5 Sebab Penting Pemilihan Kereta Sewa


 

Sewa kereta mempunyai risiko yang tidak anda sedari seperti mengalami masalah kerosakan yang perlu anda tanggung, masalah jenayah yang tidak anda ketahui dan juga penipuan yang tidak kita sangkakan.  Anda perlu berhati-hati dalam mengambil kereta sewa supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.  Kata orang, malang tidak berbau, namun bagaimana untuk kita menghidu malang yang akan menimpa kita sekiranya kita menyewa kereta yang salah?

Mengambil perkhidmatan kereta sewa adalah salah satu cara kita menyelesaikan masalah tiada kenderaan, inginkan kereta yang mudah untuk bergerak dan sebagainya, tapi kereta sewa berisiko bagi anda untuk mengeluarkan kos kewangan yang tinggi jika anda salah membuat pilihan.  Sebelum memilih kereta, anda harus membuat pilihan yang tepat mengenai syarikat kereta sewa pilihan anda.

Pilihan syarikat kereta sewa haruslah dibuat berdasarkan kesasihan syarikat dan kepastian bahawa tidak ada unsur penipuan dalam perkhidmatan yang mereka tawarkan. Anda juga boleh memilih syarikat kereta sewa yang mempunyai laman website sendiri serta testimoni atau bukti perkhidmatan mereka yang telah diguna pakai oleh orang ramai. Pendek kata, anda harus berhati-hati dengan pemilihan syarikat kereta sewa serta ketika menyewa kereta.

Tahukah anda terdapat beberapa sebab penting pemilihan kereta sewa harus dilakukan?

 

 

#1  Kereta Sewa Berkualiti Tanpa Masalah

Penting pemilihan kereta sewa sebelum anda mengambil mana-mana khidmat kereta sewa supaya tidak berlaku masalah kereta seperti masalah teknikal, kereta rosak dan sebagainya.  Kereta sewa perlu diselenggara dengan mudah dan berkesan bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar tanpa perlu dibaiki di tengah jalan dan lain-lain lagi.  Keadaan kereta sewa yang berkualiti amat penting untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan perlu anda ketahui, kualiti kereta sewa berbeza mengikut jenis kereta dan juga sesebuah syarikat kereta sewa tersebut.

 

 

 

#2  Kereta Sewa Murah Dan Berbaloi

Mencari kereta sewa pada kadar harga yang berbaloi dan murah adalah penting dalam pemilihan kereta sewa. Kenapa perlu bayar lebih jika anda boleh mendapatkan kereta sewa pada kadar harga yang lebih jimat? Anda juga berupaya mendapatkan potongan harga yang berbaloi dan lebih tinggi berbanding terus membayar harga kereta sewa yang lebih mahal.  Salah satu sebab penting pemilihan kereta sewa adalah dari segi mendapatkan harga kereta sewa yang lebih murah dan berbaloi untuk anda gunakan kereta sewa dalam tempoh yang anda perlukan.

 

 

 

#3  Kereta Sewa Ke Mana Sahaja Destinasi Anda

Pernah tak anda dapatkan kereta sewa tetapi berasa sangat terhad kerana tidak boleh memandunya ke destinasi yang anda mahukan?  Ada kereta sewa yang telah menetapkan limit pemanduan di mana ia boleh dibawa ke tempat-tempat yang berdekatan dengan daerah kedai sewa kereta sahaja sedangkan anda mungkin memerlukan kereta sewa untuk ke lokasi yang tertentu. Penting pemilihan kereta sewa supaya anda boleh bergerak bebas ke destinasi yang anda mahukan tanpa apa-apa sekatan.

 

 

#4  Pelbagai Jenis Kereta Sewa Pilihan

Tidak banyak perkhidmatan kereta sewa yang menyediakan pelbagai jenis kereta sewa, namun anda memerlukan beberapa jenis kereta sewa pilihan untuk dipilih berdasarkan situasi perjalanan anda seperti untuk bercuti, pulang ke kampung, menghadiri urusan kerja dan lain-lain lagi.  Jenis kereta sewa dipilih berdasarkan jenama, saiz kereta, keselesaan kereta dan pelbagai lagi faktor yang terlibat. Adakalanya anda boleh memilih jenis kereta berdasarkan berapa orang penumpang yang terlibat atau berdasarkan berapa banyak barang muatan yang perlu anda simpan di dalam kereta dan sebagainya.

 

#5  Mengelak Kejadian Yang Tidak Diingini

Pelbagai masalah mungkin akan berlaku jika anda tidak peka akan keselamatan serta keadaan kereta sewa yang anda pilih.  Kejadian yang tidak diingini seperti kereta rosak, kereta berhenti di tepi jalan dan lain-lain lagi mungkin akan mengganggu perjalanan dan urusan seharian anda sepanjang menggunakan kereta sewa.  Paling teruk lagi, terdapat beberapa kes jenayah yang melibatkan kereta sewa seperti penyeludupan dadah dan sebagainya. Sudah pasti anda akan berasa terganggu dengan kejadian yang tidak diingini seperti ini.

Kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini perlu dielak dengan cara menyemak terlebih dahulu kereta sewa serta syarikat kereta sewa yang anda ingin dapatkan.  Mencari kereta sewa di seluruh Malaysia atau kawasan bandar dengan kadar harga berpatutan dan kereta sewa yang berkualiti amatlah sukar untuk didapatkan. Namun, anda boleh dapatkan kereta sewa yang lengkap dari semua aspek iaitu harga yang berpatutan, keadaan kereta yang berkualiti, cantik dan bersih serta diselenggara untuk kegunaan anda dari salah sebuah syarikat kereta sewa iaitu Kereta Sewa Klezcar.

Kereta Sewa Klezcar | Kereta Sewa Terbaik di Malaysia

Kereta sewa Klezcar adalah kereta sewa terbaik di Malaysia yang terkenal secara menyeluruh mengenai perkhidmatan kereta sewa yang ditawarkan.  Untuk pengetahuan anda, Kereta Sewa Klezcar telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan telah berkhidmat lebih dari 70 cawangan di seluruh Malaysia.  Siapa yang tidak kenal akan kereta sewa Klezcar yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa terbesar di Malaysia. Ke mana sahaja anda tujui, pasti ada kereta sewa Klezcar yang boleh anda dapatkan.

 

Kereta Sewa Klezcar Pandu Sendiri Dan Pemandu Disediakan

Seperti kereta sewa yang lain, anda boleh menyewa kereta sewa untuk pandu sendiri ke destinasi anda.  Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat pemandu untuk memandu bagi pihak anda bagi meneruskan perjalanan anda ke lokasi yang anda inginkan.  Kedua-dua perkhidmatan ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

 

Kereta Sewa Pandu Sendiri

Anda boleh mendapatkan khidmat kereta sewa sahaja dan pandu sendiri sekiranya anda lebih suka memandu, tahu jalan yang ingin anda tujui, sukakan suasana privasi dan lebih gembira meluangkan masa bersama kawan-kawan anda tanpa ada orang luar di dalam kereta.

 

Kereta Sewa Pemandu Disediakan

Bagi anda yang ingin ke destinasi pilihan anda dan memerlukan pemandu yang berpengalaman, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa beserta pemandu untuk memastikan perjalanan anda berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan anda ke destinasi, pemandu akan memastikan kereta sewa dan perjalanan anda sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

 

Tempahan Segera klik sini, berikan nombor telefon dan lokasi anda, boleh juga membuat tempahan online di  https://www.klezcar.com/ .

.

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *