22 Senarai Tempat Menarik di Negeri Kelantan


Siapa sangka negeri yang terkenal sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang ini terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dijadikan lokasi percutian anda.  Negeri Kelantan yang meriah dengan tempat membeli belah, pasar-pasar, tempat bersejarah serta lain-lain lagi tempat menarik ini juga menjadi pilihan destinasi rombongan makcik-makcik yang ingin memborong atau mencari barangan murah.  Rugi sangat kalau anda belum pernah berkunjung ke Negeri Kelantan. Tempat-tempat bersejarah dan pemandangan pantai yang perlu anda amati juga terletak di negeri yang penduduknya menggemari sejenis makanan berupa budu ini.  Di sini saya sajikan anda dengan 22 senarai tempat menarik di Negeri Kelantan yang perlu anda kunjungi. Alang-alang jangan lupa jenama Klezcar jika hendak cari kereta sewa di Kelantan, boleh dikatakan antara terbesar di Kelantan dan Malaysia.

 Kompleks_Imigresen_Rantau_Panjang,_Pasir_Mas,_Kelantan_-_panoramio

  1. Rantau Panjang

Ini adalah syurga shopping yang boleh anda kunjungi untuk membeli-belah dengan harga yang murah, borong dan ia merupakan kawasan bebas cukai.

 pangkalan kubor 2

  1. Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor merupakan kawasan jual beli yang terletak di sempadan Thailand dan menariknya, ia juga kawasan bebas cukai. Jom datang beramai-ramai di sini.

 20170821_154020

  1. Gelanggang Seni

Anda boleh melihat pelbagai aktiviti dan pameran tradisional di gelanggang seni yang terletak di luar Kota Bharu.  Pasti anda tidak akan melupakan kesenian dan keseronokan di Gelanggang Seni. Antaranya adalah pameran silat, permainan wau dan sebagainya.

 pasar-siti

  1. Pasar Siti Khadijah

Tempat beli belah yang penuh dengan makanan adalah Pasar Siti Khadijah.  Anda boleh merasai pelbagai makanan tempatan dan tradisional dan boleh membeli cenderahati untuk dibawa pulang.

 

  1. Pasar Wakaf Che Yeh

Tempat ini pasti sangat terkenal dalam kalangan anda bukan? Ia merupakan pasar borong yang menjual barangan asas dan basah pada waktu pagi manakala anda boleh membeli pakaian, kasut, kain pasang, jam tangan, jeans, barang replika dan lain-lain lagi barang pada waktu malam.

 20111010131801-fa026429-me

  1. Pantai Cahaya Bulan

Keluar dari tempat membeli-belah, pasti anda ingin ketenangan yang indah dan menyeronokkan. Pantai Cahaya Bulan membolehkan anda melihat pemandangan matahari terbenam dan menikmati makanan ringan sambil berjalan-jalan di tepi pantai.

 berkelah-di-pantai-cahaya-bulan

  1. Pantai Irama

Anda juga boleh singgah di Pantai Irama untuk melihat keindahan air laut yang biru serta merasai tiupan anda bagi mendapatkan ketenangan.

 1

  1. Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh diberi nama sempena 7 buah teluk yang terletak di sini, ia juga berdekatan Stesen Keretapi Tumpat.  Anda boleh menaiki keretapi dan menginap di Resort Terapung yang mempunyai pelbagai kemudahan dan aktiviti yang boleh anda lakukan seperti mandi kolam dan bermain golf.

 2-Muzium-Negeri

  1. Muzium Negeri Kelantan

Anda boleh melihat semua sejarah Negeri Kelantan dan kisah asal usul negeri di sini.  Seterusnya, pameran seni budaya kelantan seperti rebana ubi, wayang kulit dan makyong turut dipersembahkan.

CSsYBcfUwAA4hu6

 10.Muzium Adat Istiadat

Anda boleh belajar dan melihat sendiri pameran adat di Raja seperti adat pertunangan, perkahwinan, pijak tanah dan lain-lain lagi di muzium yang terletak di Istana Jahar ini.

2-Muzium-Perang

 11.Muzium Perang Bank Kerapu

Muzium yang menjadi bangunan memorial ini dibina pada tahun 1912 dan mengandungi pelbagai jenis artifak serta gambar-gambar bagi memperingati peristiwa sejarah perang dunia kedua terhadap negeri Kelantan dimana ia bermula di tempat ini di Kuala Pak Amat Kota Bharu.

30122413522_c9a9ac286e_b

 12.Muzium Diraja Istana Batu

Nak tahu bagaimana kehidupan seorang raja? Anda boleh melawat Muzium Diraja Istana Baru untuk melihat tentang keluarga Diraja Negeri Kelantan serta suasana dalam istana.

pintu gerbang

 13.Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra adalah daerah yang mempunyai Pintu Gerbang atau Menara Rehal yang menjadi kebanggaan rakyat tempatan. Banyak lokasi percutian yang boleh anda singgah seperti Istana Balai Besar, Bank Pitis dan juga Padang Merdeka.

phoca_thumb_l_kuala koh

 14.Taman Negara Kuala Koh

Dengan keluasan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, Taman Negara Kuala Koh ini mempunyai keluasan 4343 kaki persegi. Selain melihat flora dan fauna, haiwan-haiwan liar seperti gajah, harimau dan singa juga boleh anda di hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun ini.

Pantai-Pasir-Putih-Di-Bali-1

 15.Pantai Bali

Pantai Bali diberi nama sempena nama seorang nelayan dari Bali yang terdampar di pantai ini.  Sehingga sekarang, anda boleh melihat para nelayan menurunkan ikan, udang dan sotong dari laut untuk dijual. Keindahan pantai ini juga amat mengasyikkan.

29608311474_58b4f72c72_b

 16.Muzium Kraftangan

Sekiranya anda seorang peminat barang-barang klasik, antik dan tradisional, anda boleh ke Muzium Kraftangan yang terletak di Pusat Bandar Kota Bharu ini.  Barangan seperti ukiran kayu, raga, anyaman rotan, songket dan pelbagai cenderamata serta hasil tangan yang kreatif menjadi tarikan pelancong dan anda boleh mendapatkannya.

image_gallery

 17.Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang sangat berjasa dimana ramai ulama besar pernah mengajar di sini seperti Tuan Taba, Tok Kenali dan juga Haji Wan Ali Kutan.  Masjid Muhammadi ini sangat besar dan boleh memuatkan 2400 orang jemaah pada satu masa.

lata

 18.Lata Beringin

Air Terjun Lata Beringin merupakan air terjun tertinggi di Kelantan iaitu setinggi 120 meter. Di sini, anda boleh berkhemah, memancing, berkelah dan juga melakukan aktiviti jungle trekking.

islamic_muzium

 19.Muzium Islam

Muzium ini mempamerkan artifak, dokumen, seni-seni yang berkaitan Islam.  Pameran mengenai tokoh agama Islam dan mufti-mufti negeri Kelantan juga boleh anda lihat disini. Sejarah berkenaan Islam tidak akan terkubur malah anak anda boleh menambah ilmu pengetahuan dari sini dengan lebih lagi.

maxresdefault

 21.Pantai Geting

Pantai Geting terletak di daerah Tumpat, Kelantan.  Anda boleh melihat pemandangan matahari tenggelam, bermain wau dan bersiar-siar menikmati angin petang dan malam di sini.

taman_rekreasi_tengku_anis_0

 22.Galeri Tungku Anis

Galeri Tungku Anis terletak dalam kawasan Pangkalan Kubor, Negeri Kelantan.  Galeri Tungku Anis fokus kepada maklumat bentuk muka bumi dan mengenai para nelayan. Ini kerana ia terletak berhampiran Sungai Golok serta mempunyai kawasan rekreasi seperti taman permainan kanak-kanak, tempat memancing dan sebagainya.

pantai bisikan bayu

 23.Pantai Bisikan Bayu

Banyak juga pantai di Negeri Kelantan kan? Salah satunya adalah Pantai Bisikan Bayu. Bayu-bayu yang dingin serta pemandangan pantai Bisikan Bayu ini membolehkan anda menenangkan jiwa dan anda boleh lihat Pulau Perhentian nun jauh dari pantai ini. Disini, anda boleh melakukan aktiviti pantai seperti bermain bola, mandi laut dan sebagainya.

Berkunjung ke tempat-tempat menarik di Negeri Kelantan dengan mudah, selesa dan lebih jimat kos adalah dengan menggunakan perkhidmatan Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya.  Kereta sewa Klezcar menyediakan lebih 1000 buah kereta untuk kegunaan semua pengguna di seluruh Malaysia dan telah mempunyai lebih dari 70 cawangan.

 .

Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya Terbaik Di Kelantan

Syarikat Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya yang berkembang maju di Kelantan menawarkan perkhidmatan kereta sewa yang berkualiti dan terbaik untuk anda bercuti ke destinasi pilihan anda. Pelbagai jenis kereta sewa yang terdiri daripada pelbagai saiz, jenama dan enjin boleh dipilih oleh anda mengikut kesesuaian dan keperluan perjalanan anda.  Kadar harga kereta sewa Klezcar yang ditawarkan juga amat berpatutan dan murah mengikut bilangan hari yang anda sewa. Anda layak menerima potongan harga atau diskaun jika tempoh sewa kereta anda lebih lama.

 .

Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu – Pusat Bandaraya Unlimited Kilometer

Kereta sewa Klezcar Kota Bharu- Pusat Bandaraya paling sesuai digunakan untuk anda bercuti di semua tempat menarik di Negeri Kelantan. Ciri-cirinya yang tiada had limit kilometer memberi anda perjalanan jauh yang menyeronokkan.

 .

Penyelenggaraan Yang Penuh

Kereta sewa Klezcar Kota Bharu- Pusat Bandaraya telah diselenggara dengan cermat dan sempurna.  Kelengkapan kereta sewa Klezcar diutamakan dari segi sistem enjin, gear, sistem pemanduan dan lain-lain lagi bagi mengelakkan daripada berlaku kerosakan.

 .

Servis Pembaikian 24 Jam

Sekiranya berlaku masalah kerosakan atau apa sahaja terhadap kereta sewa Klezcar Kota Bharu- Pusat Bandaraya, pihak mereka akan membaiki kereta tersebut pada masa itu juga. Servis pembaikian 24 jam telah disediakan oleh pihak kereta sewa Klezcar sendiri. Menarik bukan?

 .

Kereta Sewa Klezcar Jimat Minyak

Kereta sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya adalah kereta yang mudah dipandu dan lebih jimat minyak. Anda dapat menjimatkan kos minyak kereta serta kos sewa kereta sepanjang hari perjalanan percutian anda.

 .

Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya Menyediakan Perkhidmatan Chauffeur

Anda boleh mendapatkan khidmat kereta sewa dan pemandu untuk menghantar anda terus ke tempat yang anda ingin tuju tanpa perlu memandu sendiri.  Mungkin anda ingin ke Airport, ingin menyediakan kenderaan untuk menjemput anak anda dan sebagainya, perkhidmatan Chauffeur bagi kereta sewa Klezcar amat disyorkan.

 .

 

Perkara Penting Sebelum Tempah Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya

Amat penting untuk anda menyemak senarai harga kereta sewa terlebih dahulu sebelum menempah kereta sewa, betul? Jadi, mari kita ikuti langkah-langkah mudah dan penting sebelum menempah kereta sewa Klezcar.

 .

Tentukan Lokasi Pengambilan Dan Penghantaran Kereta

Anda boleh memilih lokasi yang berdekatan anda di dalam sistem online tempahan yang disediakan untuk pengambilan kereta sewa pada hari yang ditetapkan.

.

Tetapkan Tarikh Tempahan Kereta Sewa KlezcarKota Bharu-Pusat Bandaraya

Anda boleh menetapkan tarikh tempahan kereta sewa Klezcar untuk kegunaan anda. Tarikh dan masa pengambilan serta pemulangan kereta juga perlu dinyatakan.

 .

Cari Jenis Kereta Yang Anda Minat

Sistem tempahan online kereta sewa Klezcar telah menyediakan senarai model kereta sewa yang ditawarkan oleh anda sewa. Anda boleh memilih mana-mana kereta bersesuaian dengan bajet anda, bilangan penumpang serta keselesaan anda.  Mungkin anda ingin cuba kereta sewa yang lebih mewah untuk bercuti?

 .

Buat Pembayaran Dan Tempahan Kereta Sewa Klezcar

Anda boleh melakukan pembayaran tempahan kereta sewa secara online yang anda pilih dengan kadar harga kereta sewa yang telah terpampang di skrin setelah anda mengisi semua maklumat yang diperlukan. Pembayaran perlu dibuat secara online dan sertakan bukti pembayaran di sistem tempahan kereta sewa Klezcar. Anda akan menerima Email Tempahan dan tempahan anda telah berjaya.

 .

Datang Ambil Kereta Pada Tarikh Dan Masa Yang Ditetapkan

Jangan lupa untuk datang pada masa dan tarikh yang telah anda tempah di sistem tempoh hari.  Sejurus pengambilan kereta sewa dilakukan, anda bebas memandu ke mana sahaja destinasi anda dan pastikan anda menghantar kereta sewa kembali pada waktunya.

 .

Jom Tempah Kereta Sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya!

Klezcar mempunyai ramai pelanggan tetap yang amat setia menggunakan perkhidmatan kereta sewa mereka. Kereta sewa yang seakan-akan baru, cantik dan bersih ini siapa yang mampu menolaknya! Jom dapatkan kereta sewa Klezcar Kota Bharu-Pusat Bandaraya murah dan jimat di Negeri Kelantan.

 .

Tempahan Segera klik sini, berikan nombor telefon dan lokasi anda, boleh juga membuat tempahan online di  https://www.klezcar.com/ .

 .

Artikel Lain :

  1. Eazy Point
  2. Eazy Rabu
  3. Eazy 15%
  4. Eazy Birthday
  5. Super Sunday
  6. How To Check Point

Email    :   enquiry@klezcar.com

Website:  https://www.klezcar.com/

Talian hotline : 1300-88-4040

Hubungi : 013-725 6777

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *