Tentang Kereta Hyundai Starex


Sejarah

Hyundai Starex merupakan kereta buatan Syarikat Hyundai Motor pada 1997 yang berpusat di negara Korea Selatan. Diberi nama yang berlainan mengikut negara ia dipasarkan seperti Hyundai H-1,Hyundai H200,Hyundai i800 dan banyak lagi nama lain. Bagi negara Malaysia pula, kereta ini lebih dikenali sebagai Hyundai Starex Royale.

Diperkenalkan secara global di Thailand Motor Expo pada tahun 2007 dengan 9 dan 12 tempat duduk. Negara China juga menerima kemasukan kereta MPV yang mana memberi kejayaan membanggakan kepada Syarikat Hyundai,dengan memegang pasaran sebanyak 20 peratus. Kereta ini juga memonopoli pasaran pada tahun 2003 sehingga 2008 dan meraih anugerah “MPV Tahunan” serta  “Kereta Rasmi Terbaik” ketika itu .

Reka Bentuk

Menyediakan 4 baris tempat duduk yang dapat memuatkan 11 penumpang.Tempat duduk tengah dapat dimanfaatkan ruang dengan menjadikan tempat rehat tangan atau dapat juga berfungsi sabagai meja makan mini.

Enam salur pendingin hawa tersedia bagi memberikan udara sejuk kepada setiap penumpang dan segenap ruang.Pelarasan bagi kerusi dapat dilakukan yang memberikan keselesaan ketika duduk di dalam kereta.Dilengkapi system audio dan video tidak akan memberikan suasana bosan walaupun memandu berseorangan.

Kamera bantuan di depan dan belakang kereta memudahkan pemandu kereta ketika meletakkan kereta di tempat letak kereta yang disediakan.

Keselamatan

Dilengkapi dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan memberi perlindungan tambahan ketika berlaku kemalangan.Rangka badan kereta Starex diperkuatkan dengan binaan tiang dan rangka yang mampu menahan impak pelbagai kategori.Penambahan sembilan tali pinggang keledar bagi kegunaan penumpang belakang memastikan keselesaan pemandu dan penumpang apabila membawa keluarga bersiar-siar.

Dipasang anti-lock braking system(ABS),limited –slip differential(LSD) akan membantu pemandu apabila kereta dberhenti secara mengejut yang memudahkan pengawalan kereta dilakukan.

Kuasa Enjin

Penggunakan enjin turbo diesel dengan ciri Variable Geometry Turbocharger(VGT) didakwa dapat menghasilkan kuasa tork maksimum 392 Nm ketika kelajuan enjin mencecah 2,000 hingga 2,500 rpm.Penggunaan enjin 2.5L turbo diesel ini juga dapat memberikan kuasa yang mencukupi bagi perjalanan jauh dan kereta juga tidak merasai kehilangan ketika menaiki jalan berbukit.Melalui pengisian diesel sebanyak 75 liter dapat mengerakkan kereta sejauh 590km apabila dinaiki seramai 7 penumpang.

Syarikat Kereta Sewa

Syarikat KLEZCAR memberikan pilihan sewaan kereta bermula dari kereta ekonomi sehingga kereta mewah seperti Alphard,Vellfire,Mazda,Hyundai Starex,Mercedes dan berbagai lagi kereta dengan tawaran sewaan yang berpatutan.Diskaun juga akan diberikan jika pelanggan mempunyai Eazy Card atau menyewa kereta melebihi dari 2 hari.

Tempat Cawangan Yang Menawarkan Sewaan Kereta

Boleh melihat melalui website ini(Klik Sini) untuk mencari cawangan yang menyediakan sewaan kereta Hyundai Starex.

Harga Sewaan Kereta

Sehari sewaan       = RM 550.00

Seminggu Sewaan = RM 2800.00

 

Hyundai-Starex-2014-Present-1200x800

02

Membuat Tempahan Kereta

Bagi sebarang tempahan kereta dapat dilakukan dengan 3 cara.Cara pertama melalui tempahan online website KLEZCAR dengan mengisi ruang yang disediakan.Keduanya melalui talian panggilan sama ada talian hotline atau talian cawangan KLEZCAR.Cara terakhir adalah melalui tempahan terus ke mana-mana cawangan terdekat dengan anda.Untuk tempahan terus ke cawangan KLEZCAR,kami tidak galakkan ia dilakukan kerana akan menyukarkan kami melakukan persediaan kereta terlebih dahulu ataupun jenis kereta yang dihendaki anda telah ditempah semuanya oleh pelanggan lain.

Jika inginkan maklum balas yang cepat dari kami,tekan gambar di bawah ini serta berikan sekali nombor telefon dan lokasi anda mahu sewa …

messenger

EAZY CARD SURVEY KLIK SINI

Artikel Lain Yang Berkaitan:

  1. Eazy Rabu
  2. Eazy Point
  3. Eazy Birthday
  4. Super Sunday
  5. How To Check Point

Tempahan Segera klik sini, berikan telefon nombor dan lokasi anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>