8 JENIS KERETA MPV MAHAL BOLEH ANDA NAIKI DI MALAYSIA


Multipurpose Vehicle atau lebih dikenali sebagai MPV merupakan sejenis kenderaan berbumbung tinggi dengan ruangan dalaman yang fleksibel.

Bergantung kepada jenis MPV, kenderaan ini biasanya boleh memuatkan 6 hingga 8 orang,
maka tidak hairanlah ia merupakan kereta idaman buat orang yang berkeluarga besar.

Terdapat pelbagai jenis faktor yang mendorong seseorang individu untuk membeli MPV selain daripada saiz keluarga seperti faktor keselesaan,
faktor estetik dan faktor keselamatan.

Walau apa jua keadaan sekalipun, terdapat pelbagai jenis MPV di pasaran.

Jika anda adalah salah seorang yang berminat dengan MPV, pasti anda teruja untuk mengetahui jenis-jenis MPV yang anda boleh naiki di Malaysia walaupun harganya pelbagai.

1. TOYOTA PREVIA / ESTIMA

Toyota Previa atau lebih dikenali sebagai Toyota Estima merupakan MPV yang dicipta oleh syarikat Toyota pada tahun 1990.
Kenderaan ini merupakan kenderaan kedua terbesar selepas Toyota Vellfire/Alphard.

Oleh itu, jika anda inginkan kenderaan yang luas untuk keselesaan keluarga anda, Toyota Estima ialah pilihan yang terbaik buat anda.

Ruangan dalam kereta MPV ini agak luas dan kelihatan mewah dimana ia boleh memuatkan kira-kira 7 orang penumpang.

Untuk pengetahuan anda, Toyota Estima bukanlah sejenis MPV yang sering kita klasifikasikan sebagai kenderaan mampu milik,
namun jika dibandingkan setiap kelebihan yang terdapat pada kenderaan tersebut, harga yang diletakkan boleh dikategorikan sebagai berpatutan.

2. HONDA ODYSSEY

Jika dilihat pada sudut prestasi, Honda Odyssey tidak kalah kepada mana-mana MPV.

Reka bentuknya adalah adaptasi daripada model kereta Honda Accord dan seperti MPV yang lain malah reka bentuk dalaman kereta ini adalah sangat luas dan kelihatan mewah.

Pasti teruja untuk anda naiki kereta ini bersama keluarga dan anak-anak!

Kereta yang kelihatan eksklusif dan mewah ini dapat memuatkan kira-kira 8 orang penumpang dan dilengkapi dengan enjin 2.4L yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 6200 rpm.

Ini merupakan ciri-ciri utama yang menyumbang kepada ketinggian prestasi Honda Odyssey.

Bukan sahaja pemandu di Malaysia, tetapi luar negara juga kebanyakannya memberikan maklum balas positif berkenaan dengan kelajuan dan pengalaman memandu MPV ini.

3. TOYOTA VELLFIRE

Toyota Vellfire adalah MPV yang mendapat permintaan tinggi di pasaran sejurus selepas ia diperkenalkan pada tahun 2008.

Toyota Vellfire ini juga dikatakan kereta MPV mahal tetapi masih boleh anda naiki di Malaysia.

Bagi mereka yang ingin memandu laju, Toyota Vellfire tidak mempunyai kebolehan dan kapasiti yang sesuai untuk berbuat demikian,
ia merupakan MPV yang direka khusus untuk keselesaan seisi keluarga.

Rupa luaran MPV ini agak menarik ditambah dengan reka bentuk lampu hadapan yang kelihatan futuristik.

Ia mampu memuatkan 7 orang penumpang dan mempunyai beberapa alat kelengkapan yang dikhususkan untuk keselamatan para penumpang.

Bagi mereka yang mempunyai saiz keluarga yang besar, kereta ini sesuai untuk anda. Begitu juga jika anda ingin bercuti bersama ramai kawan.

4. TOYOTA WISH

Jika anda masih tidak berkenan dengan model yang disarankan dan inginkan MPV yang mempunyai ruangan dalaman yang luas dan mewah serta rupa luaran yang futuristik,
anda boleh mempertimbangkan Toyota Wish sebagai MPV pilihan.

Toyota Wish yang popular dalam kalangan pengguna kereta Malaysia ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi keselamatan.

Menurut pengguna, ia dilengkapi dengan penyaman udara yang lebih efisien berbanding dengan MPV yang lain.

MPV ini mampu memuatkan 7 orang penumpang dan ia mempunyai ruangan dalaman yang cukup luas dan kelihatan mewah.

5. HYUNDAI GRAND STAREX ROYALE

Hyundai Grand Starex Royale pastilah sebuah MPV yang mempunyai 12 tempat duduk dan mempunyai rupa luaran yang lebih kurang sama dengan Toyota Alphard.

Walaupun ia mampu memuatkan lebih ramai penumpang berbanding dengan model MPV yang lain,
lebihan penumpang tersebut merupakan hasil olahan ruangan yang sedia ada pada reka bentuk asas MPV, dengan kata lain, saiznya tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan MPV yang lain.

Jika ada keperluan untuk meletakkan barang yang besar pada bonet kenderaan, barisan tempat duduk yang belakang boleh dilipat.

Walaupun kelajuannya tidak dapat dibandingkan dengan model MPV lain, namun ia mampu meluncur laju dengan bantuan enjin 2.5L yang mampu menghasilkan tork setinggi 3800 rpm.

6. NISSAN GRAND LIVINA

Jika dibandingkan dengan model MPV yang lain, Nissan Grand Livina merupakan model MPV yang paling laris dijual di Malaysia berikutan harganya yang agak murah dan saiznya yang sederhana besar.

Tempat duduknya agak fleksibel dan boleh diubah mengikut keperluan masing-masing. Model MPV ini juga merupakan salah satu daripada model MPV yang jimat minyak.

Sejak ia mula diperkenalkan, model MPV ini telah mendapat pelbagai jenis anugerah dan pengiktirafan daripada pelbagai negara.

Jika anda memerlukan MPV pada bajet yang rendah, Grand Livina merupakan model yang sesuai untuk anda.

7. HONDA STREAM

Honda Stream merupakan model MPV yang kelihatan lebih rendah dan mempunyai bentuk ala sporty dan bergaya.

Ia dapat memuatkan 7 orang penumpang dan setiap barisan tempat duduk mempunyai ruang yang agak selesa dan tidak terlalu sempit.
Model MPV ini mempunyai kuasa yang sederhana dan jimat minyak.

Jika anda ingin membuat potongan di lebuh raya, penukar gear yang terletak dibelakang stereng boleh dikawal secara manual untuk memberikan kelajuan yang lebih ketika memotong.

Model MPV ini merupakan model yang fleksibel dan mampu memberikan keselesaan kepada pemandu dan para penumpang.

8. MITSUBISHI GRANDIS

Model MPV Mitsubishi Grandis ini dikeluarkan pada tahun 2003. Jika ingin dibandingkan saiz, saiz kereta ini terletak di antara Estima dan Odyssey.

Ia menawarkan beberapa fungsi automatik seperti sistem kemasukan tanpa kunci dan ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis ciri-ciri keselamatan.

Kereta MPV ini merupakan salah satu daripada model MPV mampu milik bagi mereka yang mempunyai bajet yang kecil.

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli model MPV yang anda ingini.

Faktor seperti saiz keluarga memerlukan anda untuk membeli MPV yang mampu memuatkan jumlah penumpang yang anda ingin bawa pada satu masa manakala jika anda lebih menekankan faktor estetik,
MPV yang futuristik patut menjadi pilihan anda.

Ingin Menaiki Kereta MPV di Malaysia? MPV Kereta Sewa Klezcar Murah di Ipoh, Perak

Kereta sewa Klezcar popular sebagai sebuah perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri dan berkonsepkan chaffeur di Ipoh Perak.

Kereta sewa Ipoh ini amat efektif dan sistematik dari sistem pemanduan, tempahan, penyelenggaraan, perkhidmatan dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan anda, Kereta Sewa Klezcar Ipoh ini mempunyai lebih dari 70 cawangan di seluruh Malaysia, mudahlah untuk anda gunakannya di mana sahaja anda berada.

Antara kereta sewa Klezcar Ipoh adalah kereta MPV Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Ford Ranger, Toyota Estima, Hiance dan banyak lagi.

Anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda, bilangan penumpang, fungsi kenderaan yang ingin anda gunakan dan lain-lain lagi.

Mungkin juga anda perlukan kereta untuk mengangkat barang, bercuti atau melakukan perjalanan jarak jauh.

Inilah masanya untuk anda memilih kereta sewa Klezcar terutamanya bagi anda yang menetap di Ipoh.

Sebab Wajib Menggunakan Kereta Sewa Klezcar MPV?
#1 Perjalanan Jarak Dekat Dan Jauh

Sekiranya anda inginkan kenderaan untuk ke destinasi anda sama ada ke tempat percutian, kampung dan sebagainya, kereta sewa Ipoh ini sesuai untuk anda gunakan sepanjang hari.

Bagi perjalanan jarak dekat dan jauh sekalipun, amat berbaloi untuk anda gunakan kereta sewa Klezcar kerana ia mempunyai penggunaan bahan api yang rendah dan keselasaan tanpa had untuk anda.

#2 Bila-bila Masa Dan Di Mana Sahaja

Kereta sewa Klezcar atau kereta sewa Ipoh ini boleh anda dapatkan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

Tahukah anda, tempahan yang anda lakukan di laman website membolehkan anda menentukan tempat untuk pengambilan dan penghantaran kereta sewa yang anda inginkan. Mudah kan?

#3 Perkhidmatan Chaffeur Dan Pandu Sendiri

Dengan perkhidmatan kereta sewa Klezcar ini, anda boleh memilih sama ada ingin memandu sendiri atau ingin menggunakan perkhidmatan chaffeur atau pemandu kereta sewa Klezcar.
Mungkin anda ingin berkunjung dan bercuti di Ipoh, lebih senang anda gunakan kereta sewa Ipoh dengan khidmat chaffeur yang ditawarkan.

Begitu juga jika anda inginkan pemandu menjemput anda dari airport, stesen bas atau KTM berdekatan.

#4 Kereta Berkualiti Lengkap Penyelenggaraan

Kereta sewa Ipoh yang boleh anda gunakan pastinya amat berkualiti dan seakan-akan baru.
Ia telah diselenggara awal sebelum anda menggunakannya. Pastinya kereta sewa Klezcar tidak memberi risiko kepada anda dari segi kerosakan dan sebagainya.

#5 Bantuan Kecemasan Dan Talian Hotline 24 Jam

Sekiranya berlaku masalah kereta seperti kerosakan, kemalangan atau apa-apa kecemasan, jangan panik! Kereta sewa Klezcar menyediakan khidmat bantuan kecemasan untuk anda tidak kira di mana sahaja anda berada.

Sepanjang anda menggunakan kereta sewa Klezcar, pihak kereta sewa akan membantu mengurus dan menyelenggara kereta sewa anda. Anda boleh menghubungi talian hotline 24 jam pada bila-bila masa yang anda perlukan.

 

Promosi Murah Kereta Sewa Klezcar | Kereta Sewa Ipoh

Kereta sewa Ipoh ini menawarkan perkhidmatan kereta sewa terbaik dan berkualiti untuk anda gunakan sekaligus jika anad inginkan pemandu mengambil anda di mana sahaja anda berada.

Menariknya, dari segi kos dan kadar, anda layak mendapatkan promosi murah atau tawaran harga yang berpatutan dan lebih rendah daripada biasa dengan cara menempah kereta sewa Klezcar pada tempoh tertentu.

Semakin lama tempoh anda menempah kereta sewa Ipoh ini, semakin murah dan rendah kadar harga yang ditawarkan.
Anda boleh gunakannya untuk perjalanan percutian, family gathering, company trip dan lain-lain lagi.

Pilih Kereta Sewa MPV Yang Anda Mahukan Segera!

Jom pilih kereta sewa MPV yang anda inginkan! Banyak jenis kereta MPV pada kadar berpatutan boleh anda dapatkan hanya di Kereta Sewa Klezcar Ipoh!
Kereta Sewa Klezcar juga terdapat di Meru dan Taman Cempaka, Ipoh Perak.

Hubungi Klezcar Car Rental Sekarang

Wasap.my/0136666207/KlezcarCar

Wasap.my/0136666207/KlezcarCar

Wasap.my/0136666207/KlezcarCar

www.klezcar.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *