Eazy Card KLEZCAR   Recently updated !


 Semua Tentang Eazy Card

 

easy depan

 

Pengenalan

Eazy Card adalah salah satu penghargaan dari Syarikat KLEZCAR kepada semua pelanggan kami yang telah menyokong kami melalui sewaan kereta .Pemberian Eazy Card akan memberikan banyak kelebihan kepada pelanggan seperti diskaun yang mana dapat mengurangkan kos sewaan kereta,seterusnya menjimatkan wang belanja bulanan. Disini saya akan terangkan proses atau cara bagi melayakkan pelanggan mendapatkan Eazy Card ini berserta soalan-soalan yang biasa ditanya.

Syarat pertama adalah anda merupakan pelanggan tetap KLEZCAR yang telah mengumpul sekurang-kurangnya 400 points iaitu syarat minima untuk mendapatkan Eazy Card.Point ini dapat dilihat melalui link website kami. Klik Sini dan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan(IC) anda di ruang yang disediakan.

Eazy Card ini dapat diambil di seluruh cawangan KLEZCAR yang ada di dalam Malaysia iaitu sebanyak 76 cawangan semuanya.Ini termasuk semua negeri di Malaysia kecuali Serawak sahaja.

Antara cawangan KLEZCAR utama di Malaysia

  1. Kota Bharu
  2. Pasir Mas
  3. Pangkalan Chepa
  4. Kok Lanas
  5. Tanah Merah
  6. Rantau Panjang
  7. Kuala Krai
  8. Larkin
  9. Gelang Patah
  10. Kulai
  11. Impian Emas
  12. Seremban 2
  13. Rasah
  14. Senawang
  15. Petaling Jaya
  16. Taman Kinrara
  17. Hentian Kajang
  18. Terminal Bersepadu Selatan(TBS)
  19. Bandar Puteri
  20. Puchong Utama
  21. Putrajaya

Pelanggan juga boleh mencari lokasi cawangan KLEZCAR yang berdekatan dengan anda  hanya menekan gambar CLICK HERE di bawah;

                                 

Mungkin ada pelanggan yang telah menyewa kereta dari syarikat KLEZCAR dan masih tidak mencukupi point bagi mendapatkan Eazy Card.Proses pengiraan point bagi setiap tempahan kereta adalah berbeza mengikut cara tempahan dilakukan.Dibawah diberi pencerahan cara point ini dikira;

Cara pengiraan point bagi setiap sewaan kereta:

  1. 2 point / RM 1 melalui tempahan online  di website Klik Sini
  2. 1 point / RM 1 melalui tempahan direct call KLEZCAR.
  3. 0.5 / RM 1 melalui walk-in di semua cawangan KLEZCAR

Kelebihan yang memerlukan anda wajib mengambil Eazy Card ini secepat yang mungkin.

Diantara kelebihannya adalah;

  1. Diskaun sebanyak 15% pada setiap hari  sama ada sewaan kereta satu hari atau sehingga 29 hari dalam satu bulan.
  2. Diskaun sebanyak 40% pada setiap hari Rabu(Eazy Rabu).
  3. Diskaun sebanyak 50%  satu hari  didalam bulan hari jadi anda.
  4. Lebih banyak kelebihan lain yang akan ditambah dari semasa ke semasa yang hanya memberi    keuntungan/kelebihan kepada pelanggan kami.

Saya ringkaskan proses mendapatkan Eazy Card ini seperti dibawah:

  1. Menyewa kereta dari KLEZCAR sehingga mengumpul point sebanyak 400 point.
  2. Check point di sini.Klik Sini.
  3. Ambil Eazy Card di mana-mana cawangan KLEZCAR yang ada di seluruh 76 cawangan dalam Malaysia.
  4. Anda secara automatik mendapat diskaun dengan setiap sewaan kereta di seluruh cawangan KLEZCAR apabila menunjukkan Eazy Card.

 

Contoh penjimatan yang diperoleh oleh pemilik Eazy Card ini:

  • Ambil contoh Myvi 1.3 (A) sebagai rujukan. Sewa Myvi 1.3 (A) : RM 130.00 .
  • Diskaun 15% :
  • RM 19.50 bagi setiap sewaan.
  • Pemilik kad cuma perlu membayar RM 110.50 setiap kali sewa Myvi 1.3 (A)
  • Diskaun 40% :
  • Rm52.00 setiap kali sewaan pada hari Rabu.
  • Pemilik kad cuma bayar RM 78.00 sewaan Myvi 1.3 (A) pada hari Rabu.
  • Diskaun 50% :
  • RM 65.00 ini diberi pada bulan hari jadi pemilik kad.
  • Pemilik kad cuma bayar RM 65.00 bagi hari tersebut bagi sewaan Myvi 1.3 (A).
  • (segala perkiraan di atas belum dimasukkan harga GST iaitu sebanyak 6% dari harga sebenar)

 

Persoalan-persoalan yang biasa ditanya

1.Adakah points KLEZCAR akan berkurang apabila ia dingunakan ketika menyewa kereta  di KLEZCAR?

J: Point dalam Eazy Card tidak akan berkurang walau digunakan sebanyak mana ketika  menyewa kereta dari KLEZCAR.

2.Adakah Eazy Card ini mempunyai tarikh tamat/luput?

J: Tiada tarikh luput diberikan,Eazy Card boleh digunakan sampai bila-bila(sehingga ia diberitahu semula).

3.Jika Eazy Card hilang,perlukah mengumpul semula point dari kosong atau denda akan dikenakan?

J: Tiada denda dikenakan dan tidak perlu mengumpul semula points apabila kad ini hilang.Pelanggan hanya perlu mengambil semula Eazy Card di mana-mana cawangan KLEZCAR.

4.Perlukah membawa Eazy Card setiap kali mengambil kereta di cawangan KLEZCAR?

J: Ya,perlu membawa Eazy Card setiap kali datang mengambil kereta di cawangan KLEZCAR.Tiada diskaun diberikan jika tiada Eazy Card.

5.Jika Kad Eazy ini diberi kepada orang lain selain pemilik Eazy Card sebenar untuk menyewa kereta di KLEZCAR,adakah diskaun akan diberi sama dengan pemilik Eazy Card sebenar?

J:Tiada diskaun yang diberikan kepada pelanggan lain selain pemilik Eazy Card sendiri ketika  menyewa kereta di KLEZCAR.

6.Macam mana untuk mengetahui sama ada point yang telah dikumpul telah mencapai 400 point?

J: Point KLEZCAR dapat dilihat melalui website atau menelefon di mana-mana cawangan KLEZCAR.

7.Adakah semua kereta di KLEZCAR akan diberikan diskaun jika mengunakan Eazy Card?

J: Ya,semua kereta yang berada dibawah Syarikat KLEZCAR boleh dingunakan Eazy Card sama ada dari kereta ekonomi hingga mewah.

8.Adakah point akan diberikan setiap kali menyewa kereta di KLEZCAR walaupun tanpa diberitahu oleh  staff di cawangan KLEZCAR?

J: Point akan diberi secara automatik apabila nama anda didaftarkan dalam sistem kami walaupun tanpa diberitahu oleh staff kami.

EAZY CARD SURVEY KLIK SINI

Artikel Lain Yang Menarik:

  1. Eazy Point
  2. Eazy Rabu
  3. Eazy 15%
  4. Eazy Birthday
  5. Super Sunday
  6. How To Check Point

Tempahan Segera klik sini, berikan telefon nombor dan lokasi anda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>