TIPS MEMANDU DI HARI RAYA


Assalammualaikum.. Inginkan TIPS MEMANDU DI HARI RAYA?? Di sini Klezcar kongsikan 5 tips untuk anda yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Diharapakan semua selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju dan berpeluang beraya bersama-sama seluruh ahli keluarga .

 

TIPS 1: Gunakan lorong kanan hanya untuk tujuan memotong

Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak kemalangan berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Memandulah di lorong kiri kecuali ketika hendak memotong. Ia membolehkan anda sedikit mengelak ke bahagian tepi sekiranya terdapat sebarang kejadian di lorong tengah mahupun paling kanan. Jadi risiko untuk terjerebak dalam kemalangan adalah lebih rendah jika dibandingkan kenderaan2 yang berada di lorong tengah & kanan .

.

TIPS 2: Liarkan mata ke sekeliling dan lebih jauh ke hadapan ketika sedang memandu

Peninjauan serius adalah penting semasa memandu di atas jalan raya yang sedang banyak kenderaan. Anda bukan sahaja perlu memerhati kereta dihadapan, kiri, kanan dan belakang malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk jauh di hadapan (sejauh yang mungkin). Perkara ini membantu anda untuk mengenalpasti situasi & masalah dan dapat memberi peluang untuk anda bertindak terhadapnya sama ada menukar lorong, menekan brek ataupun lain-lain tindakan .

.

TIPS 3: Sentiasa berhati-hati dengan Blind Spots

Jangan lupa perbetulkan cermin sisi dan cermin pandang belakang anda supaya pandangan sekeliling yang anda dapat lihat adalah lebih jelas dan sempurna. Walaubagaimanapun, perlu untuk anda menjeling sedikit ke bahagian sisi atas sebab wujudnya ‘blind spots’ iaitu kawasan yang tidak terpantul dan tidak dapat dilihat melalui cermin. Sesekali ambil kira juga ‘blind spots’ kenderaan lain, mungkin ada yang tidak dapat melihat kenderaan anda. Oleh itu, pesanan kami jadilah pemandu yang bijak dan bertimbang-rasa .

.

TIPS 4: Mengawal stering dengan posisi pukul 3 dan 9

Teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu ini mempunyai nilai yang cukup besar dari aspek keselamatan ketika memandu. Akhir-akhir ini, banyak juga kemalangan yang terjadi adalah berpunca dari pemandu hilang kawalan terhadap kereta yang dipandu. Anda perlu sentiasa bersedia untuk situasi kecemasan dan posisi tangan yang betul ini mungkin membolehkan anda mengawal kereta anda sekiranya berlaku kemalangan dengan  tiba-tiba .

.

TIPS 5: Jangan sesekali memandu di lorong kecemasan

Adakalanya kesesakan jalan raya di musim perayaan bukan sekadar kerana banyak kereta yang menggunakan jalan raya tersebut, malah kemalangan jalan raya juga menjadi salah satu punca keadaan kesesakan jalan menjadi luar biasa. Keadaan luar biasa pun tidak membolehkan anda menggunakan lorong kecemasan kerana pada waktu itulah sebenarnya lorong kecemasan sangat penting untuk dikosongkan bagi memudahkan kenderaan-kenderaan kecemasan seperti ambulans, bomba, polis dan lain-lain untuk menggunakan lorong tersebut bagi mengatasi keadaan kemalangan yang menjadi punca tersebut. Jika ianya terhalang, ia mungkin membawa kesan lebih teruk dan boleh meragut nyawa.

.

Pesanan buat semua, Memandulah Secara Berhemah Dan Berhati-Hatilah Di Jalan Raya. Rancang Perjalanan Anda!

.

Sumber : ezdiet.com.my

.

.

.

KLEZCAR -Cars For Everyone, Anytime & Anywhere

Website: www.klezcar.com | Hotline: 1300-88-4040 (24 jam)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>