Hari Pekerja


Sejarah Hari Pekerja

Rakyat Malaysia pada zaman kini akan menyambut setiap tahun Hari Pekerja  ataupun disebut Hari Buruh di seluruh dunia sebagai hari pengiktirafan usaha dan keringat pekerja yang telah mereka lakukan.Tetapi banyak daripada kita semua tidak mengetahui sejarah bagaimana 1 Mei diambil sebagai Hari Buruh.

Kisah sambutan “May Day” bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1880-an.Ketika itu Amerika terkenal dengan sistem ekonomi ‘laissez faire’ yang dimana kerajaan tidak mengambil peduli dalam hal ekonomi negara.Dan melalui sistem ini jugalah industri kerajaan berkembang pesat menjadi ekonomi terbesar di dunia.Tetapi disebalik kemajuan yang dikecapi oleh negara berkenaan,hak pekerja dipertikai dengan pekerja dikerah bekerja sehingga 12 hingga 16 jam.Kanak-kanak menjadi pekerja buruh adalah perkara biasa pada zaman itu dan tiada cuti mingguan atau tahunan diberikan.

Kesedaran mula timbul oleh para pekerja dan seterusnya memperjuangkan hak mereka dengan idea bekerja 8 jam sehari(‘eight hours labor,8 hours recreation,8 hours rest’).Perarakan dan mogok dilakukan bagi memaksa orang atasan menerima idea mereka,tetapi dibalas dengan tembakan dan pukulan terhadap para pekerja.Peristiwa Haymarket(Haymarket Affair) merupakan hari kemuncak penuntutan hak para pekerja yang sehingga hari ini  diingati dengan menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja bagi memperingati perjuangan dan pergorbanan mereka pada hari tersebut.

Negara Malaysia juga menyambut Hari Pekerja apabila Timbalan Perdana Menteri,Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman telah mengumumkan 1 Mei sebagai hari perlepasan am bagi pekerja pada awal tahun 1970-an.Keputusan itu dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi buat para pekerja sesuai dengan cita-cita kebangsaan.Pengumuman itu juga dianggap penting kerana ia bukan saja mengiktiraf sumbangan pekerja,malah secara tidak langsung menunjukkan Malaysia turut bersetuju dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO) yang menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja.

Promosi Sewaan Kereta KLEZCAR

Bagi menyambut Hari Pekerja Sedunia,syarikat KLEZCAR memberikan potongan harga sewaan kereta kepada pelanggan kami ke atas semua kereta di bawah naungan syarikat KLEZCAR mengikut terma dan syarat. Diantara syarat-syarat bagi sewaan kereta adalah;

  1. 30% Diskaun untuk pemegang Eazy Card.
  2. 15% Diskaun bagi pelanggan biasa.
  3. Promosi berjalan untuk 2 hari sewaan pada tarikh 30 April 2018 dan 1 Mei 2018.
  4. Kereta disewa pada 30 April 2018 dan dipulangkan pada 2 Mei 2018.
  5. Diskaun ini sah hanya pada cawangan KLEZCAR sahaja.

Membuat Tempahan Kereta

Bagi sebarang tempahan kereta dapat dilakukan dengan 3 cara.Cara pertama melalui tempahan online website KLEZCAR dengan mengisi ruang yang disediakan.Keduanya melalui talian panggilan sama ada talian hotline atau talian cawangan KLEZCAR.Cara terakhir adalah melalui tempahan terus ke mana-mana cawangan terdekat dengan anda.Untuk tempahan terus ke cawangan KLEZCAR,kami tidak galakkan ia dilakukan kerana akan menyukarkan kami melakukan persediaan kereta terlebih dahulu ataupun jenis kereta yang dihendaki telah ditempah semuanya oleh pelanggan lain.

Jika inginkan maklum balas yang cepat dari kami,tekan gambar di bawah ini serta berikan sekali nombor telefon dan lokasi anda mahu sewa …

messenger404417 md_5a4617563630ethe-labor-day

EAZY CARD & FEEDBACK KLIK SINI

Artikel Lain Yang Menarik:

    1. Eazy Point

    2. Eazy Rabu

    3. Eazy 15%

    4. Eazy Birthday

    5. Super Sunday

    6. How To Check Point

    7. Eazy Card-Tentang Kad Dan Segala Persoalan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>