Lapangan Terbang Popular Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu


Lapangan terbang yang merupakan perantaraan untuk anda mendapatkan kenderaan bagi menerbangkan diri anda ke destinasi yang anda inginkan sama ada di dalam atau luar negara adalah lokasi penting untuk anda tiba pada masa yang ditetapkan.  Selalunya pelanggan akan menunggu di ruangan untuk menunggu paling awal sejam daripada masa kapal terbang anda berlepas.  Mana-mana sahaja lapangan terbang yang anda datang, semua prosedur dan arahan adalah sama demi menjaga keselamatan dan kecekapan urusan di lapangan terbang tersebut.

 

Tahukah anda terdapat banyak lapangan terbang di negara kita? Sama ada yang telah lama dibangunkan atau yang baru dibangunkan, semuanya amat popular dan menjadi titik destinasi bagi anda yang ingin bercuti ke mana sahaja dengan menaiki kapal terbang.  Kali ini, mari kita lihat beberapa lapangan terbang popular di Malaysia yang perlu anda tahu!

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Siapa yang pernah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi? Pasti anda tahu bahawa lokasi lapangan kapal terbang antarabangsa Langkawi ini terletak di Padang Mat Sirat, Langkawi yang merupakan bahagian barat daya dalam pulau Langkawi. Sebagai sebuah pulau yang bebas cukai, ia menjadi tarikan ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk singgah di kedai-kedai dalam lapangan terbang ini, malah lapangan terbang langkawi juga lengkap dengan kafe, restaurant dan pelbagai kemudahan lain lagi.

‍‍‍‍‍‍

Selain dari menaiki Feri ke Pulau Langkawi, kapal terbang juga menjadi pilihan ramai tambah-tambah mereka yang dikatakan mabuk laut dan amat tidak selesa berada di tengah lautan.  Keluar sahaja dari lapangan terbang antarabangsa Langkawi, banyak kenderaan awam yang disediakan untuk menghantar anda terus ke destinasi yang anda mahukan.‍‍‍‍‍‍

‍‍‍‍‍‍

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Siapa yang tidak suka bercuti atau berjalan-jalan di Kota Kinabalu Sabah? Semua orang sukakan ketenangan dan kedinginan alam yang indah seperti tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabah. Masih lagi teringat akan Gunung Kinabalu yang menghijau dan mesra semulajadi, pasti seronok jika dapat ke sana lagi. Oh ya, anda boleh turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jika anda ingin ke Kota Kinabalu atau bandar Kinabalu, kerana jaraknya juga tidak begitu jauh, hampir 8 km sahaja perjalanan ke bandar Kinabalu.

‍‍‍‍‍‍

Lapangan Terbang Antarabangsa negeri di bawah bayu ini mempunyai Terminal 1 yang berupaya mengendalikan hampir 2.5 juta pelancong serta Terminal 2 untuk 3 juta pelancong yang akan menggunakan perkhidmatan lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu.  Lapangan terbang ini juga menyediakan kemudahan kedai yang bercirikan kedai bebas cukai, tempat menjamu selera, ruangan legar dan lain-lain lagi sempena ia telah diubahsuai untuk menjadi lebih besar pada beberapa tahun lalu.

‍‍‍‍‍‍

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah salah satu lapangan terbang yang mempunyai kemudahan terbanyak seperti 14 Pintu Berlepas, 3 Kaunter Tuntutan Bagasi, 8 Titi Udara, 808 lot letak kereta, Pertukaran Wang Asing, Penempahan Hotel, Travel Agensi, Ruang Istirehat VIP, Kuarantin haiwan dan lain-lain lagi malah lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang mempunyai 2 kompleks kargo yang besar.

‍‍‍‍‍‍

Sudah menjadi hobi bagi penduduk Pulau Pinang yang ingin melihat kapal terbang berlepas ke udara atau turun ke kawasan mendarat, mereka akan melihat dari tepi padang Batu Maung. Selalunya pada petang hari atau malam, anda dapat melihat ramai orang yang menantikan untuk melihat kapal terbang. Unik dan popularnya lapangan terbang antarabangsa Penang, orang diluar lapangan pun tak sabar menanti kapal terbang.

‍‍‍‍‍‍

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka_Batu Berendam

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Terdahulunya, Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Melaka ini dikenali dengan nama Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Batu Berendam kerana ia terletak di Batu Berendam. Namun kini, ia dikenali sebagai Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Melaka.  Lapangan kapal terbang ini bermula secara kecil dan dalam proses meluaskan lagi ruangan lapangan kapal terbang dimana projek ubahsuai yang telah bermula pada 16 April 2007 dan kerja naik taraf pula telah siap pada 2009.  Lapangan terbang di sini juga telah menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320 selain dari pesawat jenis turboprop.

Ramai pelancong yang gemar menggunakan perkhidmatan lapangan terbang antarabangsa Melaka saban hari dan ia merupakan kejayaan yang menakjubkan bagi mereka.

‍‍‍‍‍‍

  1. Lapangan Terbang Kuching

Lapangan Terbang Kuching adalah bukti kemajuan pembangunan dalam dunia penerbangan di negara kita. Lapangan terbang yang terletak di Kuching, Sarawak ini adalah sebuah pangkalan udara bagi Tentera Udara di-Raja Malaysia yang telah diperluas dan dimodenkan dengan wajah baru. Terminat moden yang telah diubahsuai ini menjadikan ramai pelancong suka bergambar dengan bentuk kompleks terminal baru yang lebih menarik.  Antara sistem pesawat yang boleh dikendalikan di lapangan terbang antarabangsa Kuching adalah untuk B747 & A380 iaitu pesawat berbentuk lebar, pesawat turboprop dan juga untuk General Aviation Apron.

‍‍‍‍‍‍

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor ini merupakan lapangan terbang kelima yang tersibuk di Malaysia. Lapangan terbang antarabangsa ini amat popular di Malaysia dengan kawasannya yang strategik dan mempunyai pusat beli belah Aero mall yang merupakan pusat beli belah pertama yang terdapat di dalam lapangan terbang di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 2010 dengan kos sebanyak 70 Juta.  Memang tidak bosanlah jika anda berada di sini, bolehlah anda membeli belah dahulu sementara menunggu seseorang ataupun menunggu ketibaan flight anda.

‍‍‍‍‍‍

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Siapa yang tidak tahu lapangan terbang popular di Malaysia yang terkenal dengan singkatan KLIA ini adalah lapangan terbang terbesar di Malaysia dan tersibuk di asia tenggara? Hampir 35 juta penumpang setahun kira-kira jumlah mereka yang telah menggunakan perkhidmatan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur ini. Sepadan dengan keluasan lapangan terbang ini dimana pihak Malaysia Airports Holding Berhad yang menguruskan KLIA telah membuat pembesaran LCCT untuk menampung para penumpang.

‍‍‍‍‍‍

Banyak kemudahan yang boleh anda lihat dapatkan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur ini seperti hotel terdiri dari hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang menampilkan 450 bilik, 80 bilik di Bangunan Satelit, pusat-pusat membeli-belah yang mempunyai keluasan sebanyak 85,000 meter persegi, perkhidmatan kenderaan buggy percuma untuk ke hotel dan lain-lain lagi.

‍‍‍‍‍‍

Perkhidmatan Kereta, Limosin, Teksi Dan Kenderaan Di Airport

Perkhidmatan kenderaan untuk anda teruskan perjalanan ke destinasi anda disediakan seperti kereta, limosin, teksi dan lain-lain lagi. Setiap kenderaan mempunyai cas harga yang berbeza.  Bagi anda yang inginkan perkhidmatan kereta pemanduan sendiri ataupun kereta yang menjemput anda di airport, anda boleh dapatkan Klezcar car rental yang terbaik dan terbesar di seluruh Malaysia.

 

Klezcar Car Rental Menjemput Anda di Airport

Klezcar car rental adalah kereta sewa terbaik di Malaysia yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan kereta sewa dalam memudahkan perjalanan anda bergerak dari airport ke destinasi anda seterusnya.  Selain mengambil atau menjemput anda dari airport, anda boleh menggunakan kereta sewa Klezcar untuk meneruskan perjalanan anda dan keluarga atau rakan-rakan untuk terus ke percutian atau urusan anda.  Klezcar car rental juga menyediakan khidmat kereta sewa sama ada anda boleh pandu sendiri ataupun mengambil khidmat pemandu dari Klezcar Car Rental.

 

Kereta Mewah Dan Kereta Bajet Dari Klezcar Car Rental

Anda boleh memilih mana-mana jenis kereta seperti kereta kompak, sedan, MPV, mewah dan sebagainya.  Kereta bajet dan kereta mewah disediakan bagi anda mengikut kemampuan dan keselesaan anda dalam meneruskan percutian dan perjalanan anda.  Kadar kos kereta sewa Kelzcar yang ditetapkan sangat murah, berpatutan dan berbaloi untuk semua pengguna tempatan dan luar negara.  Anda berpeluang untuk mendapatkan tawaran promosi dan diskaun yang hebat dengan menggunakan kereta sewa Klezcar.

 

Kemudahan Klezcar Car Rental Untuk Kegunaan Anda

Klezcar car rental memberikan perkhidmatan Chaffeur atau pemandu untuk menjemput dan menghantar anda ke airport. Memandu kereta sewa Klezcar dengan sendirinya juga dibenarkan dan anda boleh mendapatkan khidmat bantuan kecemasan, hotline 24 jam serta khidmat maintenance bagi menyelenggarakan kereta sewa sekiranya berlaku apa-apa masalah teknikal.  Untuk pengetahuan anda, masalah kerosakan kereta yang berlaku selama 24 jam anda menggunakan kereta sewa Klezcar juga boleh anda dapatkan dengan terus menghubungi mereka.

 

Kegunaan Kereta Sewa Klezcar Untuk Kegunaan Anda

Anda boleh menggunakan kereta sewa Klezcar untuk pelbagai urusan seperti menghadiri kursus, majlis, kelas, pejabat dan pelbagai urusan rasmi mahupun tidak rasmi.  Penghantaran dan pengambilan ke destinasi anda termasuklah hotel, airport, stesen bas, sekolah, tempat percutian dan lain-lain lagi boleh dirunding dan dibincangkan dengan mudah kerana pemandu dan pekerja syarikat kereta sewa Klezcar amat mesra, ramah dan memahami. Mereka sentiasa memberi perkhidmatan dan layanan terbaik buat anda.

 

Cara Mendapatkan Kereta Sewa Klezcar Di Airport

  1. Klezcar car rental boleh anda dapatkan dengan melayari laman website Klezcar.com ataupun boleh anda muat turun aplikasi Klezcar bagi menempah kereta sewa Klezcar dengan mudah dan pantas.
  2. Anda boleh terus mengisi tarikh pengambilan kereta dan penghantaran kereta sewa Klezcar yang akan dilakukan mengikut jadual perjalanan dan percutian anda.
  3. Kemudian, pilih jenis kereta yang anda inginkan untuk menikmati perjalanan yang selesa, mudah dan menyeronokkan.

Tempahan online yang dibuat amat mudah, sistematik dan tepat dimana selepas tempahan berjaya, tiada sebarang pembatalan yang akan berlaku kerana anda telah booking kereta yang anda mahukan. Mudah sahaja kan?

 

Hubungi Dan Tempah Kereta Sewa Klezcar Sekarang!

Kadar kos sewa kereta Klezcar juga bergantung kepada jenis kereta serta bilangan hari atau tempoh masa yang ingin anda gunakan kereta sewa tersebut. Semakin lama tempoh masa tempahan kereta sewa Klezcar yang anda lakukan, anda akan menikmati tawaran harga promosi yang lebih tinggi, berbaloi dan berpatutan.

Tempahan kereta sewa Klezcar juga boleh dibuat di cawangan syarikat kereta sewa Klezcar yang berdekatan anda, selain dari tempahan secara online di hujung jari anda.  Pengambilan dan penghantaran kereta sewa Klezcar juga boleh dilakukan di cawangan berhampiran yang anda mahukan.

 

Tempahan Segera klik sini, berikan nombor telefon dan lokasi anda, boleh juga membuat tempahan online di  https://www.klezcar.com/ .

.

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *