6 Medium Tempahan Kereta Sewa di Seluruh Malaysia 


 

Kereta sewa boleh menjadi sebuah kenderaan penting yang boleh digunakan oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh sewaan yang telah ditetapkan.

Ramai yang dapat mengatasi masalah perjalanan dengan hanya dengan menyewa kereta kerana kemudahan ini membolehkan mereka bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain dengan mudah. 

Kereta sewa telah menjadi terkenal di seluruh Malaysia kerana kemudahan kereta yang boleh anda pandu dan gunakan dalam tempoh tertentu pada kadar harga yang telah dirunding.

Bonus bagi anda yang menyewa kereta diberi potongan harga dan diskaun ataupun mendapat masa tambahan untuk menggunakan kereta sewa yang anda pilih. 

Sebelum menikmati kelebihan kereta sewa yang anda gemari, mari kita lihat enam medium tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia yang mudah, cepat, pantas dan berkesan untuk anda mendapatkan kereta sewa idaman bagi percutian dan urusan perjalanan anda. 

 

  1.  Tempahan Kereta Sewa Melalui Website / Online

 

Bagi pengguna internet tegar, anda pasti lebih suka mendapatkan maklumat atau informasi mengenai kereta sewa di laman internet.

Mungkin anda suka melayari laman internet google.com, yahoo.com, mudah.com dan pelbagai lagi.  Anda boleh masuk ke laman web kereta sewa yang anda temui bagi melihat segala maklumat seperti jenis kereta, harga, tempat pengambilan kereta dan sebagainya tetapi tidak semua prosedur itu mudah bagi anda. 

Medium tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia dengan menggunakan laman web mana-mana perkhidmatan kereta sewa sekalipun pasti memuaskan anda daripada anda terjumpa iklan di laman sosial kerana laman web syarikat akan mempamerkan maklumat yang tepat, benar dan lengkap tentang servis kereta sewa yang ditawarkan. 

 

  1. Walk In Atau Singgah Di Cawangan Kereta Sewa

 

Anda boleh walk in terus ke kedai kereta sewa yang anda tahu atau kedai kereta sewa yang telah disyorkan oleh rakan-rakan atau saudara-mara anda.

Cara ini lebih mudah memandangkan medium tempahan kereta sewa secara walk in ini sesuai bagi mereka yang suka keluar dan jarang menggunakan internet. 

Untuk singgah di cawangan kedai kereta sewa pilihan anda, pastikan anda mempunyai alamat dan lokasi yang lengkap berkaitan dengan perkhidmatan kereta sewa yang telah ditawarkan. 

Anda juga perlu mendapatkan maklumat waktu kedai beroperasi dan sebagainya.  Selain itu, anda boleh mengikut Google Maps atau aplikasi Waze sahaja jika tidak tahu jalan untuk walk in ke sana. 

 

  1. Hotline 24 Jam Atau Tempahan Dengan Khidmat Pelanggan

 

Anda boleh menggunakan medium hotline 24 jam atau khidmat pelanggan untuk membuat tempahan kereta sewa walau di mana pun anda berada di seluruh Malaysia.

Tahukah anda terdapat perkhidmatan kereta sewa yang turut menyediakan medium khidmat pelanggan atau hotline 24 jam untuk membantu menyelesaikan masalah anda. 

Salah satu objektif dan tugas hotline 24 jam atau khidmat pelanggan yang disediakan adalah untuk membantu anda membuat tempahan kereta sewa, menyelesaikan masalah kereta yang anda gunakan, membantu memberi bantuan kecemasan dan penyelenggaraan kereta kepada anda, mengatasi masalah teknikal tempahan di sistem yang down dan lain-lain lagi. 

Memang mudah untuk gunakan hotline 24 jam sebagai medium tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia. 

 

 

  1. Talian Terus Atau Menelefon Terus Ke Kedai Kereta Sewa

 

Perkara mudah yang boleh anda lakukan adalah terus menelefon ke kedai kereta sewa yang anda inginkan.  Semua kereta sewa pasti akan mengambil tempahan kereta sewa yang anda inginkan tambah-tambah lagi jika anda mengalami kecemasan perlukan kereta dan sebagainya. 

Pasti banyak perkhidmatan kereta sewa yang menyediakan kereta sewa khas seperti yang anda inginkan. 

Perkhidmatan kereta sewa lain adakalanya hanya menyuruh anda melihat sahaja dan memilih kereta. Anda juga boleh merasai pengalaman dan memudahkan semua urusan mengambil kereta.

Namun hal itu akan mengambil masa yang panjang untuk membuat tempahan dan datang sekali lagi untuk mengambil kereta.   

Bagi memudahkan urusan anda, anda boleh terus telefon kedai kereta sewa untuk berbincang tentang harga, cara pengambilan, lokasi, masa dan sebagainya. Anda tidak perlu ke kedai kereta sewa sebanyak dua atau tiga kali.

Cukuplah anda cuma pergi mengambil kereta dan menghantar kereta sahaja.  Selain menjimatkan masa anda, urusan akan berjalan lebih lancar dan mudah. 

 

  1. E-mel Tempahan Kereta Sewa Yang Anda Mahukan

 

Anda boleh terus e-melkan sahaja kepada e-mel yang tertera di laman web mereka atau e-mel yang masih aktif dalam mengambil tempahan kereta sewa. 

E-melkan segala butiran yang anda mahu seperti tarikh sewa kereta, jenis kereta, tarikh pengambilan dan penghantaran kereta dan lain-lain lagi. Setelah itu, anda boleh berunding mengenai harga sewa kereta yang dikenakan kepada anda. 

Medium tempahan kereta sewa melalui e-mel mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sudah pasti ia selamat kerana mempunyai bukti e-mel dan hitam putih, namun ia mengambil masa yang agak lama jika pihak kereta sewa tidak memberi jawapan dengan pantas, malah anda terpaksa menanti jawapan mereka pula. 

 

  1. Whatsapp ‘Nak Sewa Kereta’

 

WhatsApp adalah medium terbanyak yang menjadi pilihan ramai pengguna kereta sewa di seluruh Malaysia untuk mula menempah kereta sewa. Biasanya, mereka akan terus mengambil nombor telefon dan WhatsApp pemilik kereta sewa atau kedai kereta sewa yang mereka pilih.

Pesanan tempahan pelanggan bergantung kepada kepantasan pemilik kereta sewa untuk berunding dengan mereka. 

Medium tempahan kereta sewa seperti WhatsApp sememangnya membolehkan anda mendapatkan kereta dengan pantas dan cepat, tetapi ia bukanlah satu cara tempahan yang formal sekiranya anda ingin sewa kereta untuk company trip, event formal dan sebagainya.

Ia boleh digunakan sekiranya anda perlukan kereta dalam kadar segera seperti berlakunya kecemasan. 

 

 

 

Kereta Sewa KLezcar | Tempahan Kereta Sewa di Seluruh Malaysia 

 

Kereta sewa KLezcar adalah sebuah syarikat kereta sewa yang terbesar di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis kereta dari kereta bajet sehinggalah kereta mewah sesuai untuk anda sewa berdasarkan bajet dan keperluan anda. 

Anda boleh sewa kereta seperti kereta Myvi, Axia, Iriz, Toyota Vios, Honda Accord, Honda City, Vellfire, Toyota Alphard, Hyundai Starex dan banyak lagi.

Semua kereta yang tergolong dalam kategori kompak, sedan, MPV, SUV dan juga kereta mewah menjadi koleksi kereta sewa KLezcar yang terdapat lebih dari 1,000 buah kereta di seluruh cawangan mereka. 

Kereta sewa KLezcar membuka tempahan kereta sewa di seluruh Malaysia melalui 6 jenis medium tempahan kereta sewa seperti melalui Whatsapp, laman web, e-mel, hotline 24 jam, talian terus dan juga walk in terus ke cawangan kereta sewa mereka.

Mereka aktif dan pantas dalam mengambil tempahan melalui 6 medium tempahan tersebut di seluruh Malaysia. Anda tak perlu risau untuk mendapatkan kereta sewa dengan mudah, pantas dan senang dirunding.

Kereta sewa KLezcar adalah pilihan muktamad yang harus anda pilih. 

 

Proses Tempahan, Pengambilan Dan Penghantaran Kereta Sewa KLezcar 

 

Terdapat beberapa prosedur atau proses yang wajib anda ikuti dalam membuat tempahan, pengambilan dan penghantaran kereta sewa KLezcar.  Semuanya bergantung juga kepada jenis medium yang anda gunakan untuk tempah kereta sewa.  

Sekiranya anda menempah kereta sewa menggunakan laman web, e-mel, WhatsApp dan semua medium yang disediakan, jangan lupa untuk sediakan maklumat yang mencukupi dan maklumat yang pihak kereta sewa KLezcar perlukan.

Antaranya adalah butiran peribadi anda seperti nama, e-mel, alamat, tarikh ingin tempah kereta, kawasan pengambilan dan penghantaran kereta, jenis kereta sewa anda inginkan dan lain-lain lagi.  Bagi mereka yang menempah terus daripada laman web, anda perlu mengisi borang yang telah disediakan sahaja. 

Menempah kereta sewa di laman web tidak menjadi masalah kerana setelah anda menghantar tempahan dan mendapat pengesahan, kereta sewa yang anda inginkan telah disimpan untuk anda. 

Proses seterusnya adalah pengambilan dan penghantaran kereta sewa. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengambil dan menghantar kereta sewa di cawangan kereta sewa KLezcar yang paling dekat dengan anda. 

Oleh itu, tidak perlulah anda memandu jauh untuk ke cawangan besar atau yang jauh daripada anda. 

 

Kemudahan Kereta Sewa KLezcar Untuk Anda 

 

Kereta sewa KLezcar menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang anda menyewakan kereta ini.  Anda boleh dapatkan kereta sewa KLezcar yang berkualiti, cantik, bersih dan memuaskan hati semua penumpang yang menaiki bersama anda kerana kereta sewa KLezcar seakan-akan baru!

Mari kita lihat kemudahan yang disediakan oleh kereta sewa KLezcar. 

 

  1.  Kereta Lengkap Dengan Kemudahan, Sistem Dan Keselamatan 

 

Kereta sewa KLezcar penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan kemudahan di mana anda boleh menaiki bersama penumpang tanpa apa-apa kerosakan seat, masalah teknikal, enjin, tayar dan sebagainya. 

Dari segi keselamatan pula, kereta sewa KLezcar mempunyai GPS dan alarm keselamatan bagi memastikan tiada kemalangan berlaku. 

 

  1. Bantuan Kecemasan Dan Kemalangan Disediakan

 

Seandainya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, kereta rosak atau apa-apa kecemasan, pihak kereta sewa KLezcar menyediakan bantuan kecemasan untuk membantu anda walau di mana sahaja anda berada.

Anda boleh terus hubungi talian Hotline 24 jam yang mereka sediakan untuk mendapatkan bantuan kecemasan sepanjang menggunakan kereta sewa KLezcar.   

 

  1. Pelbagai Jenis Kereta Boleh Ditempah

 

Terdapat pelbagai jenis kereta sewa KLezcar yang boleh anda pilih seperti kereta jenis kompak, sedan, MPV dan juga luxury car.  Pemilihan kereta sewa boleh dibuat berdasarkan kapasiti penumpang, destinasi serta objektif perjalanan anda selain turut bergantung kepada bajet anda. 

Anda tidak perlu risau kerana kereta sewa KLezcar sangat murah dan berpatutan untuk anda sewa. 

 

  1. Pelbagai Kaedah Dan Sistem Tempahan Disediakan

 

Kereta Sewa KLezcar membolehkan anda menempah melalui kesemua medium yang ada seperti laman web, e-mel, WhatsApp,talian Hotline 24 jam dan lain-lain lagi. 

Namun, untuk lebih mudah, selesa dan senang, menempah kereta sewa terus dari laman web adalah pilihan yang terbaik kerana semua maklumat berkenaan kereta dan proses sewaan boleh anda lihat di situ. 

Anda tak perlu bandingkan semua kereta sewa di Malaysia kerana kereta sewa KLezcar adalah kereta sewa termurah dan terbaik abad ini! Jom dapatkan kereta sewa KLezcar dengan menempah di laman website KLezcar.com 

 

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *