan anda.

 

#6  Lock & Unlock Guna Aplikasi 

 

Nak buka dan kunci kereta sewa KLezcar pun sangat senang. Dengan kemudahan teknologi di hujung jari, pelanggan boleh buka dan kunci kereta melalui aplikasi.

Sistem ini mudah difahami, sistematik dan efektif untuk pelanggan membuat tempahan kereta sewa online.

 

 

#7  Snap Gambar Kereta

 

Sebelum anda memulakan pemanduan, jangan lupa ambil gambar kereta sewa dari sudut hadapan, belakang, sisi bahagian kiri dan kanan.

Ulang langkah sama apabila anda mahu memulangkan kereta sewa nanti.

Sebenarnya langkah ringkas ini bagi membolehkan pihak KLezcar memastikan kereta yang disewa sentiasa berada dalam keadaan baik.

Ini juga bagi membolehkan pihak KLezcar memperbaiki dan menambah baik perkhidmatan kereta sewa pada masa depan.

#8  Pandu & Enjoy!  

 

Sebelum memandu, pastikan anda laraskan tempat duduk kereta mengikut keselesaan.

Pastikan juga cermin sisi kanan dan kiri serta cermin belakang pandang belakang turut dilaraskan mengikut aras mata (eye level).

Paling penting, jangan lupa juga pakai tali pinggang keselamatan.

Ingat tau bermula 1 Januari 2020, peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar pemandu dan penumpang kenderaan biasa serta bas bagi menjamin keselamatan penumpang.

Penguatkuasaan akan ditingkatkan dan denda RM300 akan dikeluarkan kepada pesalah berumur 17 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak atau remaja di bawah 17 tahun yang tidak memakainya bakal membuatkan si pemandu disaman.

 

 

Senang bukan untuk tempah kereta sewa KLezcar secara online atau melalui laman web.

Anda boleh sewa kereta online tanpa perlu ke mana-mana dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Ramai pengguna kereta sewa yang telah mengenali dan menggunakan perkhidmatan kereta sewa KLezcar.

Rata-rata berpuas hati dan menjadi pelanggan tetap kerana tidak ada kereta sewa lain yang lebih mudah, pantas dan berkualiti melainkan kereta sewa KLezcar.

Tunggu apa lagi, jom tempah kereta sewa online di KLezcar!

 

 

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com/

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *