8 Tip Penjagaan Kereta Sewa Sebagai Pengguna 


 

Penjagaan kereta sewa dari segi keadaan kereta, kebersihan dan sebagainya sering dipandang sepi oleh pengguna.

Ramai yang fikir bahawa menyewa kereta adalah sesuatu perkara yang mudah dan senang untuk dijaga. Bahkan ia juga sering dianggap sebagai satu perkara yang cukup remeh.

Tetapi ramai yang tidak sedar dan peka bahawa daripada aspek penggunaan, penjagaan kereta sewa juga amatlah penting.

Bukan apa, ada antara anda yang selalu melakukan perkara-perkara yang membuat pihak kereta sewa mengalami kerugian kerana sikap sambil lewa.  

Tahukah anda, penting untuk anda mengikuti tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna. 

Banyak kelebihan yang boleh anda nikmati sekiranya kereta sewa dijaga dengan rapi dan baik tanpa sebarang masalah. 

Anda juga dapat mengelak daripada berlakunya pelbagai masalah luar dan dalam kereta.  

Jom ikuti 8 tip penjagaan kereta sewa yang akan kami kongsikan kepada anda. 

 

1- Sentiasa Mematuhi Peraturan Jalan Raya 

 

Tip penjagaan kereta sewa ini adalah yang paling asas bagi anda sebagai pengguna untuk dilaksanakan. 

Setiap kali anda menyewa kereta dari mana-mana syarikat kereta sewa, pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu.

Hal ini merupakan perkara yang paling penting untuk anda lakukan supaya tiada masalah peraturan jalan raya yang berlaku sepanjang anda menggunakan kereta sewa.

Pastikan anda mengetahui undang-undang jalan raya, mematuhi lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan.  

Jangan memandu ketika mengantuk, letih, atau mabuk. Selain itu, anda juga hendaklah sentiasa bertolak ansur dan memandu secara berhemah di jalan raya.

Jangan sesekali memandu secara tergesa-gesa. Ingatlah orang yang tersayang. 

 

tip penjagaan kereta

Tengah bawa kereta tu jangan tertidur pula.

 

2- Jangan Buang Sampah Merata-rata 

 

Semasa di dalam kereta, anda haruslah menjaga tingkah laku anda. Jangan buang sampah merata-rata di tempat duduk mahupun di alas kaki.

Lebih baik untuk anda kumpul segala sampah seperti plastik makanan, tin minuman, tisu, kotak rokok, abu rokok dan lain-lain sampah di dalam satu plastik sampah.

Jika anda sudah hampir ke kawasan yang mempunyai tong sampah di tepi jalan, buanglah sampah tersebut.

Barulah anda dapat memudahkan orang ramai dengan tidak menyusahkan pihak kereta sewa akibat kotorkan kereta sewa dengan sampah tersebut.

 

Kalau kereta kotor macam ni kan dah menyusahkan pelanggan lain dan pihak kereta sewa.

 

 

3- Pastikan Bawa Lesen Dan Dokumen Penting 

 

Tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna yang mustahak juga ialah untuk memastikan lesen dan dokumen penting lain sentiasa dibawa ke mana sahaja anda pergi sepanjang menggunakan kereta sewa. 

Kadang-kadang hal berkaitan lesen dan dokumen penting sebegini, kita buat macam acuh tak acuh sahaja kan?  

Tetapi, sedarkah anda mengapa dokumen seperti lesen kereta ini amat penting untuk dibawa? Jika berlaku apa-apa kemalangan, anda tidak ragu-ragu untuk membuat laporan kepada pihak tertentu.

Sekurang-kurangnya anda selamat kerana mempunyai lesen yang sah. Pastikan anda membawa lesen dan dokumen penting tidak kira anda menaiki kereta sewa ataupun kereta sendiri. 

 

4- Sentiasa Periksa Lampu Dan Enjin 

 

Jika anda menyewa kereta, penting untuk anda memeriksa semula lampu dan segala kelengkapan kereta tersebut.  Anda perlu periksa enjin terlebih dulu sebelum memulakan perjalanan jauh. 

Anda juga perlu ketahui isyarat lampu atau tanda-tanda yang ditunjukkan dalam sistem kereta supaya dapat mengetahui ada kerosakan atau kesilapan teknikal di mana-mana sistem enjin atau dalaman kereta anda. 

Seandainya anda jarang memeriksa lampu atau enjin, mungkin ia akan memberi masalah atau risiko kepada anda sekiranya komponen tersebut tidak berfungsi lagi-lagi ketika waktu kecemasan. 

Yakni, tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna amat penting untuk anda ikuti dan salah satunya adalah sentiasa memeriksa lampu dan check enjin kereta anda. 

 

Antara perkara yang perlu diperiksa pada kereta sewa ialah minyak hitam

 

5- Sentiasa Periksa Komponen Enjin Kereta 

 

Anda digalakkan untuk memeriksa komponen enjin kereta ketika berhenti di mana-mana tempat sepanjang menyewa kereta sewa.

Tujuannya adalah untuk memastikan enjin kereta sewa yang anda naiki sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bermasalah.

Sekiranya anda tidak tahu untuk memeriksa hal-hal dalaman kereta, anda boleh mendapatkan nasihat ataupun periksa di bengkel-bengkel berdekatan tempat yang anda pergi.

Antara komponen yang perlu diperiksa adalah minyak enjin, palam pencucuh (spark plug), bateri, minyak gear serta penyejuk radiator. 

Kereta sewa harus dijaga dengan baik kerana sekiranya berlaku apa-apa kerosakan sepanjang anda menggunakannya, anda harus membayar ganti rugi dan mengeluarkan kos untuk membaiki kereta dan sebagainya. Takkan nak duduk diam sahaja kan?

Jadi, jaga elok-elok kereta yang anda sewa, anda harus menjaga kereta sewa ini seperti kereta anda sendiri.

Tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna ini haruslah anda ikuti bagi memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

 

6- Sentiasa Memeriksa Keadaan Tayar  

 

Tahukah anda, banyak kes kemalangan berfungsi daripada bunga tayar kereta yang haus. Tayar yang mempunyai bunga tayar yang haus adalah disebabkan oleh daya geseran kuat dan kerap yang menjadikan tayar kereta anda semakin nipis dan pemanduan anda sukar serta licin.

Anda haruslah memeriksa tayar kereta pada tempoh-tempoh tertentu. Caranya adalah dengan memeriksa tekanan angin dalam tayar. 

Anda juga harus periksa bunga tayar dengan lebih terperinci.  Jika angin dalam tayar kurang, ia akan menjadi cepat haus serta kesan buruk kepada keselamatan sesebuah kereta yang dipandu.

Oleh itu, wajarlah jika anda sentiasa memastikan tayar kereta berada dalam keadaan yang baik semasa dipandu supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.

 

Keadaan tayar yang pancit boleh melambatkan perjalanan.

 

7- Jangan Biarkan Kereta dalam Keadaan Kotor 

 

Membiarkan kereta dalam keadaan kotor juga boleh menyebabkan masalah yang besar. Keadaan kereta yang kotor dapat mempengaruhi kesan dan kualiti kereta secara tidak langsung. 

Antaranya adalah bahagian luaran body kereta akan terhakis, bahagian enjin dan komponen dalaman akan berkarat dan banyak lagi.

Ini disebabkan oleh tindak balas bahan-bahan kimia seperti asid dan alkali.  

Selepas ini, anda harus pastikan kereta sewa yang anda sewa benar-benar bersih supaya tiada masalah malah anda juga boleh membantu mencuci kereta tersebut. 

Lebih mudah dan selamatlah kereta anda sekiranya kebersihan kereta turut dititikberatkan. Dengan mengikuti tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna, anda pun selamat ketika memandu. 

 

8- Jangan Hilangkan Kunci Kereta 

 

Tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna yang wajib anda ikuti juga adalah jangan hilangkan kunci kereta.  Betapa pentingnya tip ini untuk anda ikuti tatkala ramai yang telah mengalami masalah seperti ini. Kunci kereta harus dijaga dengan rapi dan bersungguh-sungguh.

Cuba anda bayangkan apa akan terjadi sekiranya anda telah hilangkan kunci kereta walaupun tidak sengaja? 

 Takkanlah anda perlu ganti kos kunci kereta, mungkin anda juga dikenakan caj kerana telah menghilangkan kunci kereta.

Dalam kes tertentu, kehilangan kunci kereta boleh menyulitkan perkara seperti tuntutan insurans dan sebagainya. Beringat sebelum kena. Jangan menyesal jika anda perlu keluarkan kos lagi selepas ini!

Bak kata orang sudah terhantuk baru tengadah. 

 

 

 

Kereta Sewa Terbaik Penuh Penyelenggaraan, Berkualiti Dan Bersih 

 

Sekiranya anda mencari kereta sewa, anda boleh mendapatkan kereta sewa terbaik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta telah diselenggara penuh sebelum anda memandunya. 

 

Kereta sewa berkualiti dan bersih juga penting dan amat berbaloi untuk anda mendapatkannya. Oh ya, bagaimana boleh anda dapatkan kereta sewa yang telah diselenggara, berkualiti dan bersih?  Kereta sewa yang sempurna sebegini adalah satu dalam seribu, mungkin harganya juga amat mahal bukan? 

 

Kereta Sewa Klezcar Terbaik, Berkualiti, Bersih, Diselenggara Penuh 

 

Kereta sewa KLezcar merupakan kereta sewa yang menjadi idaman ramai di seluruh Malaysia dek kerana ia amat berkualiti tinggi, telah diselenggara penuh, bersih dan mempunyai ciri-ciri terbaik sebagai sebuah kereta sewa yang mudah dipandu dan dijaga.   

 

Anda boleh menggunakan kereta sewa KLezcar untuk perjalanan jauh mahupun yang terdekat pada bila-bila masa sahaja. Kereta sewa KLezcar ini telah diselenggara oleh pihak KLezcar sendiri sebelum diserahkan kepada anda. 

 

Perkhidmatan kereta sewa yang disediakan ini dikatakan amat tiptop, jarang sekali berlaku masalah atau kerosakan pada kereta sewa KLezcar.   

 

Kebersihan dan keselamatan kereta sewa KLezcar menjadi perhatian di mana ramai yang beranggapan bahawa kereta sewa KLezcar adalah umpama kereta baru kerana keadaannya yang cantik, kemas, bersih serta kualiti kereta yang sedap digunakan.

 

Memang selesa sekiranya anda menggunakan kereta sewa KLezcar sepanjang perjalanan percutian anda ke destinasi yang telah anda tetapkan. 

 

Kemudahan Kereta Sewa Klezcar Wajib Anda Tahu 

 

Pilihan Kereta Sewa Yang Pelbagai 

 

Kereta sewa Klezcar menawarkan pelbagai kemudahan seperti pilihan jenis daripada kereta biasa sehinggalah kereta mewah untuk pelanggan dapatkan.  Anda berhak untuk memilih mana-mana jenis kereta yang sesuai dengan keperluan atau kehendak anda. 

 

Jangan risau, semua kereta sewa yang ditawarkan KLezcar adalah berpatutan, murah dan selesa. Anda boleh memilih kereta sewa jenis kompak, sedan, SUV, MPV dan juga kereta mewah.

 

Selalunya pemilihan kereta adalah berdasarkan bajet dan kegunaan anda. 

 

Pengambilan dan Penghantaran Kereta yang Mudah 

 

Kemudahan yang turut anda terima adalah sistem pengambilan dan penghantaran kereta sewa KLezcar yang amat senang. Anda tidak perlu ke tempat kereta sewa KLezcar yang agak jauh untuk membuat tempahan dan sebagainya, tetapi anda boleh menempah secara online. 

 

Tambahan pula, anda boleh tetapkan destinasi dan masa untuk tujuan pengambilan dan penghantaran kereta sewa KLezcar semula. Mudah kan? Semua janji temu, urusan atau apa sahaja dilakukan secara online. 

 

Sistem dan Kaedah Pengurusan yang Sempurna 

 

Patutlah kereta sewa KLezcar telah berkembang sehingga mewujudkan kereta sewa yang ke-1000 unit untuk disewakan kepada orang ramai. Rupa-rupanya, sistem dan kaedah pengurusan yang sempurna oleh pihak pengurusan amat berkesan diaplikasikan dalam perniagaan kereta sewa ini. 

 

Dengan teknologi moden yang mudah digunakan, urusan penyelenggaraan kereta bagi memastikan keadaan kereta sentiasa bagus, kaedah pembayaran mudah dan berkesan serta banyak lagi penambahbaikan telah dilakukan dengan sempurna. 

 

Kereta Sewa KLezcar Paling Berkualiti 

 

Anda tidak perlu risau untuk memastikan tip penjagaan kereta sewa sebagai pengguna diikuti sepenuhnya. Kereta sewa KLezcar memudahkan anda dari segi penjagaan kereta kerana ia sememangnya amat berkualiti, mudah dijaga serta tidak kotor atau rosak seperti kereta sewa yang lain. 

Pendek kata, semua kereta sewa KLezcar terjaga rapi dan tip top! Rugi sekiranya anda tidak memilih untuk menggunakan kereta sewa KLezcar! 

Nak sewa kereta, sewa dengan KLezcar.

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *