Aktiviti Menembak Klezcar 2017


Aktiviti Menembak Klezcar 2017

***

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Baru-baru ini, 8 orang wakil dari Klezcar telah menyertai kelas latihan menembak di Kelab Menembak Diraja Klang. Bagi yang belum tahu, Klezcar adalah sebuah syarikat yang menyediakan servis kereta sewa untuk rakyat Malaysia. Untuk blog kali ini, kami hanya ingin kongsikan tentang aktiviti yang telah kami lakukan pada bulan lalu iaitu MENEMBAK.

Menembak Klezcar Kereta Sewa

Aktiviti Menembak  Disertai Wakil Klezcar

Menurut mereka yang menyertai aktiviti ini, masa yang telah diluangkan sangat membawa manfaat kerana sesi ini bukan semata-mata tertumpu pada belajar menembak senjata sahaja tetapi mereka turut juga diberi pendedahan dalam aspek pengendalian, keselamatan serta disiplin senjata api.

Kelas Menembak

penerangan tentang sasaran menembak

Sepanjang aktiviti, perkongsian dan bimbingan adalah daripada jurulatih-jurulatih bertauliah (terdiri daripada bekas anggota keselamatan). Hasil tunjuk ajar mereka, peserta-peserta juga diberi peluang mempraktikkan apa yang telah dipelajari serta merasai sendiri pengalaman menembak.

Menembak Klezcar Kereta Sewa Malaysia Menembak Klezcar Kereta Sewa 2

Tembakan 5m, 10m dan 20m (plate) telah dilakukan dan di dalam 4 sesi ini faktor ketepatan dan faktor konsistensi amatlah dititikberatkan. Selain itu, pelajaran penting ketika ingin melepaskan tembakan adalah mestilah dalam keadaan fokus dan tenang bukan sekadar “trigger happy”. Perkara-perkara ini sekaligus dapat melatih dalam pengendalian emosi peserta terutama dari sudut fokus dan minda supaya tenang dan sabar.

17352441_10210810930182262_7127700449876995434_n

Fokus & Tenang Semasa Melakukan Tembakan


Ingat ya..

Bukan ketepatan yang harus kita cari,
Namun ketekunan itu adalah lebih utama.

Kerana, pada tekun akan melahirkan tenang,
dan dari tenang itulah berhasilnya tepat.

***

Terima Kasih Semua ! Semoga berjumpa lagi di masa akan datang .

Aktiviti Menembak 2017

Terima Kasih semua ! Semoga Berjumpa Lagi


Bagi yang memerlukan kereta sewa, berikut 2 cara yang anda boleh lakukan :

Tempahan online | www.klezcar.com

Hubungi (Talian 24 Jam) | 1300-88-4040


Kereta Sewa Klezcar  Klezcar.com
Kereta Sewa Di Seluruh Malaysia

Cars For Everyone, Anytime & Anywhere

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>