Apa Yang Best Dengan Perodua Axia Ni?


Apa Yang Best Dengan Perodua Axia?

Perodua Axia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perodua Axia adalah kereta mampu milik dan sesuai digunakan oleh anda yang baru sahaja belajar memandu, inginkan kereta yang mudah untuk bergerak ke mana sahaja serta sukakan ciri-ciri kereta yang simple dan mudah? Pilihan yang terbaik adalah Perodua Axia.

Perodua Axia adalah sebuah kereta kompak yang merupakan kereta keluaran Malaysia dan juga telah dinobatkan sebagai kereta jimat minyak terbaik di Malaysia. Malah, Perodua Axia juga telah dipilih untuk menjadi kereta percubaan memandu di kebanyakan pusat latihan memandu terkemuka di Malaysia.

Terdapat beberapa ciri kereta Perodua Axia yang menjadi pilihan para pengguna terutamanya mereka yang merupakan pelajar, pekerja kerajaan dan swasta serta para remaja yang sudah mula berjinak-jinak memandu dan mula mahir menggunakan kereta.

 

Kapasiti Enjin Dan Pemanduan

Perodua Axia mempunyai kapasiti enjin 1000cc di mana anda tidak perlu fikir untuk memandu terlalu laju atau tidak, ia adalah lebih selamat untuk anda memandu mengikut had standard iaitu 80 – 90 km / jam. Jika anda memandu laju sekalipun, Perodua Axia selamat dan stabil dari segi pergerakan dan enjin.

 

Tahan Lasak Dan Jimat Penyelenggaraan

Kereta Perodua Axia sangat tahan lasak dan berkualiti, malah penyelenggaraan yang perlu dilakukan adalah tidak kerap iaitu 2 kali sahaja untuk setahun. Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk penyelenggaraan semata-mata setiap tahun. Untuk pengetahuan anda, enjin Perodua Axia perlu diservis setiap 10,000 km atau dalam tempoh penggunaan 6 bulan dan ke atas. Mudah dan jimat bukan?

 

Jimat Minyak

Tangki penuh yang boleh diisi untuk kereta perodua Axia adalah RM49 sahaja iaitu bersamaan dengan 21.6 km  / liter (100 km = RM10). Perodua Axia memberi dua (2) pilihan enjin iaitu Transmisi Manual 5 kelajuan dan Transmisi Automatik 4 kelajuan, Perodua Axia juga mempunyai enjin 1.0 Liter tunggal. Menurut sumber wikipedia, Perodua Axia dikatakan mampu mencapai 20.1 km / liter untuk enjin automatik dan 21.6 km / liter untuk enjin manual ketika berada dalam Eco Mode.

 

Reka Bentuk Model Yang Semakin Menarik

Reka bentuk model Perodua Axia sangat menarik dan cantik jika dilihat dari luar. Malah, Perodua kini menambahbaik Axia menjadi lebih elegan dan sporty. Ia juga mempunyai aspek keselematan dari segi pemanduan serta bentuk dalaman dan luaran Perodua Axia. Bagi anda yang mengutamakan keselesaan, bahagian dalaman sudah pasti memberi anda kepuasan yang optimum dimana anda akan berasa sangat selesa dengan tahap perjalanan kereta ini beserta ruang dalaman pengguna.

 

Harga Kereta Murah Dan Berpatutan

Ramai pengguna kereta Axia merupakan mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan juga tinggi. Harga Perodua Axia bermula dari RM 24,090. Anda yang sukakan Perodua Axia kerana harganya yang berpatutan dan sangat murah iaitu serendah RM300 sahaja sebulan sekiranya anda membayar wang pendahuluan tunai atau deposit kereta. Namun, golongan berpendapatan tinggi juga meminati Perodua Axia kerana kompak dan kemudahan kereta yang mudah, senang dan jimat minyak ini.

 

Image result for perodua axia

Image result for perodua axia

Spesifikasi Perodua Axia

 

Varian Perodua Axia :

Perodua Axia 1.0 AV

Perodua Axia 1.0 SE

Perodua Axia 1.0 Style

Perodua Axia 1.0 GXtra

Perodua Axia 1.0 G

Perodua Axia 1.0 E

Kesemua jenis kereta ini mempunyai spesifikasi yang berbeza dari segi kemudahan dan juga hiasan dalaman serta luaran. So, Perodua kata CHOOSE THE BEST CAR THAT SUITS YOUR NEEDS. Banyak lagi perkara tentang Perodua Axia yang perlu anda tahu disini!

Jom sewa Perodua Axia sekarang untuk merasai pengalaman memandu Perodua Axia

Atau boleh terus hubungi 012-6095900 untuk buat tempahan kereta sewa melalui talian khidmat pelanggan kami (9 pagi – 10 malam).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *