Tentang Kereta Axia 1.0(A)


Kereta Axia 1.0(A)

Pengenalan

Kereta Axia merupakan sebuah kereta kompak lima pintu keluaran  Perodua yang telah dilancarkan pada tahun 2014 bagi mengantikan kereta Viva .Perkataan Axia disebut dengan bunyi ‘azia’(a-zee-a) diambil dari bahasa Greek yang memberi maksud bernilai(value).Nama Axia juga berasal dari nama Asia yang telah ditukar s kepada x yang mana menunjukkan Axia adalah keluaran model kesepuluh dari Perodua.Slogan “Your Smart Move” atau dalam Bahasa Melayu “Langkah Bijak Anda/Teryata Bijak” dingunakan untuk kereta Axia ini.Perbezaan ketara kereta Axia berbanding kereta Viva adalah pada ruang dalam yang lebih luas dan lebih kestabilan kereta semasa memandu laju atau mengambil selekoh.

Keselamatan

Mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara(ASEAN NCAP) yang seterusnya menjadikan  Perodua Axia kereta kedua selepas Perodua Alza.Perodua Axia dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci(ABS) dengan agihan kuasa brek elektronik(EBD) dan BA. Semua kelas varian Axia juga dilengkapi dengan 2 beg udara yang menambah jaminan keselamatan apabila berlaku sebarang kemalangan.

Kuasa Enjin

Penggunaan enjin 1.0 EEV(Energy Efficient Vehicle) ataupun kenderaan cekap tenaga pertama di dalam Malaysia.Salah satu lagi kejayaan yang diperoleh melalui kereta Axia ini adalah ia merupakan kenderaan mesra alam(Eco-Friendly) yang pertama buatan negara.Jadi serba langsung tentang penjimatan minyak bagi kereta Axia tidak dapat dipertikaikan lagi dengan menjadi antara salah satu kereta paling jimat dalam penggunaan minyak dalam kategori kereta kompak dalam Malaysia.

Enjin 1.0L tunggal dalam Axia dipasangkan ke pilihan 2 transmisi manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan masing-masing.Perodua mendakwa bahawa Axia mampu mencapai 21.6 km/L dengan manual,dan 20.1km/L dengan automatik semasa dalam ‘ECO Mode’.Semua Axia dilengkapi dengan stereng system kuasa elektrik(EPS) untuk memudahkan kawalan kereta semasa memandu.

Sewaan Kereta

Syarikat KLEZCAR meletakkan Axia sebagai antara kereta pilihan utama bagi kereta ekonomi dan kecil untuk pelanggan kami di seluruh cawangan dalam Malaysia.Harga sewaan yang hanya RM 120.00 sehari dan diskaun diberikan jika tempoh sewaan lebih lama dilakukan.Kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman membawa kereta ini bolehlah menyewa dengan KLEZCAR yang sentiasa memberi penjimatan dan kepuasan kepada pelanggannya.

kereta 2

 

Membuat Tempahan Kereta

Bagi sebarang tempahan kereta dapat dilakukan dengan 3 cara.Cara pertama melalui tempahan online website KLEZCAR dengan mengisi ruang yang disediakan.Keduanya melalui talian panggilan sama ada talian hotline atau talian cawangan KLEZCAR.Cara terakhir adalah melalui tempahan terus ke mana-mana cawangan terdekat dengan anda.Untuk tempahan terus ke cawangan KLEZCAR,kami tidak galakkan ia dilakukan kerana akan menyukarkan kami melakukan persediaan kereta terlebih dahulu ataupun jenis kereta yang dihendaki anda telah ditempah semuanya oleh pelanggan lain.

Jika inginkan maklum balas yang cepat dari kami,tekan gambar di bawah ini serta berikan sekali nombor telefon dan lokasi anda mahu sewa …

messenger

EAZY CARD SURVEY KLIK SINI

Artikel Lain Yang Berkaitan:

  1. Eazy Rabu
  2. Eazy Point
  3. Eazy Birthday
  4. Super Sunday
  5. How To Check Point

Tempahan Segera klik sini, berikan telefon nombor dan lokasi anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>