Bandar Melaka, Bandar Bersejarah.   Recently updated !


Bercerita tentang Negeri Melaka, pasti semua sudah tahu sejarah latar belakang negeri penuh Sejarah ini. Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja yang berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit.

Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah  melarikan diri ke Temasik, iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.

Walaubagaimanapun, perjalanan Parameswara tidak terhenti disitu sahaja. Baginda meneruskan perjalanannya ke sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Melaka mendapat nama menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut.

Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri.

Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Bermula dari situlah, wujudnya negeri Melaka yang penuh dengan tempat yang bersejarah.

  1. Kota A’Famosa

Gambar Rajah 1.1 Pintu gerbang Kota A’famosa

 

Tarikan disini yang paling utama pintu gerbangnya yang sudah berusia melebihi 500 tahun serta beberapa laras meriam disekelilingya untuk menambahkan suasana destinasi pelancongan ini.

Bagi individu yang sangat meminati subjek Sejarah, pastinya akan sangat menghargai dan meghayati sejarah kewujudan Kota A’Famosa ini.

Namun inilah peninggalan yang mempunyai seribu satu cerita lampau yang harus kita ambil sebagai pedoman.

Kalau membawa anak-anak atau pelajar kesini perlulah tahu serba sedikit ceritakan kepada mereka tentang fungsinya pada masa kini yang bukan hanya sebagai tempat pelancongan semata-mata tetapi juga sebagai peringatan.

Gambar Rajah 1.2 Kubu pertahanan Portugis

 

Kalau anda tidak pernah melawat Kota A’Famosa di Bandar Hilir Melaka, memang agak sukar untuk membayangkan saiz sebenarnya.

Pintu Gerbang Santiago ini hanyalah sebahagian sahaja daripada struktur kubu asalnya yang mengelilingi kawasan bukit yang menempatkan Gereja St.Paul.

Jika anda sudah sampai di Bandar Melaka, anda pasti akan melihat sisa-sisa jajaran Kubu Portugis yang dahulunya bersambung dengan Pintu Gerbang Santiago yang jaraknya lebih kurang 500 meter.

 

  1. Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Gambar Rajah 2.1 Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

 

Muzium ini dibina seperti skala asal Istana Melaka yang sebenar ketika era kegemilangan negeri Melaka pada zaman Sultan Mansur Syah (1456-1477) yang banyak berpandukan sumber-sumber sejarah.

Yang menariknya, pembinaan muzium ini masih menggunakan cara pasak & tanggam sebagai ganti kepada paku untuk menghubungkan sendi kayu-kayu di sini.

 

Material kayu yang digunakan untuk membina replika ini bukanlah kayu jenis sembarangan tetapi ia adalah kayu-kayu yang berkualiti tinggi seperti atap daripada kayu berlian, tiang seri daripada kayu cengal dan lantainya daripada kayu resak.

Tidak hairan lagi pembinaan ini mengambil masa sehingga 2 tahun untuk disiapkan sepenuhnya dengan sempurna pada tahun 1986.

Gambar Rajah 2.2 Contoh perabot didalam Istana

Gambar Rajah 2.3 Replika manusia didalam Istana

 

Sebaik sahaja di pintu masuk, para pengunjung boleh melihat beberapa bahan bacaan sebagai pengenalan tentang latar belakang Istana Kesultanan Melayu Melaka.

Pendekatan penyampaian maklumat disini juga lebih kepada koleksi galeri, infografik, potret lukisan & diorama. Seperti didalam gambar diatas, ia menunjukkan suasana perjumpaan pembesar & sultan di Balairong Seri.

 

  1. Masjid Selat Melaka

Gambar Rajah 3.1 Visual dari atas di kawasan sekitar Masjid Selat Melaka

 

Dari Bandaraya Melaka, lokasinya sangat mudah dan dekat untuk diakses yang hanya memakan masa 3-5 minit memandu. Walaupun ia terletak di Pulau Melaka, namum tidak bermakna pelancong perlu menaiki bot untuk ke sini.

Pulau Melaka ialah pulau buatan manusia boleh dilalui dengan dengan kenderaan baik kereta atau bas menerusi jambatan menuju ke kawasan pulau.

Gambar Rajah 3.2 Pelancong Bukan Islam

Mesti anda terfikir, kalau kawasan, masjid Muslim sahaja yang boleh masuk kan..?

tetapi bukan untuk Masjid Selat Melaka. Masjid ini terbuka untuk sesiapa sahaja daripada berbeza kaum, agama dan bangsa.

Pihak masjid telah menyediakan jubah dan tudung untuk pengunjung yang datang melihat dan merasai suasana aman di sekitar kawasan Masjid Selat Melaka ini.

Gambar Rajah 3.3

Gambar Rajah 3.4 Landskap hadapan Masjid Selat Melaka

 

Landskap taman di masjid ini sangat terjaga dan bersih serta mempunyai kemudahan benteng dan jujuran bongkah batu-bata yang besar ini menambahkan lagi suasana tepi laut seperti di sebuah jeti.

Menurut sumber senibina Masjid Selat Melaka, ia adalah berkonsepkan Islam Modern yang menggabungkan elemen senibina Melayu dan juga Timur Tengah.

Memandangkan lokasi masjid ini betul-betul di tepi Selat Melaka, maka angin yang bertiup kencang sehingga kedalam ruangan masjid boleh anda rasai.

Masjid Selat ini boleh dikatakan destinasi wajib untuk anda kunjungi.

Sesudah penat berjalan megunjungi tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka, maka pada waktu petang adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda dan keluarga atau rakan taulan merehatkan diri disini dengan ketenangan semulajadi dan sambil menunaikan tanggungjawap sebagai seorang Muslim.

 

  1. Jonker Walk Street, Melaka

Gambar Rajah 4.1 Pintu gerbang Jonker Walk

 

Sudah seharian mempelajari dan mengingati semula sejarah Negeri Melaka, kini ini waktunya untuk anda ‘release tension’ dengan mencuci mata di Jonker Walk.

Disini, anda akan melihat pelbagai kaum dan bangsa berada di satu tempat membeli-belah, melepak dan meluangkan masa bersama. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Ia terkenal dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik termasuk tukang emas, tukang jam, pembuat terompah dan pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan banyak lagi.

Gambar Rajah 4.2 Beca di Bandar Melaka

 

Jika anda berasa malas atau penat hendak berjalan di sekeliling Jonker Walk dan Bandar Melaka, anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Abang-abang beca ini semua memang sangat ramah dan ‘funny’!

Mereka akan membuka lagu-lagu yang sedang ‘trend’ dan pastinya akan menghiburkan hati anda. Bagitahu sahaja kemana anda mahu pergi, abang beca pasti akan bawa anda dengan senang hati dan rela.

 

Bagaimanakah cara untuk sampai kesini? Boleh klik https://www.klezcar.com/ dan lihat kereta apa yang ‘available’ untuk kereta sewa pandu sendiri atau http://klezcarchauffeur.com/ untuk kereta sewa bersama pemandu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *