Car Sharing KLEZCAR   Recently updated !


Car Sharing

share it car

Car Sharing ataupun jika ia ditukar dalam bahasa melayu bermaksud Perkongsian Kereta. Ia berfungsi sebagai menyewa kereta bila diperlukan sahaja, di waktu singkat dan berulang kali. Mungkin ini merupakan satu perkara baru di negara ini, tetapi ia telah dingunakan secara meluas di negara luar terutamanya negara maju. Syarikat KLEZCAR  adalah syarikat bumiputra yang pertama menghasilkan projek Car Sharing dan ia dilakukan oleh anak jati Malaysia sendiri.

Melalui model ini,banyak kelebihan yang diperoleh oleh penyewa kereta,antaranya;

  1. Dapat melakukan sewaan kereta dengan aplikasi sahaja tanpa melalui pekerja kami dahulu, yang mana mengambil masa untuk meluluskan proses sewaan yang dihendaki.
  2. Boleh menyewa dalam waktu singkat iaitu di bawah 5 jam. Banyak syarikat sewaan biasa hanya membenarkan sewaan kereta dalam tempoh minima separuh hari atau sehari sebagai syarat sah sewaan.
  3. Boleh sentiasa bertukar-tukar kereta yang berlainan setiap kali sewaan berikutnya mengikut kemahuan penyewa tanpa perlu membeli kereta tersebut dahulu.
  4. Tanpa menggunakan sebarang kunci fizikal untuk membuka dan menghidupkan enjin,jadi tidak perlu bimbang akan kehilangan kunci semasa menyewa.
  5. Memberi privasi tambahan kepada pemandu dan penumpang agar tidak diperhati oleh orang sekeliling berbanding ketika menggunakan kemudahan awam.
  6. Bebas menetapkan waktu perjalanan dan hentian sesuatu perjalanan itu tanpa terikat dengan mana-mana pihak lain.
  7. Kami mempunyai pasukan yang sentiasa bersiap sedia bagi membantu penyewa kereta jika berlaku sebarang kecemasan berkaitan dengan kereta kami.

 

Selain dari penerangan kelebihan apabila menyewa kereta melalui Car Sharing ini,kami dari syarikat KLEZCAR juga ingin memberi peluang kepada peserta luar yang ingin menyertai dalam projek ini. Peluang penyertaan ini dibuka sehingga permintaan dari pelanggan kami untuk menyewa kereta dapat dipenuhi oleh pihak kami, yang setakat ini kami cuba penuhi dengan menambah kereta kami sendiri dari semasa ke semasa.

car sharing 3

Berapa banyak kereta yang anda simpan di hadapan rumah? Dan berapa kerap ia dingunakan dalam satu bulan?

Anggaran peratusan mereka yang memiliki kenderaan paling minima satu kereta selepas pendapatan bulanan melebihi RM 2500.00 amatlah tinggi. Jadi ia bukan perkara ganjil jika dalam satu keluarga mempunyai 2 hingga 3 kereta. Perubahan cuaca Malaysia yang sentiasa tidak menentu dan kemudahan awam yang tidak menepati piawaian yang kita harapkan seperti dilakukan oleh kebanyakkan negara luar menjadi faktor kepentingan kereta persendirian dalam sesuatu perkara yang memerlukan kenderaan sebagai alat untuk pergi ke tempat ingin dituju. Pemberian privasi tambahan juga adalah amat penting apabila melakukan aktiviti yang melibatkan sesebuah keluarga.

Tetapi kereta bukanya menjadi pilihan ketika waktu puncak terutama ketika pergi kerja dan balik kerja. Motosikal atau kemudahan awam seperti LRT dan MRT adalah pilihan untuk dingunakan bagi mengelak kesesakan jalan raya ketika kita sedang mengejar masa. Ini seterusnya akan meletakkan kereta kita dalam keadaan tersadai di parking rumah, yang tidak digerakkan sehingga berminggu-minggu. Ansuran bulanan kereta dibayar setiap bulan tetapi penggunaannya amatlah jarang. Apa kata anda gunakan kenderaan tersebut bagi menambah pendapatan tambahan bulanan dengan menyertai projek Car Sharing dari syarikat KLEZCAR. Ia secara tidak langsung mengurangkan kos sara hidup ataupun duit itu boleh dijadikan modal bagi melakukan pelaburan lain.

 car sharing 1

Projek Car Sharing adalah pengkongsian kereta kepada mereka yang ingin menyewa kereta dengan hanya menggunakan applikasi kami. Pengunaan applikasi ini memudahkan penyewaan kereta tanpa berurusan dengan staff kami dahulu, tapi hanya membuka kereta hanya applikasi sahaja. Ini juga merupakan satu projek pertama dari Syarikat Malaysia yang mana telah dingunakan secara meluas oleh syarikat dari luar negara.

Kami juga membuka pendaftaran mana-mana peniagaan kereta sewa tempatan yang ingin menyertai di platform kami.

Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang T&C dan lain-lain,

Boleh isi borang dibawah dan kami akan hubungi anda segera.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>