Perlawanan Persahabatan Antara JPJ Dan Klezcar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Perlawanan persahabatan bola sepak antara team Klezcar dan team JPJ telah berlangsung semalam, 15 March 2017. Ianya merupakan suatu pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat kami lupakan. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan aktiviti kedua Klezcar bersama JPJ sepanjang tahun ini setelah projek pertama dijalankan pada bulan Januari lalu di mana kami bersama-sama ke Kelantan bagi misi bantuan banjir untuk warga Kelantan.

 

Pertembungan kali ini sengaja dirancang sebagai aktiviti kedua yang bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak JPJ dan Klezcar di samping berpeluang untuk beriadah bersama-sama setelah penat bekerja seharian. Bersukan membolehkan kita melakukan banyak gerakan badan, oleh itu permainan persahabatan bola sepak ini sememangnya memberi peluang kepada kami kedua-dua pasukan untuk meregangkan tubuh badan yang keletihan ini. Hasilnya juga, badan berpeluh dan kami sendiri rasa lebih sihat dan cergas. Tubuh badan yang sihat menjadikan otak kita lebih cerdas.

Perlawanan Persahabatan Klezcar vs JPJ

Perlawanan ini dilangsungkan di Stadium BSN Bangi bermula dari jam 9 malam. Perlawanan 3 half ini berakhir dengan keputusan seri 2-2. Walau bagaimana pun, tahniah diucapkan kepada team JPJ kerana berjaya memenangi pusingan first half di mana team Klezcar telah ketinggalan 2-0. Biasalah adat pertandingan kan ! Tetapi kami tidak mengaku kalah dan akhhirnya hasil usaha dan semangat berpasukan team Klezcar, kami berjaya mengejar semula dan menyamakan kedudukan 2-2 pada pusingan third half. Ingat ya, jangan pernah putus asa !

Team Klezcar Bertemakan Jersi PINK

 

photo_2017-03-16_10-23-03-2

Turut hadir sama adalah wakil dari Moovby. Siapa yang tidak tahu Moovby kan, ianya merupakan platform perkongsian kereta di mana membolehkan anda untuk menyewa kereta dari orang mengikut jam. Boleh juga sewa kereta Klezcar menerusi aplikasi Moovby ini. Terima kasih semua yang terlibat dalam aktiviti semalam. Insyaallah pada masa akan datang, akan ada lebih banyak aktiviti yang akan dijalankan.

_

Klezcar.com
Cars For Everyone, Anytime, Anywhere

www,klezcar.com

1300-88-4040 (Hotline 24 jam)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>