Iftar Bersama Anak Yatim Ramadhan 2016


   Iftar Bersama Anak Yatim Ramadhan 2016

 

13458609_10208398324428626_6933423253854496024_o

Bertarikh 23 Jun 2016 tahun lalu, Klezcar berkesempatan untuk bersama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Alfalah Kundang. Selain orang2 penting Klezcar terutamanya CEO En Ahmad Fuad Bin Zainal Abidin dan COO En Muhamad Shahril Bin Sidek yang turut serta, kelihatan ramai juga partner2 Klezcar turut bersama dalam memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini.

-

Aktiviti bersama anak yatim yang dilaksanakan di Kelab Golf Pekhidmatan Awam pada Ramadhan tahun lalu iaitu lebih tepat lagi pada 18 Ramadhan 1437H ini memberi peluang untuk kami rapatkan diri dengan anak-anak yatim ini. Pihak Klezcar bukan sahaja diberi peluang untuk berbuka bersama, malahan kami sempat juga melihat keadaan Rumah Anak Yatim Alfalah Kundang itu sendiri pada waktu petang sebelum membawa semua anak-anak yatim ini ke tempat untuk kami berbuka puasa. 

-

Seronok juga melayan karenah anak-anak kecil ini kan? Klezcar kiranya memberikan servis chauffeur kepada adik-adik ini secara percuma, dan sesampainya kami di lokasi, wahh..rambang mata. Alhamdulillah, pelbagai pilihan juadah ada. Boleh nampak wajah2 kegembiraan semua yang hadir .

 .

13507174_10208398323388600_6117464315084660127_n

13482944_10208398323828611_4990656810975400417_o

 

 

Kini Ramadhan tiba lagi, In shaa Allah tahun ini kami memang berhasrat untuk berbuka puasa bersama anak yatim sekali lagi. Cumanya, masa dan tempat masih sedang diuruskan. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk kami pihak Klezcar mengucapkan selamat menuanaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini jadi medium untuk kita mempertingkatkan ibadah serta memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik. Amiin..

 

KLEZCAR – Kereta Sewa Seluruh Malaysia

Tempahan   | www.klezcar.com

Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 jam)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>