Tempat Menarik Berunsur Semulajadi Untuk Dilawati di Malaysia


Assalamualaikum buat semua pengembara dunia dan juga pembaca blog yang tersayang. Kali ini kami ingin kongsikan mengenai tempat percutian yang menarik serta menyeronokkan dengan suasana hutan. Ini pastinya akan membuatkan anda rasa aman dan tenang kerana dapat lari dari kepesatan kota lagi-lagi di Kuala Lumpur.

.

Setelah hari-hari menghadap kesesakan lalulintas ketika ingin menuju ke tempat kerja serta ketika pulang ke rumah, pastilah seorang manusia yang normal akan merasakan kebosanan yang melampau. Jadi inilah masanya anda boleh melarikan diri dari kepesatan kota dan kembali ke alam sekitar yang menenangkan hati serta mententeramkan jiwa. Jadi, entri kali ini kami bawakan tempat – tempat menarik yang boleh dilawati sambil meluangkan masa bersama keluarga yang mempunyai unsur-unsur semulajadi di sekelilingnya.

.

3 Tempat Menarik Berunsur Semulajadi Untuk Dilawati di Malaysia

.

>>> Sepilok Forest Edge Resort  <<<

.

• Lokasi : Sandakan, Sabah
• Laman Web : www.sepilokforestedgeresort.com

.

Tempat Menarik Sepilok Resort

.

Di Sepilok Forest, anda akan menemui haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ‘rare’ termasuklah Orang Utan dan Burung Enggang. Fasiliti Sepilok Forest yang terdiri daripada halaman-halaman rumput juga adalah terjaga dengan baik. Penginapan yang menakjubkan ini dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga yang indah bersesuaian dengan pengembara yang menginginkan suasana alam semulajadi. Ia juga disertai dengan lantai kayu yang berkilat, pembuatan seni yang menarik, dan ruang balkoni yang privasi beserta dengan kerusi-kerusi yang unik.

.

Di sini ada bilik ‘standard double room’ yang sesuai untuk seisi keluarga. Yang menariknya, ia dilengkapi tropical pool @ jacuzzi yang menenangkan. Bilik ini terletak di sebuah rumah yang agak panjang. Terdapat juga bilik yang disediakan untuk pengembara yang bercuti beramai-ramai seperti sebuah asrama. Lokasi ini hanya memerlukan sekitar 15 minit perjalanan daripada Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Sepilok.

.

.

>>> Mutiara Taman Negara <<<

.

• Lokasi : Jerantut, Pahang
• Laman Web : www.mutiarahotels.com

.

.

Resort berasaskan chalet ini akan memberikan anda pengalaman menarik untuk tinggal di dalam rumah berkayu sambil ditemani kehijauan alam. Walaupun berkayu, jangan risau kerana turut dilenkapi dengan penghawa dingin. Salah satu tarikan di Mutiara Taman Negara ini adalah aktiviti Canopy Walk. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan saksikan sendiri keajaiban hutan purba di Resort Mutiara Taman Negara.

.Terdapat dua pilihan yang istimewa diberikan kepada pengunjung, sama ada pengunjug memilih untuk berkhemah ataupun boleh mendaftar masuk ke hutan simpan ini dan seterusnya menikmati suasana yang menenangkan di Taman Negara. Ringkasnya, Mutiara Taman Negara adalah satu resort eko-pelancongan yang menawarkan pelbagai jenis penginapan yang menjanjkan pengunjung kepuasan dalam menyaksikan pengalaman yang unik dengan kemudahan asas dan keselesaan yang moden tetapi mencukupi.

.

.

>>> Permai Rainforest Resort <<<

.

• Lokasi : Kuching, Sarawak

• Laman Web : permairainforest.com

.

Tempat Menarik Permai Resort
.

Permai Rainforest Resort adalah satu pusat peranginan eko di dalam Hutan Hujan Borneo yang terletak di pantai Laut China Selatan dan di kaki Gunung Santubong. Sekiranya anda berminat untuk mencuba satu kelainan untuk tinggal besama-sama dengan pokok yang besar dan tinggi di dalam Hutan Hujan Borneo, ini adalah salah satu tempat menarik untuk anda mencuba.

.
Ianya telah di direka dengan meminimakan impak kepada persekitaran yang natural ini dah telah membuatkan ia menjadi satu tempat yang sempurna di terokai dan mengambil inspirasi dari kesegaran dan kecantikan alam semulajadi tanpa mengancam habitat flora dan fauna. Resort ini juga menjadi tarikan utama para pengunjung kerana bukan sahaja dapat menikmati kehijauan alam sekitar, malahan juga dapat menyaksikan ikan lumba-lumba di laut kerana ianya terletak berdekatan dengan Pantai Damai, yang hanyalah berjarak antara 25km – 30km daripada Kuching, Sarawak.

.

Sayangi Dan Peliharalah Alam Sekitar.

.

Sumber : SiakapKeli 

.

.

.

Klezcar- Kereta Sewa Seluruh Malaysia dengan lebih 70 cawangan beroperasi di seluruh Malaysia.

Cars For Everyone, Anytime & Anywhere

.

Tempahan kereta sewa di www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>