Bateri Basah VS Bateri Kering


Bateri Basah Vs Bateri Kering

Yang mana pilihan anda?

Pada zaman sekarang terutama jika berada di bandar, kebiasaan penggunaan bateri basah pada kereta adalah amat sukar dicari atau ditemui apabila berlaku kereta rosak terutama berkaitan dengan masalah bateri.

Kenapa hal ini berlaku? Ia kerana kesibukkan dan penjimatan masa dalam proses penjagaan bateri mengerah pengguna kereta memilih bateri kering.

Pada kali ini saya ingin terangkan kebaikan dan keburukan bateri sama ada kering atau basah.

Kebaikan

Bateri Kering

Bateri Basah

  1. Tiada keperluan untuk penyelengaraan terhadap bateri.
  2. Berat bateri ringan berbanding bateri basah.

 

      1.Mempunyai voltan yang lebih tinggi berbanding bateri kering.

  1. Jangka hayat bateri adalah lebih lama.
  2. Harga yang murah.

 

Keburukan

Bateri Kering

Bateri Basah

  1. Harga yang lebih mahal berbanding bateri basah.
  2. Mempunyai voltan yang rendah.
  1. Bateri lebih berat jika dibandingkan dengan bateri kering.
  2. Perlu penjagaan berkala iaitu 2 minggu sekali atau 1 bulan sekali bergantung pergunaan kereta.

 

Melalui perbandingan kebaikan dan keburukan bateri kering dan bateri basah, boleh disimpulkan bahawa perbezaan ketara adalah jangka hayat bateri iaitu yang mana bateri kering hanya dapat dingunakan dalam tempoh 1-2 tahun sahaja manakala bateri basah dapat bertahan lebih lama jika penjagaan berkala dilakukan.

Tetapi jika anda tidak kisah untuk mengeluarkan wang tambahan ke atas bateri, bateri kering menjadi pilihan kerana tidak perlu pening kepala di atas penjagaannya walaupun jangka hayat bateri tidak tahan lama.

Website;                     https://www.klezcar.com/

Talian Hotline;           1300-88-4040/013-7256777

Alamat HQ Klezcar ; Unit 408 & 409, Blok A, Level 4, Kelana Business Centre, 97,

Jalan SS7/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya,

Selangor, Malaysia.

Email;                         enquiry@klezcar.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *