Ketahui 5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Perasan tak bila baca di mana2 tentang tips-tips berkenaan kereta terutamanya tips pemanduan semasa hari hujan ataupun tips memandu kereta pada waktu malam, bahagian penjagaan cermin kereta selalu dititikberatkan. Hal ini kerana cermin hadapan yang bersih sangat penting dalam memberi pandangan yang lebih jelas dalam pemanduan anda.

 

Berikut 5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta. Jom baca selanjutnya…

 

Windscreen

 

No. 1

Nak cermin lebih tahan lama? Selalu lah tempatkan kenderaan anda di kawasan yang teduh. Elakkan meninggalkan kenderaan di bawah sinaran matahari lebih2 lagi untuk tempoh masa yang lama. Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti cermin kereta anda sekaligus mengurangkan daya ketahanan serta jangka hayatnya. Lapisan pelindung cermin akan lebih mudah rosak dan sekiranya cermin ada keretakan, ia akan merebak dan mungkin pecah.

 

No. 2

Rajinkan diri untuk membersihkan cermin serta pengilap cermin (wiper) dari pasir-pasir halus. Udara sekeliling kita membawa bersama partikel-partikel halus seperti habuk, pasir dan lain2. Partikel-partikel halus inilah kemudiannya akan mengakibatakan cermin anda menjadi calar-balar. Apabila anda hidupkan pengilap cermin yang tidak dibersihkan, ia akan menyeret bersama pasir-pasir halus tersebut. Jadi untuk mengelakkan keadaan ini, pastikan anda bersihkan ia.

 

No. 3

Pernah tak batu-batu kecil dari lori terkena pada cermin kereta anda? Lepastu cermin pun retak. Nak biar berapa lama pula cermin tu? Haa inilah sikap rakyat Malaysia, punya nak berjimat kadang2 dekat 10 tahun guna kereta tu, keadaan cermin masih sama. Sebenarnya, cermin yang retak mestilah diperbaiki dengan segera. Jangan biarkan sahaja kerana ia boleh membawa kesan bahaya sekiranya tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin boleh pecah pada waktu yang tidak dijangka. Boleh bayangkan tak?

 

No. 4

Tips mudah nak jaga cermin supaya tidak kotor dan berminyak, elakkan meletak kenderaan anda berdekatan dengan kedai makan terutamanya di bahagian dapur kedai makan tersebut. Kerana apa? Orang masak menggunakan minyak, minyak-minyak itu nanti akan mudah melekat pada cermin kereta anda. Cermin akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan nanti.

 

No. 5

Akhir sekali, Cuci cermin kereta dengan produk yang tidak mengandungi Ammonia. Kandungan Ammonia pada cecair pencuci cermin ini sangat bahaya jika kita hidu dan ia juga boleh memberi kesan kepada kerosakkan Tint yang melindungi cermin kereta anda.

 

Jom Amalkan! Sayangkan kereta yang dibeli mahal-mahal hilang kecantikannya dengan faktor-faktor mudah yang mampu kita elakkan seperti ini? Jadi kalau nak kereta cantik lama-lama, jagalah kereta anda dengan baik. Selain cermin, tayar dan enjin juga merupakan elemen yang perlu kita ambil berat dalam penjagaan sesuatu kereta. Kami di KLezcar – Kereta Sewa Seluruh Malaysia menyediakan kereta sewa dengan prestasi yang terbaik kepada pelanggan – pelanggan kami. Untuk tempahan kereta sewa, klik www.klezcar.com dan anda layak terima ganjaran 2x Klezpoint setiap RM1.

 

Info lanjut hubungi 1300-88-4040 (24 jam)

Kereta Sewa Klezcar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>