Pajak Kereta Di KLEZCAR


PAJAKAN KERETA MELALUI SYARIKAT KLEZCAR

pajak kereta

Adakah anda terfikir ingin menambah pendapatan bulanan melalui penggunaan kereta anda yang jarang dingunakan sedangkan perlu membayar ‘instalment’ kereta setiap bulan kepada bank. Memperoleh pendapatan bulanan tanpa perlu mencari pelanggan dan penjagaan kereta oleh kita sendiri adalah satu perkara tidak logik tetapi ia boleh dilakukan.Melalui pajakan kereta pemilik ke syarikat kereta sewa adalah salah satu cara mendapatkan pendapatan tambahan bulanan.

Ringkasan maksud pajakan kereta adalah pemberian kuasa penuh kereta sendiri kepada pihak kedua mengikut tempoh tertentu melalui perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kebiasaan tempoh perjanjian pajak kereta adalah melebihi 1 tahun hingga 5 tahun bagi memberi pulangan yang berbaloi kepada syarikat pemajak dan pemilik kereta.

fe_922142_717

Kebimbangan yang sering dihadapi pemilik kereta adalah ketelusan syarikat pemajak kereta dalam melakukan perjanjian dan keuntungan diperoleh konsisten setiap bulan tanpa alami kerugian. Semestinya terdetik dalam hati agar tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan syarikat pemajak kereta yang biasa dilihat dalam dada akhbar ataupun melalui pengalaman kenalan rapat. Itulah kepentingan kajian selidik secara terperinci terhadap sesebuah syarikat pemajak sebelum melakukan pelaburan untuk mengetahui kemampuan syarikat tersebut memberi pulangan keuntungan dalam perniagaan yang diusahakan.

Sebagai contoh syarikat KLEZCAR yang sangat dikenali ramai, memberikan perkhidmatan kereta sewa murah kepada pelanggan tidak kira di semenanjung Malaysia ataupun Sabah. Mempunyai sebanyak 70 buah cawangan di seluruh Malaysia dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Syarikat KLEZCAR juga bersih dari segala masalah kewangan dan telah menjalankan perniagaan kereta sewa melebihi 10 tahun. Ini serba sebanyak menunjukkan syarikat KLEZCAR merupakan satu syarikat yang sangat mementingkan kemajuan syarikat dan sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan pelanggan bagi memberi kepuasan penyewa kereta.

car-lease-agreement-bankrate.com_

Syarikat KLEZCAR juga menawarkan sistem pajakan kereta berlandaskan kepada konsep Mudharabah. Dimana investor/pelabur mengeluarkan modal atau kereta untuk di pajakan kepada syarikat dan pihak syarikat akan menguruskan kereta ‘investor’ dalam bisnes kereta sewa. Segala hasil keuntungan bulanan akan dibahagi mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui.

Pembahagian keuntungan bersih untuk sesebuah kenderaan adalah mengikut formula 70% : 30%, iaitu pihak syarikat akan mengambil 70% manakala pemilik kenderaan akan menerima 30% di setiap akhir bulan. Pemberian keuntungan mengikut peratusan akan lebih menguntungkan pemilik kenderaan terutama di bulan yang menerima tempahan penuh dari pelanggan.

old-man-manager-signed-contract-car-lease-elderly-men-hire-home-hand-over-keys-90681613

Syarat-syarat Pajakan:

  1. Kereta baru ataupun kurang dari 1 tahun.
  2. Jenis kereta bergantung pada permintaan penyewa.
  3. Perjanjian pajakan adalah minima 1 tahun dan maksima 2 tahun bergantung kepada keadaan kereta.(Boleh di perbaharui bergantung pada keadaan kereta).
  4. ‘Investor’ perlu faham akan risiko-risiko yang mungkin di hadapi.
  5. Pajakan adalah berdasarkan mudharabah iaitu perkongsian untung.

 

Kelebihan sebagai pelabur.

  1. Bayaran ‘installment’ di bayar oleh syarikat.
  2. Kos servis , ‘roadtax’ & insuran dan kerosakan di tanggung oleh syarikat.
  3. Pelabur menerima pasif ‘income’ dari keuntungan ‘sales’.
  4. Pelabur tidak perlu menguruskan perniagaan.

 

 

Jika berminat untuk pajak kereta kepada KLEZCAR,sila isi borang minat dengan menekan gambar dibawah. Pihak kami akan hubungi encik/cik jika memerlukan kereta tambahan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang sentiasa bertambah.

Screenshot (15)

Website;                     https://www.klezcar.com/

Talian Hotline;           1300-88-4040/013-7256777

Alamat HQ Klezcar ; Unit 408 & 409, Blok A, Level 4, Kelana Business Centre, 97,

                                    Jalan SS7/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya,

                                    Selangor, Malaysia.

Email;                         enquiry@klezcar.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>