Misi Bantuan Banjir 2014 Klezcar @ Kuala Krai & Gua Musang


Salam dan selamat petang,
.
Alhamdulillah, setelah berpeluang melaksanakan misi pertama kami teruskan lagi misi untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa musim banjir 2014 pula di tahun seterusnya.
.
Keadaan banjir pada tahun itu merupakan yang paling teruk berbanding tahun sebelum-sebelumnya. Seperti yang dipaparkan, rumah-rumah kayu musnah dan telah dihanyutkan banjir.
.
Keadaan Rumah Musnah Akibat Banjir

Keadaan Rumah Musnah Akibat Banjir

Bantuan Banjir Kuala Krai & Gua Musang

Keadaan Rumah Musnah Akibat Banjir

.

Jadi kalau pada tahun pertama, hanya 3 buah kereta yang terlibat, kali ini dengan kerjasama NGO – PEKA kami hadir membawa muatan penuh dalam 12 buah kereta (4×4) beserta sebuah lori 10 tan untuk membawa bekalan bantuan untuk mereka yang memerlukan.
.
Perjalanan Membawa Masuk Barang Bantuan

Perjalanan Membawa Masuk Barang Bantuan

.

Perjalanan Membawa Masuk Barang Bantuan

Perjalanan Membawa Masuk Barang Bantuan

.
Selain daripada bekalan elektrik dan air, talian komunikasi, bekalan makanan dan bekalan petrol serta diesel juga terputus akibat kemusnahan dari banjir kali ini. Natijahnya sebaik saja sampai di destinasi, team kami diserbu oleh penduduk untuk mendapatkan bekalan tenaga tersebut.
.
Misi Banjir Klezcar 2014

Team Bantuan Diserbu

.
Lokasi misi kali ini adalah di Kg. Karangan, Kuala Krai dan Kg Batu 11, Gua Musang. Pengalaman-pengalaman mencabar yang kami lalui sepanjang misi ini pastinya tidak dapat dilupakan sehingga kini.Antara yang harus kami harungi adalah banjir pada paras pinggang seperti dalam gambar di bawah.
.
Air Banjir Pada Paras Pinggang

Air Banjir Pada Paras Pinggang

.

Pada ketika itu, air naik sehingga 4×4 kami pun tak mampu nak redah, jadi terpaksalah berjalan kaki sahaja sambil barang-barang untuk diagihkan dibawa dengan menaiki sampan. Walaubagaimanapun, syukurlah waktu itu Tuhan kurniakan kami kesihatan dan kekuatan untuk menyampaikan amanah orang ramai ini kepada mereka yang terlibat dengan banjir di sana.

 .

Terima Kasih kepada semua yang sudi menyumbang juga. Kami dari Klezcar memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa menjalankan Misi Bantuan Banjir 2014 ini.


Kereta Sewa Seluruh Malaysia

Klezcar – Cars For Everyone, Anytime & Anywhere

Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam) 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>