Kereta Sewa Terbaik di Malaysia untuk Kegunaan di Tahun 2020 


 

Tahun 2020 adalah tahun yang dinanti-nanti oleh semua masyarakat terutamanya generasi X yang gemar menggunakan kereta sewa sebagai kemudahan untuk ke mana sahaja.

Kereta sewa sering digunakan oleh pengunjung dalam dan luar negeri terutamanya jika anda bercuti ke lokasi percutian yang jauh seperti Sabah, Sarawak, Langkawi atau ke mana sahaja yang memerlukan anda menaiki kapal terbang atau kenderaan awam lain.   

Setibanya anda di daerah atau kawasan percutian yang anda nantikan, kereta sewa lah yang perlu anda dapatkan terlebih dahulu untuk meneruskan percutian anda.

Dengan adanya kereta sewa, anda lebih senang untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain.

Jangan salah faham pula, kereta sewa lebih murah dan berbaloi untuk anda dapatkan berbanding menaiki kenderaan awam lain seperti Uber, Grab, teksi dan sebagainya.   

 

Mari kita lihat senarai kereta sewa terbaik di Malaysia yang boleh anda gunakan bersama keluarga dan kawan-kawan anda di tahun 2020. 

 

#1  Toyota Vellfire 

 

Kereta Toyota Vellfire yang dikategorikan sebagai kereta sewa MPV ini bersaiz besar dan sesuai untuk anda naiki bersama keluarga atau rakan-rakan. 

Pada tahun 2020, kereta jenis MPV pasti amat popular untuk anda dapatkan, memang wow lah jika anda sendiri yang memandu, mengambil rakan-rakan dan bercuti dengan menaiki kereta ini. Nampak classy dan eksklusif gitu! 

Kereta ini juga boleh memuatkan barang-barang yang banyak dan besar. Mungkin anda boleh gunakannya untuk menghantar barang atau memindahkan barang di samping menggunakannya untuk bercuti sahaja.  

Digital Full Display Mirror terbaik untuk memudahkan anda melihat setiap sudut kereta ketika anda mengundur atau menggerakkan kereta. Ia juga merupakan salah sebuah ciri keselamatan kereta. 

 

#2  Toyota Alphard 

 

Bukan nak kata, tapi kereta jenis besar-besar inilah yang menjadikan kehidupan anda dan rakan-rakan ceria sepanjang hari.  Yang jauh kembali terjalin, hanya dengan kereta sewa Alphard yang memudahkan anda bercuti beramai-ramai dengan lebih daripada 7 orang rakan. 

Ruang dan tempat duduknya amat selesa, luas dan memang empuk. Nak tidur dalam kereta pun boleh! Ruang dalam Toyota Alphard tampak eksklusif dan mewah di mana terdapat sudut material kulit yang berkualiti, kemas dan bersih. 

Tidak hairanlah kenapa kereta ini amat sesuai untuk program formal dan syarikat yang melibatkan ramai orang atasan. Penghawa dingin yang disediakan dalam Toyota Alphard ini juga lengkap dan berkesan kepada semua penumpang.

Meskipun kereta ini besar, ia tidaklah memberi masalah kepada anda tetapi lebih kepada menyelesaikan masalah anda. 

 

#3  Toyota Vios 

 

Kereta Vios adalah sebuah kereta jenis sedan yang dikatakan sederhana mewah.  Bagi sesetengah orang, Toyota Vios ini juga dianggap mewah. 

Kereta ini sangat selesa dipandu dan anda boleh memandunya secara santai, laju ataupun lebih pantas. Kualitinya juga setaraf dengan kereta lain, jenama Toyota memang banyak keluarkan kereta yang hebat dan menarik. 

Bentuk dan gaya kereta ini adakalanya seperti sesuai untuk mereka yang feminin dan maskulin gitu, tetapi tiada maknanya kerana semua orang sesuai menggunakannya.

Ia juga kelihatan lebih sporty jika anda lihat kepada bentuk depan dan belakangnya.

Patut ramai juga kaum lelaki yang menggemari dan memilikinya. Kereta Toyota Vios ini merupakan kereta sewa terbaik 2020 yang boleh anda gunakan kerana harganya lebih murah berbanding kereta sewa jenis MPV. 

 

 

#4  Hyundai Starex 

 

Hyundai Starex adalah sebuah kereta MPV yang paling menawan dan mewah.  Ia tiada masalah dalam pemanduan jarak jauh, membawa muatan berat ataupun dinaiki secara beramai-ramai.

Kualiti dan khidmat kereta ini amat berbaloi untuk anda kerana ia sangat tahan lasak dan menjadi pilihan ramai pengguna dalam Malaysia dan luar negara.  

Hyundai Starex menggunakan enjin turbo diesel 2.5 liter yang memberi kuasa terbaik untuk perjalanan dekat dan jauh. 

Variable Geometry Turbocharger (VGT) menghasilkan kelajuan enjin melebihi 2,000 sehingga 2,500 rpm.  

Kereta MPV mewah ini membolehkan anda menaiki bersama 7 penumpang.  Untuk sejauh 590 km, pengisian diesel sebanyak 75 liter sudah mencukupi. 

 

#5  Honda Accord 

 

Honda Accord mempunyai sistem automatik dan pemanduan yang lengkap ditambah dengan ciri-ciri keselamatan kereta era kini.  Terdapat 3 jenis spesifikasi atau varian kereta Honda Accord iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L.

Tahukah anda, varian tertinggi kereta Honda Accord ini mempunyai kuasa enjin ‘Earth Dreams Technology’ Honda.  

Bagi varian tertinggi dan terlaris, Honda Accord mempunyai ciri Honda LaneWatch, tempat duduk yang berkuasa untuk penumpang di hadapan, pengelap cermin automatik, cermin pandang belakang auto malap, beg udara sisi dan juga beg udara jenis tirai sisi.

Dengan menggunakan Honda Accord, ia akan menampakkan anda lebih bekerjaya dan berjaya. Anda boleh menggunakan kereta sewa Honda Accord untuk urusan kerja dan peribadi.

 

#6  Proton Exora 

 

Proton Exora adalah salah sebuah kereta sewa terbaik di Malaysia yang boleh anda gunakan pada 2020 ini.

Proton Exora yang merupakan kereta sewa MPV ini amat berkualiti, mempunyai kelajuan hebat dan ruang yang selesa untuk anda sekeluarga. 

Penggunaan bahan api dalam kadar rendah menjimatkan tenaga kereta dan juga wang anda kerana anda tidak perlu mengisi minyak dengan kerap dan banyak. 

Ramai yang beranggapan bahawa kereta Proton Exora sesuai untuk anda yang berkeluarga dan mempunyai ramai anak sahaja, tetapi sebenarnya bagi anda yang single atau mempunyai pekerja juga sesuai menggunakan Proton Exora.

Anda boleh gunakannya untuk company trip, majlis formal, mesyuarat, seminar dan lain-lain lagi. Ramai berpendapat bahawa kereta Proton Exora amat selesa dipandu! 

 

 

Bagaimana Ingin Dapatkan Kereta Sewa Terbaik Di Malaysia? 

 

Tahukah anda kereta sewa KLezcar adalah kereta sewa terbaik di Malaysia yang sesuai untuk anda gunakan?

Anda boleh mendapatkan kereta sewa KLezcar di seluruh Malaysia terutamanya di semenanjung Malaysia.

Kereta sewa KLezcar terkenal di seluruh Malaysia kerana kualiti kereta sewa mereka sediakan amat berkualiti, tiada masalah dan sering diselenggara dengan baik.

Pasti anda tak sabar-sabar untuk tahu jenis-jenis kereta sewa KLezcar yang ditawarkan kepada anda. 

 

4 Kategori Kereta Sewa KLezcar Terbaik Untuk Anda 

 

Terdapat 4 jenis kereta sewa KLezcar yang terbaik untuk anda gunakan mengikut kesesuaian dan bajet anda.

Semua jenis kereta sewa ini terdapat di mana-mana cawangan kereta sewa KLezcar dan membolehkan anda dapatkannya secara mudah.

Bagi anda yang ragu-ragu untuk memilih kereta sewa KLezcar yang sesuai, 4 kategori kereta sewa ini memudahkan anda untuk membuat pilihan. 

 

 

 

  • Kereta Sewa Jenis Kompak 

 

Kereta sewa jenis kompak seperti Proton Iriz, Myvi, Axia, Viva dan lain-lain lagi lagi mempunyai bajet yang lebih rendah berbanding kereta sewa jenis lain. 

Ruangan kereta sewa kompak ini lebih sesuai untuk anda yang menggunakannya secara individu ataupun keluarga kecil tidak lebih daripada 5 orang. 

Ia bergerak pantas dan mudah mengikut pemanduan anda dan apa yang menariknya, kereta sewa KLezcar ini memberi penjimatan dari segi petrol. 

Pasti tidak banyak kos tambang perjalanan yang perlu anda peruntukkan untuk ke mana-mana dengan kereta sewa jenis kompak ini. 

 

 

  • Kereta Sewa Jenis Sedan 

 

Kereta sewa jenis sedan pula mempunyai ruang yang sederhana besar dan sesuai untuk anda yang berkeluarga, menaiki bersama rakan dan penumpang yang tidak lebih daripada 6 orang. 

Antara contoh kereta sewa sedan yang ditawarkan kepada semua pengguna kereta sewa adalah kereta Toyota Vios, Honda City, Proton Saga, Perodua Bezza dan banyak lagi. 

Ramai pengguna kereta sewa yang lebih gemar kereta sewa jenis sedan ini kerana ia tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Harganya pula sesuai untuk golongan yang berpendapatan rendah dan tinggi. 

 

 

  • Kereta Sewa Jenis MPV 

 

Selain dari sedan dan kompak, kereta sewa jenis MPV tampak lebih eksklusif, formal dan lasak untuk anda gunakan. 

Ia amat mewah, cantik dan mempunyai ruang tempat duduk yang besar dan banyak sehingga memuatkan lebih daripada 7 orang sehingga 12 orang bergantung kepada jenis kereta MPV yang anda pilih. 

Contoh kereta sewa jenis MPV adalah Hyundai Starex, Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Hilux, Ford Ranger, Perodua Alza dan juga Mitsubishi Triton. 

Kereta sewa jenis MPV ini memuatkan ramai penumpang malah boleh membawa barang yang banyak serta sesuai untuk ke tempat yang mencabar. 

 

  •  Kereta Sewa Jenis Mewah 

 

Kereta sewa jenis mewah adalah seperti Mercedes dan BMW. Wah, takkanlah?

Sebenarnya kereta sewa jenis MPV juga dikenali sebagai kereta MPV mewah dan menjadi kegilaan para penyewa kereta.

Selalunya mereka akan sewa kereta mewah untuk ke tempat-tempat percutian yang jauh kerana kereta mewah lebih tinggi lagi kualitinya.

Namun, lebih sesuai menyewa kereta mewah untuk mengikuti company trip, majlis penting yang melibatkan VVIP dan lain-lain lagi. 

Harganya sudah tentu lebih mahal daripada kereta sewa biasa, tetapi ia berbaloi dan memang sesuai anda gunakan tambah-tambah lagi jika anda mempunyai penumpang yang ramai.   

 

Kereta Sewa Juga Boleh Dijadikan Sebagai Kereta Pengantin 

 

Sama ada kereta jenis kompak atau mewah, ia boleh dijadikan sebagai kereta sewa pengantin. Maklumlah kereta sewa lebih cantik dan sesuai berbanding dengan kereta yang kita gunakan setiap hari. 

 

Mungkin juga anda inginkan jenama kereta yang berbeza daripada yang selalu anda gunakan? Itulah kelebihan kereta sewa KLezcar. Anda boleh memilih mana-mana kereta untuk dijadikan kereta pengantin untuk menjemput anda.  

 

Antara contoh kereta pengantin yang cantik dan menampakkan anda lebih mewah dan ceria pada majlis perkahwinan adalah dengan menaiki kereta Myvi, Toyota Vios, Honda Accord, Perodua Bezza, Alphard, Vellfire dan macam-macam lagi. 

 

Kereta sewa ini boleh anda nikmati dengan harga yang murah lagi berpatutan kerana anda layak mendapatkan diskaun untuk sewaan pada tempoh yang tertentu. 

 

Bagaimana Cara Mendapatkan Kereta Sewa KLezcar? 

 

Anda boleh mendapatkan kereta sewa KLezcar dengan mudah iaitu layari laman website KLezcar dan pilih sahaja mana-mana kereta yang anda inginkan. 

Selain itu, anda juga boleh telefon talian hotline 24 jam yang disediakan oleh mereka.  Makin cepat anda tempah, makin senang perjalanan anda kelak!  

 

Jom dapatkan kereta sewa KLezcar sementara masih ada! 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *