11 Teras Core Sebab Menyewa Dengan KLEZCAR


1. Trusted brand 

2. Different pickup & return location 

3. Rm 0 deposit 

4. Sokongan semasa kecemasan 

5. Layanan mesra & proses cepat 

6. Network sokongan meluas seluruh Malaysia 

7. Mileage unlimited 

8. CDW ‘peace of mind’ 

9. Keadaan kereta yang terbaik 

10. Bilangan kereta yang banyak dan variasi model 

11. Kaedah pembayaran yang pelbagai 

Jenama yang Dipercayai / Trusted brand

Nak tanya, adakah Tuan/Puan/Cik pertama kali dengar nama KLEZCAR? Atau sudah banyak kali dengar tapi pertama kali menyewa dengan KLEZCAR?

KLEZCAR merupakan syarikat kereta sewa 100% bumiputra yang bermula dengan 5 cawangan sahaja sekitar KL & Selangor pada akhir bulan tahun 2012.

 

Kini, KLEZCAR sudah berusia hampir 7 tahun dengan memiliki lebih 70 cawangan seluruh negeri, bilangan kereta hampir 1200 biji, serta telah berhidmat kepada 200 ribu pelanggan.

Alhamdulillah, KLEZCAR kini sudah menjadi jenama yang dekat dengan rakyat marhain khususnya kerana majoriti pelanggan kami berada di lingkungan sederhana.

Ambil dan pulang di lokasi berbeza / Different pickup & return location

Antara kemudahan yang disediakan oleh KLEZCAR adalah pengambilan dan pemulangan kereta di lokasi yang berbeza,

Contohnya, ambil kereta di Kota Bharu dan pulang kereta di Kelantan.

KLEZCAR telah berada hampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia dan insyaAllah kami sedang berusaha untuk berada di semua negeri seluruh Malaysia sebelum masuk 2020 dengan anggaran 100 cawangan kesemuanya.

Untuk mendapatkan kemudahan ini, setiap pelanggan perlu menyewa sekurang-kurangnya 3 hari ke atas dan terdapat caj tambahan bergantung kepada jarak lokasi ambil.

Dengan kemudahan ini, setiap pelanggan lebih mudah untuk merancang terutamanya kepada mereka yang hanya mahu menggunakan kereta sewa untuk satu hala perjalanan sahaja.

Rm 0 deposit

Kebiasaan pengusaha kereta sewa akan mengenakan ‘Security Deposit’ sebagai cagaran terhadap sewaan kereta atau sebagai duit untuk dibayar saman, kerosakkan kecil dan lain-lain.

Ada yang minta ‘Security Deposit’ dalam bentuk duit dengan nilai yang tinggi bergantung kepada jenis kereta, berapa lama sewa dan ada yang minta dalam bentuk barang seperti laptop, motor dan sebagainya.

Jumlah nilai ‘Security Deposit’ yang tinggi menyebabkan ramai pelanggan tidak mampu untuk menyewa kereta disebabkan perlu ada tambahan wang yang lain.

Mungkin ramai yang tidak tahu yang KLEZCAR TIDAK mengenakan apa-apa bayaran untuk ‘Security Deposit’?

Bermaksud jumlah Security Deposit kami adalah KOSONG yang mana pelanggan hanya perlu bayar jumlah sewa kereta sahaja! Ini adalah salah satu kemudahan dan kelebihan KLEZCAR berbanding dengan syarikat yang lain dan insyaAllah dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Masih tidak percaya lagi dengan ZERO deposit kami? Jom sewa kereta sekarang!

Sokongan semasa kecemasan

Semasa memandu kereta, kita sedaya upaya untuk mengurangkan risiko dari pelbagai perkara. Kadang kala, nasib tidak berbau, perkara kecemasan yang berlaku dan kita terpaksa menghadapi dengan tabah dan sabar.

KLEZCAR menyediakan sokongan kecemasan 24 jam dari pelbagai saluran, antaranya di Hotline 1300884040, nombor Whatsapp 0174040772, nombor telefon cawangan dan kami sentiasa bersedia jika terdapat masalah yang dihadapi oleh pelanggan.

Selain dari itu, kami juga memiliki jaringan hubungan dan sokongan di seluruh Malaysia, jika terdapat masalah dimana-mana walaupon diceruk hutan, kami akan cuba selesaikan masalah dengan segera.

Layanan mesra & proses cepat

Antara perkara paling penting dalam KLEZCAR adalah Perkhidmatan Pelanggan samada melalui panggilan, Whatsapp, SMS, di ‘Social Media’ seperti Facebook dan lain-lain.

Kami menyediakan perkhimatan pelanggan yang sentiasa melayan semua pelanggan dengan mesra dan sopan.

selari dengan layanan yang mesra, kami juga akan mempercepatkan proses sewaan dengan cepat dan pantas.

Semua urusan melaui online atau internet, dokumen seperti IC dan lessen boleh di upload terus ke website atau melalui whatsapp.

Secara tidak langsung, konsep ‘paperless’ ini dapat menjimatkan masa pelanggan dan memudahkan urusan yang mana sebelum ini setiap pelanggan perlu membuat salinan untuk diserahkan kepada pihak KLEZCAR.

KLEZCAR juga menggunakan teknologi terkini dengan menggunkan Aplikasi di telefon pintar untuk membuka dan menutup pintu secara automatik.

Teknologi ini juga merupakan hasil tangan dan kepintaran idea dari pasukan operasi kami yang bertungkus lumus siang malam menghasilkan system pintar ini.


Network sokongan meluas seluruh Malaysia

KLEZCAR merupakan syarikat kereta sewa, 100% milik bumiputra yang memiliki 74 cawangan dan hampir berada di semua negeri, insyaAllah sebelum masuk 2020 kami mahu melengkapkan jumlah ke-100 sekaligus ingin menakluk semua negeri di Malaysia.

Dengan kelebihan jaringan cawangan yang meluas serta meliputi semua negeri, sokongan di semua tempat antara faktor kenapa KLEZCAR merupakan pilihan yang tepat dan terbaik.

Antara kelebihan lokasi yang banyak seluruh Malaysia

  1. Boleh menyewa di lokasi negeri lain dan pulang kereta di lokasi negeri lain
  2. Jika terdapat masalah atau kecemasan di mana-mana tempat, sokongan dan bantuan lebih pantas.
  3. Jika masalah berlaku dan memerlukan untuk tukar kereta, urusan ini dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
  4. Dapat menyediakan perkhidmatan sewa di segenap tempat dan memudahkan perjalanan pelanggan di mana-mana

Mileage unlimited

Kami sering mendapat pertanyaan dari pelanggan samada kereta-kereta kami boleh dipandu jauh dan tiada had dari segi jarak perjalanan?

Kami jawab, selagi lokasi perjalanan masih di dalam Malaysia, maka ia dibenarkan. Kebanyakkan pelanggan masih tidak mengetahui kondisi kereta kami mampu membawa untuk perjalanan yang jauh serta syarat tiada had jarak selagi lokasi tersebut di bawah pengawasan KLEZCAR.

Kami juga ditanya jika kereta dapat dipandu ke luar negeri terutamanya Thailand dan Singapura, kami jawab buat masa ini tidak boleh.

InsyaAllah jika kami buka cawangan di sana nanti, akan kami benarkan, doa-doakan supaya KLEZCAR dapat membuka banyak cawangan di negara-negara lain juga.

 

CDW ‘peace of mind’

CDW bermaksud Collision Damage Waiver (CDW) disediakan sebagai pilihan untuk pelanggan bertujuan untuk mengurangkan kos bayaran jika terdapat kerosakkan semasa pelanggan menyewa dengan KLEZCAR.

Bayaran untuk melanggan CDW adalah 13% dari jumlah sewaan, contoh jika sewaan MYVI sehari RM130.00, maka bayaran untuk CDW adalah sebanyak RM16.90 maka pelanggan harus membayar jumlah keseluruhan sebanyak RM130.00 + RM16.90 = RM146.90.

Walaubagaimanapun, CDW ini adalah pilihan kepada pelanggan samada mahu melanggan atau tidak, tetapi kelebihan CDW ini dapat menenangkan pelanggan jika terdapat masalah semasa menyewa kereta.

Sebagai contoh, Hanif menyewa MYVI dan terlibat dalam kemalangan, setelah dikira, kos keseluruhan yang pelanggan perlu tanggung adalah sebanyak RM2800.00.

Disebabkan Hanif melanggan CDW, maka jumlah yang perlu dibayar hanyalah sebanyak RM1000.00 sahaja.

Lebihan kos akan ditanggung oleh pihak ketiga yang menjamin CDW dan kemalangan tersebut, ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada pelanggan dari segi kewangan.

Boleh juga lihat penjelasan lanjut di Terms and Condition kami di link https://klezcar.com/terms_condition.php boleh baca di perenggan nombor 4 dan 5.

Keadaan kereta yang terbaik

KLEZCAR memiliki pengalaman mengurus kereta sewa hampir 7 tahun, antara sebab kenapa pelanggan wajib memilih KLEZCAR kerana penjagaan kereta yang sempuran dan bersistematik. KLEZCAR memiliki Team Fleet yang bertanggungjawab memastikan kondisi berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Pemeriksaan yang berkala dan proces kosmetik membuatkan kereta yang lama nampak seperti baru termasuk pemanduan yang selesa dan bau yang wangi.

Antara konsep kami yang menyebabkan kondisi kereta terjaga adalah proces mendidik pelanggan memulangkan kereta dalam keadaan yang baik juga yang mana kereta yang sama akan digunakan oleh pelanggan lain. Jika pelanggan tidak memulangkan kereta dalam keadaan baik maka akan dikenakan denda atau caj tambahan. Pelanggan merupakan satu-satunya pengguna kereta kami yang tegar, maka kondisi kereta juga berkait rapat dengan penggunaan pelanggan.

Alhamdulillah, konsep ini mendapat maklum balas yang baik dan secara tidak langsung memberi manfaat kepada semua pelanggan.

 

Bilangan kereta yang banyak dan variasi model

Untuk makluman pelanggan, kami memiliki hampir 1200 biji kereta dengan pelbagai jenis dan variasi model dan speksifikasi.

Kepelbagaian ini juga melalui permintaan pelanggan dan kami bertanggungjawab untuk menunaikan permintaan tersebut.

Selain itu juga, kami menyediakan bilangan yang banyak untuk jenis kereta yang permintaan paling tinggi seperti kereta dari Perodua MYVI, ALZA dan AXIA.

Dengan kelebihan ini, kami dapat memudahkan pelanggan untuk memilih kenderaan yang sesuai serta tidak menyediakan bilangan kereta yang secukupnya bergantung kepada permintaan pelanggan.

Untuk mengetahui jenis kereta termasuk harga sewaan, boleh terus ke website kami di www.klezcar.com

Kaedah pembayaran yang pelbagai

Pembayaran untuk sewaan kereta boleh dilakukan melalui pelbagai saluran, antaranya di website kami www.klezcar.com, kami menyediakan kemudahan pembayaran melalui Card Creadit, Online Banking dan lain-lain seperti Pay Pal.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan Online Trasnfer atau CDM dan perlu berkomunikasi dengan cawangan untuk diserahkan gambar resit melalui Whatsapp atau lain-lain medium.

Bermula dua tahun yang lepas, kami menggunakan konsep ‘cashless’ yang mana tidak terima duit secara tunai, walaubagaimanapun, kami sedang berusaha untuk menyediakan bayaran secara tunai di lokasi-lokasi terpilih serta kerjasama dengan jenama lain seperti kedai Seven Eleven (7E).

Dengan kemudahan ini, pelanggan dapat membayar duit secara tunai di mana-mana kedai Seven Eleven (7E).

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *