Persediaan Yang Perlu Dilakukan Ketika Pulang Ke Kampung   Recently updated !


Persediaan Ketika Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman

Semestinya kehangatan menyambut hari raya Aidilfitri dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira umur,bangsa dan agama. Kemeriahkan baazar ramadan,promosi sempena hari raya dan nafsu membeli barang bagi persiapan hari raya menyerikan lagi 1 Syawal yang menjelang tiba.

Kepada mereka yang bekerja di kota dan ingin pulang ke kampung halaman,pastikan anda berhati-hati semasa memandu dan ingatlah orang tersayang menunggu kepulangan anda di sana. Oleh itu, biarlah lambat asalkan sampai ke destinasi yang hendak dituju. Hari raya adalah hari untuk kita bergembira bukanya untuk hari kita bersedih.

Dibawah saya sertakan beberapa peringatan dan cadangan agar perjalanan anda ke kampung berjalan lancar.

1.Pastikan semua peralatan yang tidak penting ditutup/dibuka

Semua peralatan elektrik yang menggunakan tenaga yang banyak dan tidak digunakan lagi dibuka plugnya untuk menjimatkan elektrik dan mengelak litar pintas yang seterusnya boleh berlaku kebakaran.

2.Persiapan kenderaan untuk balik kampung

Setiap kereta yang hendak digerakkan ke sesuatu perjalanan jauh mestilah diserviskan dulu bagi melancarkan perjalanan kita tanpa hilangnya mood untuk menyambut raya.Terutama sekali dimasa perayaan akan berlaku kesesakkan jalan.

3.Makanan yang mencukupi semasa dalam perjalanan

Makanan ringan dan minuman yang mencukupi dapat menghilangkan kita dari kelaparan yang sangat lama dan lebih penting dapat mengurangkan mengantuk semasa memandu kenderaan.Makanan yang perlu dibawa seperti gula-gula,roti gardenia,air Nescafe atau 100 plus yang penting bagi mambantu mengelak kita terlelap semasa memandu.Tetapi semua ini hanya kepada pemandu yang memandu di waktu selepas berbuka puasa,jangan jadikan kesesakan jalan sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

4.Membawa powerbank yang mencukupi

Telefon bimbit adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap seorang pada zaman sekarang.Ia bukan sehaja untuk menghubungkan seseorang dari tempat jauh tetapi ia penting semasa waktu kecemasan seperti kerosakan kereta dan mengetahui sesuatu arah/jarak perjalanan.

5.Mengambil tidur yang secukupnya sebelum bertolak ke kampung

Tidur yang secukupnya sebelum sesuatu perjalanan adalah penting bagi mengelak pemandu dari mengantuk dan seterusnya mengelak sesuatu yang tidak diingini dari berlaku

6.Ubat-ubatan yang penting semasa kecemasan

Kepada mereka yang mempunyai penyakit yang memerlukan mengikut waktu arahan doctor.Ubatan asas seperti Panadol,ubat cirit-birit,dan minyak angin perlu ada dalam sesuatu perjalanan .

7.Beritahu jiran atau polis tentang kekosangan rumah anda

Rumah yang tidak berpenghuni adalah menjadi target kepada mereka yang ingin melakukan kecurian barang dalam rumah.Jadi adalah penting memberitahu jiran tertangga yang tidak pulang kampung untuk memerhati kediaman kita.

8.Card Touch’n Go mempunyai baki yang mencukupi

Pastikan baki duit dalam kad Touch’ n Go mencukupi bagi perjalanan pergi dan balik terutama sekarang ini banyak tempat mengisi semula telah ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>