Ramadhan Al-Mubarak 2018


Ramadhan Al Mubarak

image puasa

Diharap kami dari pihak KLEZCAR tidak lambat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua penganut beragama islam dan mengharapkan segala amalan serta ibadat yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan mendapat keberkatan dariNya.

Semestinya semakin hampir waktu berbuka puasa, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita adalah apa juadah ketika berbuka,tidak kira sama ada kita berbuka bersama keluarga atau sendirian. Bazaar Ramadhan antara salah satu tempat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia bagi mencari apa saja juadah berbuka puasa yang dihendaki, hanya faktor penghalang adalah jumlah wang saku dibawa dan ketahanan menahan nafsu membeli seseorang itu. Ingatlah bahawa amalan membazir itu adalah amalan yang tidak disukai oleh tuhan kita. Jadi, berjimatlah semasa membeli di bazaar ramadhan dan belilah makanan yang perlu sahaja.

Di dalam bulan ini juga, pihak KLEZCAR melakukan 2 promosi secara serentak, tetapi promosi ini tidak boleh bergambung bersama,hanya boleh dipilih salah satu saja.

Promosi pertama adalah promosi 2+1 iaitu menyewa kereta sekurang-kurangnya 2 hari dan seterusnya melayakkan anda mendapat sewaan percuma 1 hari di hari berikutnya. Ini bermaksud, anda menyewa kereta 3 hari tetapi membayar sewaan untuk 2 hari sahaja.

Promosi kedua adalah diskaun 30% bagi keahlian kad Eazy dan 15% bagi bukan ahli apabila menyewa kereta di bulan Ramadhan. Promosi ini memberi banyak kelebihan kearah mereka yang telah menjadi ahli kad Eazy tetapi pihak kami masih memberi potongan 15% kepada mereka yang belum memiliki kad Eazy.

Rebutlah peluang merasai kereta idaman anda atau merasai perbezaan permanduan dari kereta yang berbeza-beza dengan hanya menyewa kereta di KLEZCAR.Kami menawarkan kereta dari kelas ekonomi hingga mewah serta tawaran harga sewaan bagi sesebuah kereta amat berbaloi untuk disewa. Pihak kami jugak memberi jaminan kereta berada dalam keadaan bersih,wangi dan ‘alignment’ terjaga bagi setiap kereta di bawah jagaan KLEZCAR.

image puasa 3

 

image 45

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>