5 Sebab Kereta Sewa Berbaloi Digunakan


Ramai berpendapat bahawa kereta sewa tidak berbaloi untuk digunakan hanya kerana harganya yang mahal.

Masyarakat hanya memandang dari satu sudut sahaja iaitu berkaitan dengan harga.

Sebenarnya, tidak semua kedai kereta sewa meletakkan harga yang mahal untuk kereta sewa, ianya bergantung kepada jenis kereta, jenama, keadaan kereta dan juga taraf syarikat.

Wah, serius bunyinya, namun terdapat beberapa sebab kenapa kereta sewa masih berbaloi digunakan.

kenapa kena menyewa dengan klezcar

 

#1  Tiada Had Limit Pemanduan

 

Menyewa kereta sewa sebenarnya tidak terikat dengan peraturan yang berat pun kerana setelah anda mendapat kereta sewa, anda bebas menaiki kereta sewa ke mana sahaja destinasi anda.

Jika anda ingin bercuti, bersiar-siar dan sebagainya, semuanya terpulang kepada anda.

 

Anda boleh memandu untuk tempoh jarak jauh dan dekat.

Jika perjalanan jauh, sudah memadai untuk anda menjaga kereta dengan baik dan memastikan enjin tidak terlalu panas sehingga menyebabkan kerosakan.

 

#2  Ruang Besar Dan Selesa

 

Jarang kita jumpa orang yang membuat aduan berkenaan ruang kereta yang sempit setelah mengambil perkhidmatan kereta sewa.

Ruang kereta sewabesar dan selesa mengikut jumlah penumpang anda.

Sebab itu jugalah pentingnya mengetahui faktor pemilihan kereta sewa yang betul.

 

Anda juga tidak perlu menaiki banyak kereta untuk bercuti bersama keluarga. Cukuplah hanya dengan menyewa satu kereta besar, anda boleh menaiki beramai-ramai.

Ianya lebih menyeronokkan bukan?

kereta sewa klezcar axia RM120 sehari

 

#3  Tak Perlu Keluarkan Kos Penyelenggaraan

 

Sekiranya anda menyewa kereta, anda tidak perlu mengeluarkan kos penyelenggaraan kerana semua kereta sewa telah diselenggara dengan baik oleh pemilik kereta atau kedai kereta sewa yang anda pilih.

Berbeza dengan anda menggunakan kereta sendiri, anda perlu mengeluarkan kos untuk servis kereta, minyak kereta dan lain-lain lagi sedangkan anda boleh memilih mengambil kereta sewa yang paling jimat, murah dan berkualiti.

 

Ramai orang suka menjaga kereta dan lebih selesa menggunakan kereta sewa untuk jarak jauh.

Bolehlah jimatkan tempoh perjalanan kereta anda untuk masa yang akan datang.

Dengan menggunakan kereta sewa, ia amat berbaloi kerana anda tak perlu keluarkan kos penyelenggaraan sekalipun.

kereta sewa klezcar myvi rm130 sehari

#4  GPS Automatik Disediakan

 

Berbaloi sewa kereta sebab anda tak perlu lagi menggunakan GPS dari handfon sahaja.

Anda boleh menggunakan GPS sedia ada dari dalam kereta sewa yang anda naiki.

Ia lebih mudah dan selamat, malah dapat menjimatkan bateri fon anda daripada cepat habis digunakan.

 

GPS automatik ini disediakan dalam kereta sewa untuk memudahkan pelancong menggunakannya dalam negara.

Mereka tidak perlu membeli peta atau sentiasa bertanya pada orang awam lagi.

Mudahnya jika ada teknologi sebegini di dalam kereta sewa.

kereta sewa viva klezcar RM110 sehari

 

#5  Merasai Menaiki Semua Jenis Kereta

 

Kereta sewa banyak fungsinya, salah satunya adalah jika anda pergi bercuti atau bersiar-siar dengan seseorang.

Hari-hari menaiki kereta yang sama, apa kata anda menyambut hari bahagia atau ulang tahun perkahwinan atau hari lahir dengan menaiki kereta jenis mewah pula.

Bukan selalu buat surprise kepada si dia kan?

 

Rupa-rupanya kereta sewa ini amat berbaloi dari segi perasaan dan peluang anda untuk menaiki pelbagai jenis kereta pilihan anda.

 

Dengan harga yang murah dan berpatutan, anda boleh mendapatkan kereta sewa berkualiti dan terbaik dari kereta sewa Klezcar.

 

Kereta sewa Klezcar amat berbaloi untuk anda gunakan kerana harganya yang rendah, kualiti kereta yang tinggi dan paling penting sekali, memang selesa, untung dan menyeronokkan.

 

Jom dapatkan kereta sewa Klezcar!

Tempah Kereta Sewa Klezcar Sekarang

Website Klezcar
https://klezcar.com/reservation.php

Google Play
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.klezcar.klezcar

Apps Store
https://itunes.apple.com/my/app/klezcar-car-sharing/id1439015032?mt=8

Chat with klezcar Bot
https://klezcar.com/

Berhubung dengan Sales Kami |Chat in Whatsapp with sales team
http://klezcar.wasap.my/

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *