Lokasi Percutian Dan Tempat Menarik di Johor


Malaysia yang penuh dengan lokasi percutian dan tempat menarik yang indah lagi menyeronokkan ini penuh dengan pelancong dari dalam dan luar negeri. Tanpa disedari, salah satu negeri yang menjadi kegilaan ramai pelancong untuk bercuti adalah Johor Darul Takzim.  Sebagai penduduk tempatan, pasti anda juga tertanya-tanya apakah tarikan yang ada pada negeri bendera biru merah ini bukan? Mari kita lihat lokasi percutian dan tempat menarik di Johor. Jika ingin mengunakan kereta sewa pastikan guna Kereta Sewa Klezcar yang terbukti berpuas hati dan akan sewa kembali. Bilangan cawangan kereta sewa yang banyak di Johor seperti Larkin,Gelang Patah, Impian Emas dan Kulai memudahkan proses sewaan dilakukan.

 Lego

#1  Legoland

Legoland terkenal di serata dunia dengan konsep taman tema berbentuk ‘logo’ yang merupakan salah satu permainan kanak-kanak.  Legoland yang terletak di Nusajaya Johor ini sesuai untuk anda membawa anak-anak berseronok dan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti Roller Coaster Lego Technic, replika logo berdekatan Logo Kingdom, Land Advanture Egypt dan Dino Island, Lego Cty, Miniland dan lain-lain lagi. Bukan sahaja anak-anak akan berasa teruja dengan tempat ini, malah anda juga pasti kagum dengan keindahan serta pelbagai keunikan dan tarikan yang ada di sini.

Cawangan Kereta Sewa KLezcar Johor- Gelang Patah hanya berada berhampiran dengan Taman permainan ini. Jadi jika memerlukan kenderaan hanya gunakan kereta sewa Klezcar Gelang Patah yang sangat mudah dan harga pun berpatutan dengan kualiti ditawarkan.

 kolam panas gersik 2

#2 Kolam Air Panas Sungai Gersik

Kolam Air Panas Sungai Gersik adalah keindahan semulajadi yang boleh dijadikan tempat santai dan lokasi percutian menarik pada musim cuti sekolah. Kolam ini sememangnya mempunyai kepanasan yang bersuhu antara 50-70 darjah Celsius secara semulajadi.  Suhu kolam air panas Sungai Gersik ini sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan dan kulit anda.  Kolam air panas di Pekan Parit Jawa ini boleh digunakan pada bila-bila masa dan masuk adalah percuma.  Anda harus kekalkan kebersihan dan kecantikan tempat percutian menarik di Johor yang wajib anda lawati ini.

Perjalanan dari Aiport Senai ke kolam Air Panas Sungai Gersik mangambil masa hampir 2 jam perjalanan dengan kenderaan. Jadi, pastikan menyewa kereta sewa yang dinyakini keselesaan dan di service mengikut masa ditetapkan bagi mengelak berlaku pernambahan masa perjalanan lagi. Klezcar Johor- Kulai menyediakan pelbagai pilihan kereta dari kompak hingga mewah beserta memberi jaminan kereta sewa diberikan bersih,servis terjaga dan wangi.

 index

#3 Taman Negara Pulau Kukup

Taman Negara Pulau Kukup amat sesuai untuk mereka yang suka menerokai hutan dan menyelami keindahan semulajadi flora dan fauna.  Taman Negara Pulau Kukup meliputi hutan paya bakau kedua terbesar di dunia yang mempunyai keluasan pulau 647 hektar dan dikelilingi oleh 800 hektar tanah paya.  Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Taman Negara Pulau Kukup ini adalah menaiki bot sekitar Sungai Ular, mengelilingi dan bergambar di sekitar hutan paya bakau dan juga menikmati keindahan spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan di hutan pulau ini.

 tapak sejarah buruk

#4 Tapak Sejarah Kota Buruk

Tapak sejarah Kota Buruk yang terletak di Muar Johor ini mempunyai sejarah sejak zaman dahulu kala lagi.  Tempat tinggal Parameswara selama lebih 10 tahun setelah dibuang dari Temasik sebelum menguasai Melaka ini sangat indah dan cantik.  Sekarang, ia merupakan tempat berehat atau bersiar-siar bagi anda yang ingin menikmati pemandangan malam yang indah bersama orang yang tersayang, keluarga dan kawan-kawan.  Dikatakan bahawa Parameswara juga telah membuka tempat sejarah lain iaitu ‘Biawak Busuk’.

 teluk sengat crocodile

#5 Teluk Sengat Crocodile Farm

Melihat buaya di Teluk Sengat Crocodile Farm ini sememangnya menyeronokkan dan menggerunkan. Anda boleh melihat 8 buah kolam buaya yang membiak dan 81 buah kolam konkrit yang menempatkan lebih daripada 1000 ekor buaya.  Jika anda datang pada masa yang tepat, mungkin anda berpeluang untuk melihat pekerja memberi makan kepada buaya-buaya ini.  Makanan berupa ayam dan udang diberikan kepada semua buaya di Teluk Sengat Crocodile Farm pada masa yang telah ditetapkan.

desarufruitfarm

#6 Desaru Fruit Farm

Kota Tinggi Johor juga terkenal dengan syurga buah-buahan iaitu Desaru Fruit Farm.  Desaru Fruit Farm penuh dengan buah-buahan yang boleh anda nikmati dan terdapat beberapa aktiviti menarik seperti Go Kart ala kampung, Farm Tour,  Abseiling dan lain-lain lagi.   Pastinya buah-buahan seperti buah naga, mangga, jambu air, jambu batu, nenas, pisang, betik dan macam-macam lagi buah boleh anda dapatkan di sini.  Untuk ke ladang buah, anda boleh datang ke sini pada 8.30 pagi sehingga 6.30 petang, manakala pada waktu malam pula, anda boleh dinner di sini dengan pelbagai menu yang menarik.

johor outlet

#7 Johor Premium Outlet

Johor Premium Outlet adalah pusat beli belah premium di mana ia menawarkan pelbagai jenis barang berjenama seperti baju, beg tangan, kasut dan lain-lain lagi untuk anda shoping! Johor Premium Outlet yang mempunyai lokasi strategik deretan kedai dua tingkat ini sering membuat potongan harga dan diskaun sebanyak 50% untuk anda. Memang berbaloi jika anda singgah membeli belah di sini setiap kali anda bercuti ke Johor.  Sekurang-kurangnya anda tidak pulang dengan tangan kosong, malah anda dapat membawa pulang barang yang berjenama untuk keluarga anda.

 air terjun kota tinggi

#8 Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun dingin dan sejuk yang terletak 15 km dari Pekan Kota Tinggi ini merupakan lokasi percutian dan tempat menarik di Johor yang perlu anda lawati.  Anda boleh bermandi manda dan bermain gelongsor air dari kawasan air terjun cetek sehinggalah air terjun yang lebih dalam.  Bagi anda yang inginkan pelampung, anda boleh sewa pelampung di kedai yang terletak sebelum air terjun utama.  Ramai keluarga yang berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi pada musim cuti terutamanya cuti sekolah.

.

Rancang Perjalanan Anda Dengan Bijak

Anda boleh merancang perjalanan anda dengan bijak dari segi kos kewangan yang melibatkan tambang minyak, kenderaan, makanan, penginapan dan macam-macam lagi.  Anda mampu jimatkan kos perjalanan anda sekiranya menggunakan kereta sewa mampu milik atau menaiki bas untuk percutian yang lebih menarik.  Menaiki kereta sendiri memerlukan anda menyelenggara dan servis kereta sebelum bercuti.  Apa kata kali ini anda buat perubahan yang lebih menarik untuk percutian anda?

.

Kereta Sewa Klezcar Johor- Larkin, Gelang Patah, Kulai dan Impian Emas | Kereta Sewa Murah Jimat Untuk Percutian Anda

Memilih kereta sewa Klezcar Johor untuk perjalanan ke lokasi percutian dan tempat menarik di Johor memberi kelebihan kepada anda untuk lebih santai, jimat, selesa dan dapat mengurangkan kos tambang dan minyak kereta.  Klezcar adalah syarikat kereta sewa murah di Johor dan mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh Malaysia.  Klezcar menawarkan pelbagai jenis kereta sewa yang terdiri daripada kereta sewa kecil sehinggalah besar yang memuatkan lebih dari 7 penumpang.

.

Kereta Sewa Klezcar Johor Untuk Percutian Anda

 

Kereta Sewa Kompak

Bagi anda yang bercuti secara individu atau kurang dari 5 orang, anda boleh menggunakan kereta sewa kompak seperti Perodua Axia, Perodua Myvi dan juga Proton Iriz.  Kereta sewa jenis kompak lebih jimat dan juga lebih selesa untuk kegunaan anda bersama pasangan.

 

Kereta Sewa Sedan

Kereta sewa jenis sedan seperti Honda City, Toyota Vios dan lain-lain lagi kereta sewa yang mempunyai bentuk panjang seperti ini boleh memuatkan 5 orang penumpang serta digunakan untuk percutian yang jauh.  Kereta sewa jenis sedan tampak lebih berjenama dan megah untuk anda pandu dengan seronok dan selesa.

 

Kereta Sewa MPV

Klezcar Johor juga menawarkan kereta sewa jenis MPV yang lebih besar dan sesuai dinaiki oleh 7 orang dan ke atas.  Contoh kereta sewa MPV adalah Hyundai Starex, Toyota Alphard dan macam-macam lagi. Mungkin anda ingin bercuti bersama keluarga yang ramai dan perlu menaiki 2 kereta, kenapa perlu keluarkan kos tambang yang banyak? Apa kata anda memandu membawa semua ahli keluarga anda hanya dengan 1 kereta yang besar. Seronok kan?

 

Kereta Sewa Mewah

Klezcar juga menawarkan kereta sewa mewah seperti Mercedes, BMW dan juga Van Hiance.  Bolehlah anda merasa bagaimana membawa kereta luxury pergi bercuti sekali sekala. Mungkin anda boleh buat kejutan untuk seseorang dengan menggunakan kereta sewa jenis ini.

.

Kenapa Anda Perlu Bercuti Bersama Kereta Sewa Klezcar?

 .

Kereta Sewa Klezcar Murah Dan Berbaloi

Kereta sewa Klezcar ternyata murah dan berbaloi sekiranya anda membuat tempahan untuk jangka masa yang lebih panjang. Mungkin anda ingin menempah kereta secara harian, mingguan ataupun bulanan, pasti anda akan mendapat tawaran harga yang rendah dan berbaloi.

 .

Kereta Sewa Klezcar Mudah Ditempah Dan Didapatkan

Dengan sistem tempahan kereta sewa Klezcar secara online, anda kini boleh menempah secara atas talian dengan hanya memasukkan maklumat tarikh dan masa tempahan kereta,  jenis kereta dan beberapa maklumat lagi bagi melengkapkan penempahan mudah kereta sewa Klezcar Johor di semua cawangan kami seperti Kereta Sewa Larkin, Kereta Sewa Gelang Patah, Kereta Sewa Impian Emas , Kereta Sewa Kulai dan banyak lagi.  Anda boleh dapatkan kereta sewa pada hari tempahan yang telah dibuat.

 .

Kereta Sewa Klezcar Bersih, Selamat Dan Berkualiti

Kereta sewa Klezcar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan wangi.  Kereta sewa yang selamat dipandu ini berkualiti tinggi dan tidak mempunyai sebarang masalah dari segi penyelenggaraan seperti enjin dan sebagainya.  Anda tidak perlu risau sekiranya berlaku sesuatu kerana mereka juga akan membantu anda membaikinya selama 24 jam.

 .

Kereta Sewa Klezcar Selesa Untuk Semua

Klezcar akan memastikan semua orang selesa ketika dalam perjalanan bersama kereta sewa mereka.  Ruang yang selesa, sistem pengudaraan yang baik, aspek keselamatan yang dititikberatkan dan semua faktor keselesaan kereta sewa Klezcar dijamin untuk anda dan penumpang lain.

 .

Pelbagai Pilihan Kereta Sewa Klezcar

Anda berhak memilih mana-mana jenis kereta yang anda inginkan bergantung kepada jumlah penumpang, bajet anda serta kesesuaian kereta sewa untuk anda gunakan dalam percutian anda.  Klezcar mempunyai lebih dari 1000 kereta sewa di seluruh Malaysia.

 .

Siapa Sesuai Menggunakan Kereta Sewa Klezcar?

Anda yang ingin bercuti di dalam negeri Johor tidak kira daerah mana yang anda tujui, kereta sewa Klezcar boleh didapatkan untuk perjalanan percutian anda. Sekiranya anda ingin bercuti luar dari Johor, anda boleh mendapatkan kereta sewa Klezcar di lokasi yang paling terdekat dengan anda.

Selain dari percutian, mungkin anda ingin menggunakan kereta untuk keluar bersama rakan, pulang ke kampung, balik ke kampus dan sebagainya, anda boleh memilih mana-mana kereta yang sesuai dengan anda dan penumpang juga bajet yang mengikut kemampuan anda.

Urusan kerjaya juga memerlukan anda mengambil inisiatif untuk mempunyai kenderaan bagi menghadiri seminar, mesyuarat dan sebagainya. Kereta sewa Klezcar Johor boleh dipandu juga boleh anda naiki bersama pemandunya sekali.

 .

Jom Dapatkan Kereta Sewa Klezcar

Pasti percutian anda lebih seronok, selesa dan dapat mengurangkan kos dengan adanya perkhidmatan kereta sewa Klezcar.  Mudah sahaja untuk membuat tempahan, anda boleh terus kunjungi www.klezcar.com dan terus menempah kereta sewa yang anda inginkan!

Tempahan Segera klik sini, berikan nombor telefon dan lokasi anda, boleh juga membuat tempahan online di  https://www.klezcar.com/ .

 .

Artikel Lain :

  1. Eazy Point
  2. Eazy Rabu
  3. Eazy 15%
  4. Eazy Birthday
  5. Super Sunday
  6. How To Check Point

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com/

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *