11 Aksesori Asas Bagi Kereta 4×4


kereta 4x4 wee

Kereta 4×4 adalah kereta idaman bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti menaiki bukit dan meredah hutan. Terdapat juga mereka yang membeli atau menyewa kereta 4×4 bagi tujuan aktiviti riadah bersama keluarga kerana kemajuan R&D syarikat kereta ke arah keselesaan dan kepuasan penumpang ketika memandu ‘off road’ dan ‘on road‘ dari tahun ke tahun.

Apabila kita memiliki kereta 4×4 ini, terdapat aksesori-aksesori yang dingunakan bagi kemudahan dan kecantikan kereta dalam melakukan aktiviti harian. Mungkin ramai yang tidak tahu nama-nama aksesori yang dingunakan pakai oleh badan kereta ini, yang mana merupakan pengetahuan asas bagi mereka yang memiliki kereta 4×4.

Bagi mewakili syarikat kereta sewa pandu sendiri Klezcar, saya akan menerangkan serba sedikit aksesori asas yang perlu diketahui bagi mengelak dikatakan hanya tahu pakai saja dan tak tahu-menahu tentang langsung.

1. Roof rack

roof rack 1roof rack 2

Penggunaan alat ini biasanya diletakkan di atas bumbung kereta bagi meletakkan barang-barang besar seperti kemah, basikal, kotak serbaguna dan lain-lain.

2.Cargo net

cargo net 2cargo net 3

Alat ini berbentuk jaring yang membantu barang kecil atau besar berada di tempat yang dihendaki tanpa terhuyung-hayang.

3. Front Bumper(Bull Bar)

front bumper 1front bumper 3

Diperbuat daripada 100% besi yang menjadi benteng pertahanan pertama apabila berlaku perlanggaran di hadapan kereta. Ia sekaligus melindungi badan kereta dari sebarang kemik dan calar akibat pelanggaran yang terjadi.

4.Side Step

side step 1side step 2

Jika ditukar nama dalam bahasa melayu,ia akan menjadi maksud pemijak kaki. Ya, ia merupakan pemijak kaki bagi memudahkan menaiki kenderaan kereta 4×4 yang tinggi pintunya berbanding kereta biasa. Jika tiada side step ini, agak sukar bagi mereka yang berbandan kecil dan yang berusia menaiki kereta 4×4 ini.

5.Coil Spring

coil spring 2coil-spring 1

Alat coil spring ini biasa dingunakan oleh semua kenderaan tetapi apa yang membezakan ia dengan coil spring yang lain adalah kekerasan spring ini apabila melalui jalan yang tidak rata.

6.Rear Bull Bumper

rear bumper 1rear bumper 2

Fungsinya hampir sama dengan front bumper yang mana memberi perlindungan badan kereta apabila berlaku perlanggaran di bahagian berlakang. Disamping itu juga ia berfungsi sebagai pemijak kaki bagi menaiki bahagian berlakang kereta terutama apabila menurunkan dan menaikkan barang-barang yang berat.

7.Safari Snorkel

snorkel-1

Ya,namanya snorkel yang hampir sama dengan snorkel dingunakan penyelam skuba, yang mana ia dingunakan untuk mendapatkan udara beroksigen bagi membenarkan pembakaran minyak dalam enjin kereta. Alat ini amat penting terutama bagi mereka kereta yang meredah banjir dan merentasi sungai kecil sehingga kereta ditegelami air.

8.Suspension

suspension 1

Dikenali juga dengan nama absorber yang menyerap hentakan apabila memasuki kawasan berlubang dan jalan yang tidak rata.

9.Sport Cover

Diperbuat daripada besi atau aluminium bagi melindungi barang-barang dari dibasahi hujan dan kepanasan luar. Ia biasanya mempunyai safety lock bagi melindungi barang daripada dicuri jika ditinggalkan di tempat parking kereta.

10.4×4 Canvas Cover

canvas cover 4x4 1canvas cover 4x4 2

Hampir sama dengan sport cover yang melindungi barang  dari dibasahi hujan dan kepanasan. Perbezaannya adalah ia diperbuat dari canvas. Tiada perlindungan safety lock tetapi menjadi pilihan pemilik kereta di atas harga yang lebih murah berbanding sport cover.

11. Steel Roll Bar

roll bar 1roll bar 2

Diperbuat dari besi atau aluminium. Berfungsi untuk dijadikan pemegang jika berdiri di belakang kereta dan bagi mencantikkan lagi kereta 4×4 apabila dipandang.

Kereta 4×4 ini boleh disewa melalui syarikat kereta sewa Klezcar yang mempunyai 70 cawangan di seluruh Malaysia. Hanya perlu membuat tempahan di  https://www.klezcar.com/ untuk tempahan,pemilihan kereta dan tempat ambilan kereta secara online atau melalui panggilan talian hotline 1300-88-4040 bagi tempahan serta pertanyaan.

email    :   enquiry@klezcar.com

website:  https://www.klezcar.com/

talian hotline : 1300-88-4040

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>